in

Rampasan Beg Bijan. Amar Singh Dedah Punca Kenapa Ramai Netizen TERGELAK

Bila Terbalikkan Bijan. Jadi Najib. Apakah Ini Kebetulan ?

Rampasan Beg Bijan. Amar Singh Dedah Punca Kenapa Ramai Netizen TERGELAK | Ini rupanya kenapa beg Bijan curi tumpuan ramai hari ni. Ini pendedahan Amar Singh.

AMAR SINGH TERPINGA KETIKA UMUM NAMA BEG TU

Wartawan dan jurukamera yang menghadiri siding media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh terpingga-pingga apabila beliau mengumumkan antara beg mewah yang turut dirampas adalah berjenama ‘Bijan’.

Malah, terdapat juga wartawan yang meminta Amar Singh untuk mengeja jenama itu.

Pegawai kanan polis itu, hari ini mendedahkan bahawa nilai barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak boleh cecah RM1.1 bilion,

Menurut Amar Singh, selain RM116.7 juta wang tunai terdiri daripada 26 jenis mata wang, turut dirampas adalah 567 beg tangan.

Beliau kemudian mengumumkan bahawa ini terdiri daripada 37 jenama terkemuka antaranya Bijan, Hermes, Prada dan Chanel.

Ketika ini, ramai yang tertanya-tanya mengenai jenama Bijan itu.

Amar Singh, kemudian menjelaskan jenama beg tersebut perlu ditempah jika seseorang ingin memilikinya kerana beg tersebut adalah dari jenis buatan sendiri (custom made) dan tidak dijual di pasaran terbuka.

Berdasarkan carian di Google, jenama Bijan diasaskan oleh seorang ahli perniagaan bernama Pakzad Bijan yang menetap Los Angeles.

Selain jenama Bijan, Amar Singh berkata, jenama popular seperti Hermes, Prada dan Channel turut ditemui dalam rampasan ke atas kediaman Najib di Jalan Langgak Duta.

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan Bijan adalah butik yang termahal di dunia dan pelanggan yang berkunjung ke gedung tersebut bukanlah calang-calang orang.

Antara pelanggan popular Bijan yang dapat dikenal pasti, kata akhbar itu adalah terdiri daripada Presiden Amerika Syarikat, George Bush dan anaknya, Barack Obama, Ronald Reagan serta Bill Clinton.

Raja Salman yang merupakan pemimpin Arab serta Tony Blair dan Vladimir Putin yang cukup terkenal dalam dunia politik turut menjadi pelanggan butik tersebut yang juga menyediakan koleksi mewah rekaan Bijan Pakzad seperti minyak wangi serta kasut.

Najib yang gagal mempertahankan jawatan perdana menteri setelah BN kecundang pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, sebelum ini dilaporkan mendakwa barangan tersebut adalah ‘hadiah’. (Sumber: Malaysiakini)

FIVE ELDERS BERTEMU MUFTI, TOKOH AGAMA

Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa mufti, tokoh agama serta pertubuhan berkaitan agama Islam bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung isu-isu yang melibatkan aspek agama Islam di negara ini.

Antara yang hadir ialah Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berkata beliau berkongsi beberapa pandangan dengan CEP berhubung pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan adil merangkumi semua pihak termasuk bukan Islam.

Ini katanya sesuai dengan aspirasi ‘Malaysia Baharu’ yang mementingkan keadilan.

“Mereka juga meminta pandangan tentang pelbagai isu antaranya berhubung fatwa dan isu hak penjagaan anak. Peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga ada dibincangkan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di Menara Ilham, di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang turut hadir berkata beliau berkongsi pandangannya tentang mazhab.

Katanya beliau berpandangan negara perlu bersifat terbuka kepada mazhab selain Syafii dalam menyelesaikan isu-isu nasional.

“Kalau bab ibadat, nak sembahyang, puasa itu kita boleh pegang mazhab Syafii, tapi kalau kita nak pergi isu lebih jauh seperti muamalat, kewangan dan sosial, kita kena berani merentasi mazhab-mazhab lain,” katanya

Turut kelihatan hadir Mufti Johor Datuk M. Tharir Kiyai Samsudin serta penulis Mohd Faizal Musa atau nama penanya Faisal Tehrani dan Pertubuhan Ikram Malaysia. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Pembangkang Kata ITU Duit UMNO. Tapi Ini Jawapan TEGAS Amar Singh

Rampasan Bilion Ringgit Najib. Ini Respon Anwar Ibrahim Dari Hospital Yang Ditunggu Ramai