in

Dapat Call Direct Dari Trump. Ni KATA KERAS Raja Salman Buat Amerika TERKEDU

Umat Islam Akan Terus Bersatu Dalam Isu Palestin. Allahuakbar.

Dapat Call Direct Dari Trump. Ni AMARAN Raja Salman Buat Amerika TERKEDU | Khalifah Mail Online – Pengumuman Trump untuk jadikan Jurusalem sebagai ibu negara Israel buat ramai umat Islam marah, termasuk Presiden Turki Erdogan. Ekoran itu, dia pun call Raja Salman untuk dapatkan sokongan tapi terkejut bila Raja Salman terus….

NASIHAT RAJA SALMAN

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz menegaskan bahawa tindakan Donald Trump untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Jerusalem, dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, hanya akan menyinggung perasaan umat Islam seluruh dunia.

Beliau berkata, status Baitulmaqdis adalah aspek paling sensitif dalam konflik Palestin-Israel, maka memindahkan kedutaan ke Jerusalem adalah langkah berbahaya.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam, bagi membincangkan perkembangan serantau yang terkini.

TIDAK AKAN SOKONG AMERIKA

Bagaimanapun beliau dengan tegas menyatakan pendirian, bahawa Arab Saudi akan memberi sokongan secara berterusan terhadap hak bersejarah rakyat Palestin.

Ini kerana, baliau yakin, sebarang pengisytiharan mengenai Jerusalem sebelum penyelesaian diputuskan, hanya akan membahayakan rundingan damai antara Palestin-Israel.

Semalam Trump sekali lagi mengulangi hasratnya itu apabila menghubungi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

PRESIDEN PALESTIN PUN TAK BERSETUJU

Jurucakap presiden, Nabil Abu Rudeine berkata, Presiden Abbas memberi amaran mengenai bahaya jika Trump berbuat demikian kerana boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan di wilayah itu dan di seluruh dunia.

BACA BERKAITAN : Umum Jurusalem Ibu Negara Israel. Ni Reaksi BERANI Erdogan Buat Ramai Amerika CUAK

Setakat ini, belum ada negara yang menempatkan kedutaan mereka di Jerusalem atau Baitulmaqdis. Komuniti antarabangsa, termasuk AS, juga tidak mengiktiraf bidang kuasa Israel dan kependudukan ke atas bandar itu.

Sumber: Khalifah Mail Online via Ismaweb

Loading...

Umum Jurusalem Ibu Negara Israel. Ni Reaksi BERANI Erdogan Buat Ramai Amerika CUAK

Umat Islam WAJIB TAHU Kenapa Jurusalem TAK BOLEH Jadi Ibu Kota Israel