Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-includes/functions.php on line 6170

Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305
in

Demi Kebaikan. Ini Teguran Anwar Ibrahim Buat Lim Guan Eng Buat Ramai SETUJU

Sama Peringat Supaya Negara Malaysia Maju Sejahtera. Bagus Lah.

Demi Kebaikan. Ini Teguran Anwar Ibrahim Buat Lim Guan Eng Buat Ramai SETUJU | Lepas satu demi satu pendedahan dibuat oleh Lim Guan Eng, tapi demi kebaikan negara, ini teguran Anwar Ibrahim buat Lim Guan Eng yang buat ramai setuju. Jom baca.

KENA JAGA SENSITIVI PELABUR JUGA

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya menteri kewangan menyerahkan tanggungjawab membongkar segala salah laku dan penyelewengan kepada menteri atau agensi lain.

“Saya ada bertemu dan memberitahu Lim Guan Eng bahawa jawatan Menteri Kewangan ini statusnya lebih sensitif.

“Setiap kenyataan (menteri kewangan) akan merujuk terus kepada pelabur,” maklum Anwar dalam rakaman wawancara program terbitan Astro Awani, ‘AI’ yang bakal ke udara Khamis ini.

Bekas menteri kewangan mengulas soalan mengenai laporan Moody’s Investors Service yang menyebut fasa peralihan kuasa ketika ini mencetuskan ketidaktentuan polisi yang dibimbangi penganalisis akan menyebabkan penarafan negatif terhadap ekonomi negara sekali gus menjejaskan keyakinan pelabur asing dalam pasaran modal Malaysia.

“Tetapi, dalam keadaan sekarang, menteri juga bertanggungjawab menyebut tentang segala bentuk perjanjian, membongkar penipuan.

“Beliau boleh tugaskan kepada satu atau dua menteri lain serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjelaskan mengenai segala pembongkaran,” jelas Anwar yang berkata langkah tersebut membolehkan Guan Eng memberi keutamaan terhadap usaha menenteramkan serta meningkatkan keyakinan pelabur.

Anwar berkata telah menyuarakan hal ini semasa pertemuannya dengan Guan Eng. (Sumber: Malaysiakini)

ISU RESTU, MB BARU SELANGOR SERAH KEPADA PIMPINAN

Menteri Besar Selangor yang baru, Amirudin Shari menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi menjawab persoalan tentang pelantikannya yang dikatakan tidak mendapat restu.

“Saya rasa biar pimpinan HARAPAN memberi penjelasan terutamanya daripada PKR untuk soalan tersebut dan saya serahkan kepada pimpinan tertinggi untuk membuat penjelasan,” katanya dalam sidang media pada majlis jamuan makan tengahari di Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr Idris Ahmad dalam sidang medianya hari ini mendakwa pelantikan Amirudin sebagai menteri besar Selangor yang baru tidak mendapat restu HARAPAN.

Idris sebaliknya berkata hanya beliau seorang sahaja yang mendapat persetujuan daripada semua parti HARAPAN.

Idris sebelum ini dikatakan merupakan antara yang tersenarai pendek sebagai calon untuk menjawat jawatan itu.

Kekosongan jawatan itu susulan penyandangnya sebelum ini Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diserap ke kabinet sebagai menteri hal-ehwal ekonomi.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut mengesahkan nama Dr Idris diserahkan kepada pihak istana untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments


Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

WAJIB BACA. Apa Hukum Guna Duit Raya Anak ? Ini Jawapan PADU Ustaz Azhar Idrus. SEBAR.

Masa Depan UMNO. Ini Komen BERANI Nazri Aziz Buat Ramai Ahli PAS Panas