in

Sempat Bagi “SESUATU” Kepada Mak Sebelum Maut Kemalangan. Allahu.

Semoga Arwah Ditempatkan Di Kalangan Beriman. Aaamin.

Sempat Bagi “SESUATU” Kepada Mak Sebelum Maut Kemalangan. Allahu. | Khalifah Mail Online – Wartawan sempat temuramah rakan sekerja mangsa yang maut dalam kemalangan dengan lori. Pagi tu mangsa sempat kirimkan “sesuatu” untuk diberi kepada maknya sebelum maut. Allahu. Al Fatihah.

KEMALANGAN MOTORSIKAL DAN LORI

Seorang pekerja kilang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan motosikal di jalan Kulim-Mahang, pagi tadi.

Mangsa Mohamad Alif Shazwan Mat Arif, 21, menunggang motosikal yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari Kulim ke Kampung Tengah Bukit Bertam, Mahang kura-kira jam 9.30 pagi, selepas selesai sarapan pagi bersama rakannya di Sungai Kob.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, hasil siasatan awal pihak polis mendapati penunggang motosikal telah memotong kenderaan di hadapan dan memasuki laluan bertentangan.

“Semasa mangsa sedang memotong dalam masa sama datang sebuah lori dari arah hadapan, kerana jarak terlalu dekat kedua kenderaan tersebut tidak sempat berbuat apa-apa dan bertembung.

“Mangsa telah meninggal di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Katanya, mayat mangsa telah di bawa ke hospital untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris untuk tindakan lanjut.

SEMPAT KIRIM PETAI KEPADA MAK

Sementara itu, rakan sekerja mangsa, Mohd Zulhairi Abd Rahim, 23, berkata arwah rakannya itu sempat meninggalkan pesan supaya menghantar petai yang dibeli di kilang kepada ibunya sebelum berpisah di tengah jalan.

“Sebelum ini kalau nak ke mana, mesti saya ada dengan dia, pagi tadi (semalam) disebabkan saya ada kerja kami tidak pergi makan sarapan pagi bersama di Taman Mutiara, Sungai Kob.

“Selepas habis kerja kira-kira jam 8.20 pagi, dia memberi petai kepada saya dan minta bawa balik bagi kepada emaknya dulu dan suruh masak sambal kerana dia nak pergi makan,” katanya.

Katanya, dia juga tidak menyangka apabila mendapat panggilan telefon dari rakan yang lain memaklumkan Mohamad Alif terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Saya sampai rumah dalam jam 9 pagi, kira-kira jam 9.20 pagi kawan telefon beritahu Alif terlibat kemalangan dengan lori tapi tak maklumkan keadaannya.

“Saya pun bergegas ke hospital, dan dapati dia sudah tiada,” katanya.

Selain itu, bapa tiri mangsa, Wan Baharin Wan Hamid, 54, berkata kali terakhir bertemu dengan anaknya itu awal pagi kelmarin ketika keluarganya ingin pergi ke Lumut, Perak.

“Saya dan isteri ada jumpa dengan dia sebelum kami sekeluarga keluarga pergi ke Lumut kira-kira jam 11 pagi. Ketika itu dia sedang tidur, memang kami tak nampak apa-apa perubahan dia,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Jika Golongan Atheis Meninggal Dunia. Tempat “Kubur”nya MENGEJUTKAN Ramai

Remaja Sempat PELUK Islam Sebelum Maut Kemalangan. Semoga Masuk Syurga. Aamin.