WAJIB BACA. Apa Hukum Guna Duit Raya Anak ? Ini Jawapan PADU Ustaz Azhar Idrus. SEBAR. | Ramai ibu bapa yang selamba je guna duit raya anak untuk buat belanja. Tapi apakah hukumnya ? Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus. Jom baca dan kongsikan.
IBU BAPA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH
Bagi anak-anak yang masih kecil, mereka masih belum pandai menguruskan duit raya yang mereka perolehi. Jadi, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menguruskan duit raya anak-anak mereka dengan baik.
Perlu diingatkan bahawa duit raya anak adalah kepunyaan anak kita dan ibu bapa hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga duit raya sehinggalah mereka pandai untuk menguruskan duit mereka sendiri.
HUKUM GUNA DUIT RAYA ANAK
Hukumnya haram jika kita menggunakan duit raya anak-anak. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik. Sebaik saja mereka mendapat duit raya, kita sebagai ibu bapa perlulah amanah untuk menguruskan wang tersebut.
Tidak baik kita sebagai ibu bapa ‘makan’ duit yang orang telah berikan kepada anak-anak kita. Kalau terlalu terdesak, kita gantikan semula. Jangan buat-buat lupa, bimbang di akhirat kelak kita akan ditanya kenapa tidak amanah.
VIDEO USTAZ AZHAR IDRUS – HUKUM AMBIL DUIT RAYA ANAK
Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama dalam ceramahnya.
“Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri.
Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik. Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera.” katanya.
CARA MENGURUSKAN DUIT RAYA ANAK YANG BETUL
• ASINGKAN
Pastikan duit raya untuk setiap anak anda diasingkan untuk mengelakkan percampuran duit raya. Ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap anak kita mendapat jumlah duit raya yang sama (kerana biasanya orang akan bagi sama untuk setiap orang)
• TABUNG KHAS
Sepertimana tabungan biasa, pastikan setiap anak kita mempunyai tabung yang berlainan. Menyediakan tabung untuk anak kita dapat mengajar anak kita untuk rajin menabung dan dalam masa sama memudahkan pengurusan duit raya anak kita.
• SIMPAN DALAM BANK
Setelah habis raya, kira dan simpan duit raya anak kita ke dalam bank yang memberikan pulangan yang baik setiap tahun. Pastikan akaun tersebut dibuat khas untuk anak anda (dengan ibu / bapa sebagai penjaga), bukannya duit raya tersebut dimasukkan ke dalam akaun ibu bapa. Bagi saya, antara tabungan terbaik adalah di Tabung Haji. Anda bebas untuk memilih di mana anda nak simpan duit anak anda. (Sumber: Diari Dunia via Kelab Mama/Limau Nipis)
7 PANTANG YANG ANAK WAJIB TAHU KETIKA BERAYA
Di Hari Raya beginilah peluang untuk kita mengeratkan silaturrahim dengan menghidupkan amalan saling menziarah. Bila dah jumpa ramai orang, mesti macam-macam ragam tetamu yang kita dapat perhatikan. Ada yang OK, ada juga yang tak berapa nak OK.
Selalu juga kita dengar macam-macam keluhan daripada tuan rumah yang kurang berkenan dengan perangai tetamu. Rungutan ini biasanya berpunca daripada tetamu yang ‘tak makan saman’ atau yang kurang peka terhadap adab semasa menziarah.
Sebagai ibu bapa, ini antara ‘pantang’ yang patut kita ajar pada anak-anak kita kalau nak pergi beraya.
7 Pantang Kena Ajar Anak Bila Pergi Beraya
1. Jangan Masuk Bilik Sesuka Hati
Tahulah kuih raya dan rendang di rumah orang tu sedap sangat, tapi janganlah sampai lupa pantau pergerakan anak-anak masa di sana.
Sesetengah budak suka-suka hati masuk bilik orang dan explore itu ini. Kalau anak yang masih kecil kita mungkin fahamlah juga sebab mereka tak tahu apa-apa. Tapi ada yang dah besar pun buat perangai begini, mesti tuan rumah rasa geram je dalam hati. Itukan dah kira private space, jadi tak sepatutnya kita masuk tanpa izin tuan rumah, walaupun saudara-mara sendiri.
2. Jangan Guna Barang Tanpa Izin
Walaupun ada barang tuan rumah yang diletakkan di ruang tamu, tak semestinya kita boleh gunakannya sesuka hati ya. Ini lagi satu ‘pantang’ yang ibu bapa sering terlepas pandang.
Mungkin ada orang yang suka letak barang tertentu sebagai hiasan, contohnya replika kereta atau model kapal terbang khas. Senang kata collector’s itemlah. Anak-anak kita yang ikut datang beraya pula ingatkan ianya permainan dan meraung nak minta bawa turun. Malah, ada yang memanjat sendiri untuk mengambilnya sampai merosakkan barang-barang tuan rumah.
Tak kiralah barang hiasan itu mahal atau murah, kita perlu menghormati harta benda tuan rumah dan tidak menggunakannya tanpa izin.
