in

Ini Komen Raja Perlis Buat Tun Mahathir Yang Ahli Umno Terpaksa Setuju

Semoga Allah Panjangkan Umur Raja Perlis Dan Tun Mahathir. Amin.

Ini Komen Raja Perlis Buat Tun Mahathir Yang Ahli Umno Terpaksa Setuju | Baru ni Tun Mahathir hadir dalam Majlis Keputeraan Raja Perlis dan dalam majlis tersebut baginda memberi komen buat Tun Mahathir yang ahli Umno pun terpaksa akur setuju. Tak sangka.

TUN MAHATHIR JENIS PEMIMPIN YANG AKAN KOTAKAN JANJI

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seorang pemimpin yang akan menunaikan apa diperkatakannya.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah baginda mula mengenali secara dekat Dr Mahathir semasa baginda memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari tahun 2001 hingga 2006.

Ketika itu, Dr Mahathir merupakan perdana menteri keempat sebelum meletak jawatan pada 2003.

“Pendapat saya Prime Minister (Dr Mahathir) buat apa yang dia kata dia nak buat…(contohnya) dia kata nak berhenti (undur diri sebagai perdana menteri pada 2003) dia berhenti,” titah baginda pada Majlis Santapan Negeri bersempena sambutan ulang tahun ke-75 keputeraan baginda di Istana Arau malam tadi.

Turut berangkat pada majlis santapan itu Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga hadir pada majlis santapan itu.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah baginda menghormati Dr Mahathir yang sudi menawarkan diri untuk menerajui sekali lagi negara ini bagi membetulkan keadaan negara ke arah keadaan lebih baik lagi.

“Saya hormat Tun kerana volunteer untuk perbetulkan apa yang dia fikir tak betul. Thank you Tun untuk lead the country again,” titah baginda.

Sementara itu, Tuanku Syed Sirajuddin turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah yang masing-masing menyambut ulang tahun kelahiran pada 10 Julai dan 12 Julai lepas.

Dr Mahathir bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Istana Arau kira-kira 8.40 malam, dan kemudian menghadap Tuanku Syed Sirajuddin serta Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid di Bilik Biru di istana.

Pertemuan Perdana Menteri secara tertutup selama hampir 30 minit itu turut dihadiri Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sejurus selesai pertemuan itu, Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis diiringi Dr Mahathir bersama isteri ke Dewan Bankuasi untuk Majlis Santapan Negeri.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man bersama barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Kesemua 34 penerima yang dikurniakan Anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin hari ini turut menghadiri majlis santapan itu. (Sumber: Malaysiakini)

BAJA SKIM BANTUAN BERNILAI RM1JUTA YANG DISELEWENG DIRAMPAS

Sebanyak 18,927 beg baja padi dibawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) bernilai kira-kira RM1 juta dirampas dalam satu serbuan di sebuah premis perniagaan di Guar Chempedak, Kedah kelmarin.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dalam satu kenyataan hari ini berkata baja yang dirampas itu dibiayai di bawah peruntukan kerajaan Persekutuan yang dikhaskan untuk kegunaan pesawah padi bagi mengurangkan kos pengeluaran di samping meningkatkan pendapatan mereka.

Kementerian itu berkata Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengesahkan bahawa baja yang dirampas itu adalah baja yang dibekalkan oleh Nafas melalui kontrak kerajaan di bawah SBPKP.

MOA berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyerbu premis berkenaan mendapati pemilik itu melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kementerian ini amat kesal dengan penyelewengan dan salah guna baja yang sepatutnya bertujuan untuk dimanfaatkan oleh pesawah,”kata MOA.

MOA berkata baja rampasan itu yang merupakan bahan bukti operasi telah dipindahkan ke suatu lokasi simpanan yang dikawal oleh pihak keselamatan.

“Siasatan lanjut seterusnya akan dijalankan bagi memastikan pihak yang terlibat dalam kegiatan penjualan baja di pasaran gelap dibawa ke pengadilan.

“Makluman mengenainya akan dikeluarkan sebaik sahaja siasatan ini selesai kelak,” kata kementerian itu.

MOA berkata ia dengan kerjasama KPDNHEP dan SPRM akan terus berusaha memerangi unsur-unsur ketirisan dalam membelanjakan peruntukan kerajaan disamping memastikan kegiatan yang tidak berintegriti ini dihapuskan sama sekali.

Rampasan di Guar Chempedak , Kedah itu merupakan rampasan kedua yang dibuat bulan ini. Pada 6 Julai, sebanyak 3,390 beg baja di bawah SBPKP bernilai lebih RM180,000 untuk jualan di pasaran gelap dirampas di sebuah kilang di Kampung Kebun Sayur, Bakri, Muar, Johor. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Anina Viral GAMBAR Seri Perdana Diceroboh. Ini Jawapan Balas Polis Putrajaya

Pasca Sidang Parlimen. Kenyataan Terkini Bung Ni Buat Rakyat Gelak TERSENYUM