Wartawan Tanya, Apa Jadi Jika BN Menang PRU14. Ini Jawapan Tun Mahathir. TAK SANGKA | Ketika sidang media terkini, wartawan saja tanya, apa yang terjadi jika BN menang PRU14 yang lalu. Ini jawapan Tun Mahathir. Tak sangka. Jom baca.
MALAYSIA AKAN TANGGUNG RM300 BILLION LAGI DALAM TEMPOH 5 TAHUN MENDATANG
Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan pengharagaannya kepada rakyat kerana menyingkirkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak keluar pada pilihan raya umum lalu.
Jika tidak, perdana menteri mendakwa negara akan menanggung hutang RM300 bilion lagi.
“Kamu lakukan tugas yang baik dengan menyingkirkan Najib, dan jika beliau menang, kita akan menanggung hutang RM300 bilion lagi,” katanya yang dipetik oleh Malay Mail.
Mahathir berkata Najib berjanji setiap negeri akan menerima antara RM60 hingga RM80 bilion peruntukan sekiranya beliau kekal berkuasa.
“Dari mana beliau apat duit itu? Setiap orang yang berfikir akan tahu beliau perlu meminjam, dan jika beliau meminjam, beliau akan menambah hutang,” katanya.
Menurut laporan itu, Mahathir tidak mengulas lanjut dari mana beliau memperoleh angka tersebut. Ia juga menambah bahawa janji-janji yang disebutkan itu tidak sama dengan manifesto pilihan raya BN.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata hutang dan liabiliti kerajaan persekutuan berjumlah RM1.087 trilion, atau 80.3 peratus daripada KDNK.
Ini termasuk hutang kerajaan persekutuan sebanyak RM686.8 bilion, jaminan kerajaan (RM199.1 bilion), dan pembayaran pajakan untuk projek awam-swasta (RM201.4 bilion).
Berikutan itu, kerajaan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia. (Sumber: Malaysiakini)
BARANG MEWAH DAN DUIT CASH BANYAK. INI ALASAN NAJIB
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak sepatutnya dipersalahkan atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Malah beliau juga mendakwa tidak tahu mengenai wang berbilion dolar yang berada di dalam akaun peribadinya.
Namun, beliau mempunyai penjelasan mengenai jumlah wang tunai, beg tangan mewah dan barang kemas yang dirampas dari kediamannya oleh pihak berkuasa.
Bercakap kepada Reuters dalam temu bual pertama beliau sejak kekalahan mengejut dalam PRU14 pada 9 Mei lalu, Najib berkata, penasihatnya dan pihak pengurusan 1MDB, secara tidak sengaja melibatkan dirinya terhadap dakwaan menggelapkan dana tersebut.
Perdana Menteri yang baharu Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa lalu, memberitahu Reuters bahawa pihak berkuasa mempunyai kes yang hampir sempurna terhadap Najib atas tuduhan penggelapan, penyelewengan dan rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB.
Najib, dalam beberapa komen terdahulunya mengenai skandal 1MDB berkata, beliau tidak tahu jika ratusan juta dolar yang berada di dalam akaunya adalah berpunca dari sumber 1MDB hingga terjerat ke perolehan aset secara global seperti kapal layar, lukisan, permata dan hartanah.
“Saya tidak terlibat dengan tuduhan kapal layar, lukisan … Saya tidak pernah melihat lukisan itu.
“Saya tidak sedar pembelian tersebut. Ini dilakukan tanpa pengetahuan saya. Saya tidak akan membenarkan dana 1MDB digunakan untuk perkara seperti ini. Saya sudah lama berkhidmat dalam kerajaan, saya tahu apa yang betul dan apa yang salah, “katanya ketika bercuti di Langkawi baru-baru ini.
Najib juga menyalahkan Lembaga Pengurusan 1MDB kerana mereka tidak memaklumkan kepadanya jika berlaku salah laku dalam pengurusan syarikat tersebut.
Hadian Perkahwinan
Kumpulan penyiasat percaya, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor mengumpulkan banyak kekayaan dan harta dengan menggunakan dana dari kerajaan.
