in

Terkini. Najib Tarik Balik Saman Terhadap SPRM, Peguam Negara Dan Amar Singh. Laporan PENUH

Banyak Betul U-Turn Tak Kira La Dari BN Ataupun PH. Layan Je Lah Kan.

Terkini. Najib Tarik Balik Saman Terhadap SPRM, Peguam Negara Dan Amar Singh. Laporan PENUH | Tak sampai 2 minggu Najib saman Shukri Abdull (SPRM), Peguam Negara Tommy Thomas dan Amar Singh (PDRM), terkini Najib tarik balik saman tersebut. Ini hasil risikan wartawan tentang puncanya. Mengejutkan.

NAJIB TARIK BALIK SAMAN. U-TURN

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menarik balik tiga saman yang difailkannya bulan lalu terhadap Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Bukit Aman Datuk Amar Singh.

Penarikan saman berkenaan dibuat peguam Badrul Hisham Abdullah yang mewakili Najib di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, sebab-sebab penarikan balik saman itu tidak dijelaskan.

Namun, risikan wartawan mungkin disebabkan kes-kes Najib yang sedang berbicara di mahkamah waktu ini.

Peguam kanan persekutuan Alice Yoke dan Suzana Atan yang mewakili tiga pegawai kerajaan yang disaman Najib itu memberitahu pemberita mengenai penarikan saman tersebut.

“Tiada perintah berhubung kos,” kata Loke.

Pada 30 Jun lalu, Najib memohon mahkamah untuk membatalkan Thomas daripada mengetuai pendakwaan terhadapnya. Hal ini berikutan sebuah tulisan Thomas, terbit di Malaysiakini mengenai 1MDB ketika Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman untuk melucutkan hak aset syarikat itu. (Sumber: Malaysiakini)

MENURUT SUSUNAN KERUSI, ZAHID JADI KETUA PEMBANGKANG

Aturan kerusi pembangkang di Dewan Rakyat hari ini menunjukkan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dinamakan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen.

Ini kerana anggota parlimen Bagan Datuk itu akan duduk di kerusi pertama pada barisan pembangkang Dewan Rakyat.

Difahamkan beliau akan duduk bersebelahan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada kerusi kerajaan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengetuai anggota parlimen parti pemerintah.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini bercuti sakit selama sebulan akan mengambil tempat bersebelahan dengan TPM dan diikuti Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Menteri Pengangkutan Antony Loke akan duduk di belakang perdana menteri, kata Lim Swee Kuan, setiausaha akhbar Guan Eng pada hantaran media sosial hari ini. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

MP Umno PAS Boikot Keluar Dewan. KJ Stay. Ini Respon Netizen Yang WOW

Tabung Harapan. Kenyataan Terkini Bung Mokhtar Ni Buat Rakyat GELAK Lucu