in

Selepas Kata Tidak Lagi Dipercayai. Najib Bagitau Wartawan TAK SALAH Terima Hadiah

Betul Ke Tak Salah. Apa Kata Anda ?

Selepas Kata Tidak Lagi Dipercayai. Najib Bagitau Wartawan TAK SALAH Terima Hadiah | Selepas rakyat tidak lagi percaya alasan tentang barangan mewah bilion ringgit. Dalam wawancara wartawan, Najib bagitau tak salah terima hadiah. Ikuti laporan penuh. Allahu.

TAK SALAH TERIMA HADIAH

Datuk Seri Najib Razak berpendapat beliau tidak bersalah dan berhak menerima hadiah daripada pemimpin asing serta teman peribadi sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Najib berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga mengakui menerima hadiah kuda daripada rakannya dan pemimpin asing termasuk menggunakan jet korporat temannya.

“Tetapi apa yang saya tahu ialah selama bertahun-tahun sebagai ketua kerajaan, kami diberi hadiah yang banyak daripada pemimpin asing termasuk teman dan saya tahu mengikut peraturan, tidak salah untuk menerima hadiah. Hadiah ini terkumpul selama beberapa dekad.

“Sebagai contoh Dr Mahathir mengakui menerima 40 ekor kuda dari temannya dan pemimpin asing, dan beliau secara terbuka menggunakan banyak jet korporat kawannya, maka tidak salah menerima hadiah,” katanya dalam temubual eksklusif bersama portal berita Malaysiakini, hari ini.

Ditanya sama ada beliau berbincang dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, mengenai pendedahan polis mengenai jumlah dan nilai barang yang dirampas dari kediaman dikaitkan dengannya hari ini, Najib berkata Rosmah sendiri terkejut dengan jumlah barang yang dinyatakan.

“Saya fikir jumlah itu…dia tidak percaya jumlahnya sebanyak itu dan juga beberapa barang itu, ada barang kemas yang dihantar untuk tatapan dan akan dikembalikan. Oleh itu, kita perlu mengenal pasti barang ini dan mengembalikannya,” katanya.

Najib berkata, sejumlah besar barang kemas yang dirampas bukan dimiliki secara sah oleh Rosmah sebaliknya, ada yang dimiliki anak perempuan mereka Nooryana Najwa, suaminya dan ibu mentua.

“Janganlah kita melompat dengan sebarang kesimpulan pada tahap ini. Mari kita periksa barang berkenaan satu persatu,” katanya.

Ditanya apakah beretika bagi seseorang yang berada dalam kedudukannya untuk menerima hadiah berharga, Najib berkata bekas isteri Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, Michelle menerima hadiah bernilai berjuta-juta dolar daripada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz.

“Dan ketika Raja Salman mengunjungi Indonesia baru-baru ini, baginda juga memberikan hadiah bernilai berjuta-juta dolar. Jadi beberapa raja di negara tertentu, ia sebahagian daripada budaya mereka untuk memberikan barang mahal.

“Sebagai contoh, barang yang diberikan kepada saya oleh raja ini, saya tidak menggunakannya. Saya menyimpannya kerana saya tidak menggunakan barang sangat mahal seperti yang rakan saya tahu. Saya tidak memakai jam tangan mengandungi batu berharga,” katanya.

Najib turut berkata, wang tunai RM116 juta yang ditemui polis dalam serbuan bulan lalu adalah wang perbelanjaan pilihan raya.

“Anda tidak akan tahu berapa banyak (kempen pilihan raya) dengan tepat. Dan anda tidak akan tahu berapa banyak orang yang menyumbang kepada anda.

“Apabila anda bertanding dalam pilihan raya, anda perlu memikirkan masa sebelum, semasa dan selepas pilihan raya. Jangan lupa saya adalah Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan 13 parti komponen.

“Menguruskan sebuah parti besar dengan tiga juta ahli seperti UMNO adalah urusan yang mahal. Dan lagi, ia direkodkan, ketika Dr Mahathir meletak jawatan, beliau menyerahkan lebih RM1.4 bilion kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam aset dan wang tunai. Itu tercatat,” katanya.

Apabila diberitahu Dr Mahathir tidak menyerahkan wang tunai RM1.4 bilion, Najib berkata: “Ya, ada wang tunai, tetapi semasa pilihan raya, anda tidak melakukan transaksi menggunakan sistem perbankan kerana wang dikehendaki segera oleh parti.”

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata terdapat sejumlah wang tunai miliknya daripada wang RM116 juta dalam 26 mata wang berbeza yang ditemui polis.

“Terdapat beberapa wang milik saya kerana saya mengembara selama lebih 30 tahun. Tetapi terdapat juga sumbangan dalam mata wang asing, sesetengah orang menyumbang mata wang asing,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

NAJIB POHON TENGOK, PERIKSA BARANG RAMPASAN

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, penilaian barang, terutama barang kemas yang dirampas polis di kediaman yang dikaitkan dengannya adalah subjektif dan tidak realistik.

“Ia bergantung kepada sumber permata itu. Ia bergantung adakah ia hadiah atau bila ia dibeli. Penilaian mungkin akan jadi berbeza.

“Maka, janganlah kita terlalu teruja dengannya. Marilah kita melihat barang berkenaan, setiap barang, dan kami berharap dapat memeriksanya dan kita dapat membuat kesimpulan sumber barang itu dan dapat dijelaskan mengenai barang yang disita oleh polis,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini di pejabat portal berita itu di Petaling Jaya, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, hari ini, mendedahkan jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas di kediaman berkaitan Najib ialah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Ia membabitkan 12,000 pelbagai barang kemas yang ditemui dalam 25 daripada 72 beg yang dirampas polis dalam serbuan, Mei lalu.

Antara barang kemas itu ialah cincin, berlian, gelang dan subang yang keseluruhannya dengan nilai pasaran kira-kira RM880 juta.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,200 unit adalah cincin, 1,400 rantai, gelang tangan 2,100 unit, subang 2,800 unit, kerongsang 1,600 unit dan tiara 14 unit.

Barang paling berharga adalah seutas rantai emas dengan berlian putih berharga RM6.4 juta.

Turut dirampas, sebanyak 567 beg tangan membabitkan 37 jenama seperti Hermes, Prada dan Chanel serta Bijan.

Beg tangan Hermes bernilai kira-kira RM51.3 juta dan paling mahal berharga RM1.6 juta.

Selain itu, turut dirampas 234 cermin mata hitam seperti Gucci dan Dior kesemuanya bernilai RM374,000, enam beg mengandungi 423 utas jam tangan bernilai RM78 juta membabitkan lebih 100 jenama.

Kesemua barang kemas dan wang kini disimpan di Bank Negara.

Najib berkata, seperti mana-mana suami, beliau tidak menyedari sejauh mana koleksi barang kemas dan barang kemas yang dimiliki isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Selepas Permintaan Nak Lihat Barang Dirampas Ditolak, Ini Pula Tindakan Najib

Rampasan Barang Mewah. Ini Kenyataan Balas Ketua Polis Terhadap Najib