in

Lelaki Terketar Terima Sumbangan Beras 5kg. Bila Tanya, Puncanya Amat MENGEJUTKAN

Allahu. Semoga Allah Permudahkan Urusan Keluarga Miskin Di Malaysia. Aaamin.

Lelaki Terketar Terima Sumbangan Beras 5kg. Bila Tanya, Puncanya Amat MENGEJUTKAN | Khalifah Mail Online – Bawa 40 murid miskin beli baju sekolah. Tengah borak terkeluar cerita seorang lelaki terketar bila terima sumbangan beras 5kg. Bila tanya, puncanya amat mengejutkan. Tak sangka rupanya lelaki tu sebenarnya adalah… Allahu. Kongsikan kisah dari FB Pnut Syafinaz ni.

BAWA MURID MISKIN KE TESCO

Semalam, selesai membeli baju untuk 40 murid miskin di TESCO Stargate, Aloq Setaq, kami terpaksa membawa 12 orang murid yang pengawas, pengawas pusat sumber yang pakai baju dan tudung lain warna ke tempat lain untuk membeli pakaian mereka kerana TESCO jual baju putih sahaja.

Dalam kereta saya berbual :

Ayah awak kerja apa?
Murid 1 : Motong (Motong is memotong getah = Menoreh)

Awak? Ayah kerja apa?
Murid 2 : Motong gak.

Ni yang ni, ayah kerja apa?
Murid 3 : Motong juga.

Kakak? ayah kerja apa? (tanya murid perempuan tu)
Murid 4 : Ayah saya dah meninggal, mak tak kerja (perlahan dan sayu)

Terus saya tak tanya apa dah, takut saya menangis beriya nanti. tukar topik.

Saya : Syok ka mai Aloq Setaq?
Depa : “Syok… saya pertama kali mai Aloq Setaq,”

“Saya tak pernah masuk TESCO pun, kat Sik tak dak kedai besaq macam ni,”

REALITI KELUARGA PEMOTONG GETAH

And this is 2017, hang tau dak ada ramai murid miskin macam ni yang tiada siapa peduli. Orang selalu sebut, “kata ekonomi merosot, tengok shopping mall ramai juga orang,”

Sekadar Gambar Hiasan

Eh helloooo, yang merayap shopping mall tu depa bukan menoreh getah. Ampa tau dak getah harga dua ringgit lima kupang sekilo la ni? kalau menoreh kebun orang, dapat duit bahagi dua dengan tuan kebun. dapat lah 1.50 sekilo. Nak menoreh berapa batang pokok getah nak dapat RM20-30 sehari? Kalau hari panas? kalau hari hujan?

Subuh-subuh dah menyembah pokok getah, lepas tu kutip getah, lepas pi jual, balik tak dan rehat sambung ambil upah tebas rumput, pi bendang, upah panjat pokok petai, pokok langsat, buat apa saja kerja janji dapat duit.

Yang pergi ke laut, musim ada ikan boleh la tokei bot bagi upah mahal sikit, kalau musim tak dak ikan, keluar 7 pagi, balik 7 malam belum tentu dapat bawa balik ikan, ada pun sikit sangat, tokei bot bagi upah RM10 ja, upah penat ke laut.

Dapat RM10, singgah kedai runcit, beli beras repack 1kg rm2.50, beli telur 5 biji, bawang sebiji dua, jadilah balik bulih goreng nasi dah makan seisi keluarga. Ayam? Daging? jangan harap. Kalau ada kenduri dalam kampung dapatlah makan ayam, daging, lauk sedap-sedap.

TANGAN TERKETAR TERIMA SUMBANGAN 5KG BERAS

Saya pernah jumpa sebuah kisah selepas kami bagi sumbangan beras dan barang dapur sebelum puasa itu hari. Seorang lelaki menggeletar tangan dia terima beras 5kg je pun. saya usik dia “awat ketaq, saya bukan makan orang”. dia senyum, kemudian, masa borak-borak sebelum nak balik tu dia cakap

Sekadar Gambar Hiasan

“Kak, anak saya selipar putus dekat seminggu dah, selipar harga 3 ringgit ja, tapi saya pikiaq dari saya beli selipar 3 ringgit, baik saya beli beras sekilo. boleh satu keluarga makan, tu saya ketaq dpt beras tu, pasai lama sungguh tak beli beras kampit besaq, dok beli hat sekilo-sekilo ja”. Terdiam saya.

Pernah terfikir? Mungkin pada kita RM3 tu mungkin tak ada apa maknanya pun, sepeket makanan kucing pun mungkin lebih mahal dari RM3.

Tahu kenapa ada peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Nah inilah dia, dpt upah hari ni, buat belanja makan hari ini, esok mengais lagi, dapat habuan belanja untuk esok sehari lagi.

P/s ramai pula pm tanya nombor akaun. Sebenarnya nombor akaun ada kat profile saya, tapi takpe, saya bagi kat sini juga.

No. Akaun PINK Squad Pertubuhan Inisiatif Naluri Kemanusiaan (PINK Squad) 566010617721 – Maybank

*update tambahan : ramai ingat saya cikgu. Salah tu, saya bukan cikgu. Saya Pengerusi PINK SQUAD je. Sebuah NGO kecil yang dana pun limited je.

Sumber: FB Pnut Syafinaz

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

3 Tahun Sebelum NASA Mendarat. Rusia Telah Dahulu Jumpa SESUATU Di Bulan

Pelajar Tingkatan 3 Dipukul 10 Rakan Asrama. Ketika Di Hospital Doktor Sahkan Dia …..