Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-includes/functions.php on line 6170

Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305
in

Penumpang Bas GEMPAR Dan Berdiri Sepanjang Perjalanan Akibat Diserang “SESUATU”

Penyedia Perkhidmatan Bas Perlu Pastikan Kebersihan Bas Masing-Masing. Kan ?

Penumpang Bas GEMPAR Dan Berdiri Sepanjang Perjalanan Akibat Diserang “SESUATU” | Khalifah Mail Online – Para penumpang sebuah bas ekspres jadi kecoh dan berdiri sepanjang perjalanan 3 jam akibat bas mereka naiki diserang “sesuatu” ketika perjalanan malam. Allahu. Jom baca dan kongsikan.

DISERANG PEPIJAT GATAL

Malang bagi puluhan penumpang sebuah syarikat bas ekspress perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur apabila bas dinaiki mereka dipenuhi pepijat (bed bug) yang menyerang kira-kira 26 penumpang kenderaan tersebut.

Warga Singapura, Natalie, 29, yang menaiki bas berkenaan berkata, seluruh badannya terasa gatal digigit serangga berkenaan.

“Saya sentuh belakang badan saya dan berasa ada bonjolan. Mulanya saya ingat cuma alahan kulit, tetapi kemudian saya dapati ada pepijat pada jaket saya,” katanya berkongsi pengalaman ngerinya di Facebook yang mendapat 9,000 perkongsian.

PEMANDU TUDUH PAKAIAN KOTOR

Jelas Natalie, beliau segera memaklumkan kepada pemandu bas berkenaan namun pemandu berkenaan menafikan terdapat pepijat didalam kenderaan tersebut sambil mendakwa wanita berkenaan mengenakan pakaian tidak bersih.

“Dia (pemandu) kata jika benar ada pepijat, mengapa saya seorang sahaja yang mengadu sedangkan penumpang lain hanya berdiam diri,” katanya.

Sebaik tiba di kawasan rehat, Natalie bertanyakan kepada penumpang lain samaada mereka mengalami situasi sama dan ternyata dakwaan tersebut benar apabila bas berkenaan dipenuhi serangga tersebut.

“Kami meminta bas lain, tetapi kerana jadual perayaan yang padat, tiada bas tersedia. Setibanya kami di kastam sudah larut malam.

BERDIRI DALAM BAS

“Selepas menanti kira-kira sejam untuk mendapatkan bas lain, pemandu bas menasihati kami untuk bertahan untuk sedikit masa lagi. Kami tiada pilihan selain menaiki bas dipenuhi pepijat.

“Tiada siapa antara kami duduk,” kata Natalie yang turut mendakwa digigit lebih 30 kali sepanjang perjalanan berkenaan.

Kisah berkenaan turut dilaporkan China Press yang mendakwa terdapat penumpang yang berdiri di dalam bas selama tiga jam untuk mengelakkan daripada digigit serangga berkenaan.

Natalie dalam pada itu menuntut bayaran semula tiket perjalanan pergi dan pulang bernilai $70 (RM 216) disamping $64 (RM197) bagi kos rawatan digigit serangga tersebut. Sumber: Mynewshub

Loading...

Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Comments

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments


Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Viral S3ks Selamat. Surat Terbuka BERANI Lelaki Ni Kepada Syed Saddiq Buat Ramai TERKEDU

Resah Duit Tak Cukup Bayar Yuran. Lepas Buat 2 Amalan Ni, Apa Jadi Seterusnya Amat MENGEJUTKAN