in

Dihentam Teruk Pembangkang Isu Belia. Ini Jawapan Balas Syed Saddiq Buat Semua Tergamam

Walau Muda, Ketenangan Dan Kehebatan Dia Menjawab Dalam Sesi Parlimen Yang Bising Tu Sangat Dipuji. Tahniah YB.

Dihentam Teruk Pembangkang Isu Belia. Ini Jawapan Balas Syed Saddiq Buat Semua Tergamam | Menteri termuda Malaysia ni dihentam teruk oleh pembangkang dalam sesi parlimen pagi tadi. Tapi jawapan balas mengejutkan Syed Saddiq buat semua MP tergamam. Ada video, mesti ramai wanita melting ni.

ISU BELIA PINDAH KE BANDAR

Video Jawapan Saddiq Ada Di Bawah Artikel. Kerjasama antara semua kementerian dalam pelaksanaan program yang dijalankan dapat mengurangkan jumlah migrasi belia luar bandar ke kawasan bandar, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Katanya, program yang baik sebelum ini akan diteruskan dan ditambah baik seperti program Outreach Usahawan Belia, khusus untuk golongan belia luar bandar sehingga berjaya melahirkan lebih 860 belia usahawan luar bandar.

Selain itu, perlu dipastikan juga urus tadbir yang baik dalam setiap program dilaksanakan agar tiada penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa berlaku.

Beliau berkata migrasi belia dari luar bandar ke bandar bukanlah perkara luar biasa kerana ia berlaku bukan sahaja di Malaysia malah luar negara.

“Pada 2013 hingga 2015, ada peningkatan 9.5 peratus migrasi belia luar bandar ke bandar, majoritinya daripada golongan muda dalam lingkungan usia 25 hingga 34 tahun iaitu pada kadar 35 peratus, manakala usia 15 hingga 24 tahun adalah 25 peratus,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung usaha kerajaan mengatasi isu migrasi generasi muda dari luar bandar ke bandar, Syed Saddiq berkata agenda pembangunan di kawasan luar bandar yang dilaksanakan antara kementerian akan dapat membantu mengurangkan migrasi belia ke bandar.

Beliau berkata kerajaan akan berusaha memberikan pengiktirafan kepada golongan belia untuk menjawat pimpinan tertinggi peringkat kampung dan daerah bagi memastikan generasi itu memiliki ‘sense of ownership’ untuk terus kekal di tempat asal mereka. – Bernama (Sumber: Sinar Harian)

Video Jawapan Syed Saddiq Yang WOW (bermula minit ke 3:09)

video syed saddiq

Atau boleh klik link ni >> https://www.kinitv.com/video/63470O74

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Isu PTPTN. Ini Komen Balas KJ Terhadap Menteri Pendidikan Di Parlimen Buat Ramai WOW

Viral Harga Menu Daging Parlimen RM2,000 per Kg, Ini Jawapan Balas Pihak Terbabit