in

Wartawan Dedah Kisah Shahir Yang MENGEJUTKAN Sepanjang 3 Tahun Menghilang

Subhanallah. Tak Sangka. Semoga Shahir Berjaya Dunia Akhirat. Aamin.

Wartawan Dedah Kisah Shahir Yang MENGEJUTKAN Sepanjang 3 Tahun Menghilang | Khalifah Mail Online – Shahir bakal berentap dalam separuh akhir AF Megastar. Ramai tertanya-tanya apa yang Shahir buat sepanjang “hilang” dalam industri hiburan. Akhirnya wartawan berjaya dapat jawapannya. Sangat mengejutkan.

BERAT BADAN CECAH 90KG

RAMAI tidak mengetahui ‘kehilangan’ penyanyi Shahir Zawawi daripada radar dunia hiburan sepanjang tiga tahun lalu sebenarnya mempunyai pelbagai kisah menarik.

Dedah bekas juara program Akademi Fantasia musim kelapan ini, berat badannya pernah mencecah 90 kilogram berbanding berat asal iaitu 68 kilogram.

“Antara benda yang orang tak tahu berat badan saya pernah mencecah 90 kilogram dan memang saya sangat gemuk ketika itu kerana berat badan yang tidak ideal.

“Saya gemuk bukan kerana tidak menjaga pemakanan tetapi saya berhenti bermain bola dan kurang bersenam membuatkan badan saya dipam macam bola,” katanya kepada mStar Online.

Tambah menarik kata Shahir, 29, sejak pulang ke kampung di Kampar, Perak ramai tidak mengenalinya bukan sahaja kerana berat badannya tetapi penampilannya yang berubah apabila dia menyimpan jambang.

BELA JAMBANG IKUT SUNNAH NABI SAW

Kata Shahir, dia berbuat demikian bukan untuk mengelak daripada dikenali sebaliknya mengikut sunnah Rasulullah.

“Jambang saya memang panjang ketika itu. Kalau saya tolak ke atas ia mencecah sampai ke dahi.

“Memang saya akui kalau keluar memang orang tak kenal. Mana tidaknya, sudahlah badan berisi, berjambang pula tetapi kau dilihat dua kali memang orang perasan itu saya.

“Bukanlah hendak mengelak daripada dikenali tetapi lebih kepada mengikut sunnah Nabi,” jelasnya.

2 BULAN TURUNKAN 22KG

Sementara itu, Shahir berkata, dia mula kembali aktif bersenam kira-kira dua bulan sebelum dia membuat kemunculan semula pada Jun lalu dan berjaya mendapat berat badan ideal iaitu 68 kilogram.

“Pada awalnya memang sukar hendak turunkan kembali berat badan tetapi memang saya berazam untuk dapatkan kembali bentuk tubuh asal dan Alhamdulillah dengan keazaman saya berjaya.

“Saya juga potong jambang tetapi tidak sampai licin dan masih ada cuma dipendekkan sahaja,” katanya.

FOKUS UNTUK BUAT TERBAIK

Dalam perkembangan lain, Shahir tidak mahu terlalu memberi fokus kepada mengejar kemenangan pada pertandingan AF Megastar yang sudah memasuki pusingan separuh akhir pada Ahad ini.

Sebaliknya kata Shahir, apa paling penting adalah dia ingin memberi persembahan terbaik dan diluar kebiasaannya dalam menunjukkan dia juga seorang artis versatil.

Sumber: Mstar

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Cikgu Rampas Telefon Remaja 15 Tahun Dan TERKEJUT Bila Temui Ada “SESUATU” Pelik

Adakah Anda Darah O ? Saintis Dedah Fakta MENGEJUTKAN Tentang Anda. SUBHANALLAH.