Rasanya tak susah kalau standby beberapa mainan anak dalam beg. Faham-faham sajalah, time beraya memanglah anak-anak cepat bosan. Jadi, ingatkan mereka untuk bermain dengan mainan mereka sendiri kecuali jika dipelawa.
3. Jangan Minta Duit Raya
Kita kena buat anak faham bahawa pemberian duit raya adalah sesuatu yang menjadi hak tuan rumah. Kita pun kena tukar mentaliti bahawa ia bukanlah sesuatu yang wajib, dan ia bukanlah tujuan utama kita pergi menziarah antara satu sama lain.
Yang penting, kita kenal saudara-mara, kenal jiran-jiran, tanya khabar, dan bermaafan. Duit raya ada atau tidak, itu tak penting.
4. Jangan Buka Sampul Duit Raya
Kalau dapat duit raya, ajarkan anak untuk ucapkan terima kasih. Kemudian, simpan dalam poket atau terus beri pada ibu ayah. Tak payah sibuk-sibuk nak buka depan orang ramai, terutamanya di depan orang yang memberinya.
Tindakan begini dikhuatiri boleh menjatuhkan air muka tuan rumah. Anak-anak kecil pula jujur, nanti dilaungnya berapa ringgit dalam sampul tu. Yang dah besar sikit mungkin semakin lantang, pandai pula bagi komen macam-macam. Orang itu miskinlah, orang ini kayalah, orang itu kedekutlah. Patutnya kalau orang dah beri duit raya, bersyukurlah ya.
5. Jangan Asyik Menghadap Gajet
Tak salah ibu ayah nak bagi anak tengok gajet sekejap sekadar nak elakkan anak daripada kebosanan. Tapi janganlah sampai mereka langsung tak bersalam dan bertegur dengan tuan rumah.
Bila tuan rumah tanya, dia langsung tak toleh. Jawab pula sambil pandang phone. Macam mana nak eratkan silaturrahim kalau bertandang ke rumah orang dengan cara ini. Kalau anak kecil bolehlah dimaafkan juga, tapi kalau anak yang dah besar panjang, mana tak ‘hangin’!
anak main gajet
6. Jangan Tinggalkan Makanan Merata-rata
Anak-anak kita ni biasalah, ‘mood’ makan dia kejap ada kejap tak ada. Kejap dia kata nak, lepas sekali gigit dia kata dah kenyang.
Kasihan tuan rumah kalau nampak juadah mereka dibuang-buang. Penat mereka berhabis duit dan bangun awal pagi semata-mata nak sediakan hidangan untuk tetamu.
Ada budak-budak yang baru makan sikit dah buang, lepas tu nak ambil yang lain pula. Ibu ayah kalau dah tahu perangai anak begini, kenalah prihatin dan tengokkan anak-anak masa makan nanti. Kuih raya sekarang pun bukannya murah… Boleh ‘kopak’ dibuatnya!
Jangan biarkan anak ambil macam-macam sebelum habiskan yang dah diambil di dalam pinggan sendiri. Lagi sakit hati kalau sisa makanan ditinggalkan di sana sini. Lagi bagus, minta anak bawa pinggan terus ke dapur lepas selesai makan.
7. Jangan Datang Beraya Tak Kena Masa
Sesetengah anak-anak kita suka pergi beraya di kejiranan dengan geng-geng mereka. Walaupun pada Hari Raya disunatkan kunjung-mengunjung, janganlah lupa pesan pada anak supaya jangan pergi beraya pada waktu yang kurang sesuai. Contohnya waktu awal-awal pagi, waktu makan tengah hari, waktu terlalu lewat petang. Waktu-waktu begini mungkin tuan rumah sedang sibuk bersiap, solat, atau sedang berehat. Kalau tengok banyak kereta di luar, dah tentulah tuan rumah tengah ada ramai tetamu untuk dilayan.
Ini tidak, orang belum balik sembahyang raya, dia dan geng-geng dia dah terpacak depan rumah jiran. Tak cukup dengan itu, loceng dibunyikan berkali-kali, salam dilaungkan kuat-kuat, macam memaksa pula tuan rumah buka pintu.
Nabi kita sendiri mengingatkan umatnya supaya cukuplah memberi salam sebanyak tiga kali, jika tiada jawapan, maka hendaklah kamu balik. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ibu Ayah Janganlah Buat Tak Faham Je
Kita sendiri pun pernah jadi tuan rumah kan? Bukan 7 pantang ini saja, sebenarnya banyak lagi adab yang sepatutnya menjadi ‘common sense’ yang kita sendiri boleh fikir. Cuma kadang-kadang mungkin terlupa, maka apa salahnya kita saling mengingatkan.
Biasalah kalau pergi beraya ni bukannya sekejap. Mungkin anak dah letih, bosan, dan perlu berehat. Jadi, elakkan berlama-lama di rumah orang kalau kita tengok anak pun dah tak larat. Bila dah kepenatan, mereka lebih mudah merengek, meragam, dan buat perangai. Jadi, tak bolehlah salahkan anak sepenuhnya kalau kita sendiri kurang peka dengan keadaan mereka. (Sumber: Sirap Limau)
Comments