Hampir 300 kotak beg berjenama dan puluhan beg lain yang dipenuhi dengan wang tunai dan barang kemas antara barangan dirampas oleh polis dalam serbuan dibeberapa kediaman bekas perdana menteri itu termasuk beg berjenama Hermes Birkin masing-masing mencecah nilai ratusan ribu dolar.
Najib berkata, rampasan itu menimbulkan persepsi negatif tetapi kebanyakkannya adalah hadiah diberikan untuk isteri dan anak perempuannya dan tiada kaitan dengan 1MDB.
“Ya, ini adalah hadiah, terutamanya kepada anak perempuan saya, kebanyakkanya adalah hadiah ketika perkahwinannya .
Najib berkata, menantunya Daniyar Nazarbayev, yang merupakan anak saudara Presiden Kazakstan Nursultan Nazarbayev, juga memberikan banyak hadiah kepada Rosmah.
“Orang mungkin sukar difahami, tetapi menantu saya misalnya, dia mendapat Birkin dari sumbernya sendiri, jadi ia tiada kaitan dengan 1MDB,” katanya.
Beliau juga berkata, RM114 juta yang ditemui di rumah adalah dana parti milik Umno di mana beliau menjadi Presiden sehingga beliau meletak jawatan selepas kekalahan BN pada PRU14 lalu.
Permata Merah Jambu
Pendakwa Amerika Syarikat mendakwa, lebih daripada AS$4.5 bilion dana 1MDB terlibat dalam urus niaga yang kompleks.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sebelum ini telah menuntut tindakan undang-undang melibatkan aset kira-kira AS$1.7 bilion yang dipercayai dicuri dari 1MDB.
Beberapa aset lain yang masih dicari termasuk lukisan Picasso, hartanah mewah di California Selatan dan New York, saham dalam syarikat pengeluaran perfileman Hollywood, kapal layar AS$265 juta, lebih daripada AS$200 juta barang kemas termasuk 22 karat berlian merah jambu dan kalung.
Najib berkata, set barang kemas itu adalah hadiah untuk isterinya tetapi beliau tidak pernah menerimanya.
“Dan sehingga hari ini saya tidak tahu … dia mengatakan item itu tidak berada dalam simpanannya,” katanya.
Dalam temu bual itu, Najib buat kali pertama juga bercakap tentang ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Penyiasat Amerika dan Malaysia menganggap Jho Low yang paling mendapat manfaat daripada dana 1MDB.
Najib juga merasakan hubungan Jho Low negara di Timur Tengah terutama Arab Saudi boleh membantu menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia.
Namun, beliau berkata, beliau tidak pernah mengarahkan Jho Low untuk terlibat dalam 1MDB dan tidak mempunyai kawalan ke atas apa yang dilakukannya.
“Saya tidak memberikan arahan kepadanya, tetapi dia secara sukarela melakukan perkara-perkara tertentu, yang menurutnya dapat membantu 1MDB. Tetapi setiap tindakkannya adalah tanggungjawab pengurusan dan lembaga,” katanya.
Hubungan Arab Saudi
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dalam 1MDB. Beliau berkata, AS$681 juta dipindahkan ke akaun bank peribadinya adalah derma dari Arab Saudi dan bukan dari dana 1MDB.
Najib berkata, beliau diberi jaminan dari Allahyarham Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud bahawa Arab Saudi akan menghantar sumbangan.
“Apa yang saya tahu, saya menerima wang itu dari Raja Abdullah,” katanya.
Menurutnya, beliau tidak mengetahui apa-apa urus niaga yang melibatkan akaun peribadinya, kerana beliau telah melantik Pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil untuk menguruskannya.
SPRM telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Nik Faisal namun sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat.
Tidak akan lari
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau bertekad untuk tinggal di Malaysia dan berjuang mengekang segala tuduhan itu walaupun berhadapan akan dipenjarakan.
“Tidak, saya tidak pernah bercadang untuk lari kerana jika saya berbuat demikian saya ada dianggap bersalah.
“Saya tidak boleh menjadi buruan untuk sepanjang hayat. Saya mahu membersihkan nama saya dan keluarga,” katanya. (Sumber: Sinar Harian)
Comments