Status TERAKHIR Mangsa Lemas Batu Ferringhi Buat Keluarga Sangat TERKEDU Sedih. Al Fatihah. | Khalifah Mail Online – Percutian mandi pantai jadi tragedi apabila seorang abang lemas selepas cuba selamatkan adiknya. Lebih mengejutkan lagi bila ibu dan ayah tau baca status terakhir FB mangsa. Ada video. Tak sangka. Sedih. Al Fatihah.
KALIMAT TERAKHIR DI FACEBOOK
‘YANG pergi takkan kembali’. Itu antara kalimat terakhir dimuatkan Muhamad Firdaus Abdul Gani, 18, dalam Facebook sebelum dia lemas ketika mandi bersama adiknya, Muhamad Naim, 15, di Pantai Miami, Batu Feringghi, semalam.
Ibu mangsa, Noorain Md Noor, 48, berkata dia mendapat tahu anak sulungnya itu memuatkan mesej dalam Facebook sebelum mereka sekeluarga bertolak ke Pantai Miami, semalam.
Noorain berkata, pada mulanya suaminya enggan ke pantai itu, tetapi arwah dan adiknya tetap beria-ia mahu mandi laut.
“Arwah anak sulung daripada empat beradik. Sangat rapat dengan adiknya, Muhamad Naim dan mereka beria-ia mengajak kami ke Pantai Miami bersama dua lagi adiknya berusia tujuh dan 11 tahun.
“Malah, arwah yang bekerja kilang mengambil cuti semata-mata untuk mandi laut,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian jenazah Muhamad Firdaus di Tanah Perkuburan Islam Pinang Tunggal, Kepala Batas, hari ini.
MAUT LEMAS BILA CUBA SELAMATKAN ADIK
Allahyarham Muhamad Firdaus lemas selepas dikatakan ditarik ombak ketika cuba menyelamatkan Muhamad Naim yang hampir lemas, pada 12.15 tengah hari semalam.
Kejadian itu dilihat Abdul Gani dan dia sempat menyelamatkan Muhamad Naim, tetapi Muhamad Firdaus yang turut cuba membantu ditarik ombak ke tengah laut sebelum mayatnya ditemui tidak jauh dari tempat kejadian.
Noorain berkata, dia belum memberitahu Muhamad Naim mengenai ketiadaan arwah kerana anak keduanya itu masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).
VIDEO REMAJA LEMAS
Sumber: Harian Metro
Pingback:Status TERAKHIR Mangsa Lemas Batu Ferringhi Buat Keluarga Sangat TERKEDU Sedih. Al Fatihah. – cite malaya
Pingback:Status TERAKHIR Mangsa Lemas Batu Ferringhi Buat Keluarga Sangat TERKEDU Sedih. Al Fatihah. – Kabarviral.me