Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-includes/functions.php on line 6170

Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305
in

Jemaah Haji Menangis Ketika Dengar Nassier Wahab Laung Azan. Ini Puncanya.. SUBHANALLAH

Semoga Para Jemaah Haji Tahun 2017 Mendapat Haji Yang Mabrur Aaaamin.

Jemaah Haji Menangis Ketika Dengar Nassier Wahab Laung Azan. Ini Puncanya.. SUBHANALLAH | Khalifah Mail Online – Baru2 ni Dato Nassier Wahab telah tunaikan ibadah haji. Ketika wukuf Arafah, dia dapat rezeki laung azan dan ramai gempar bila ada jemaah haji tiba2 menangis. Setelah siasat ini puncanya. Subhanallah.

NASSIER WAHAB LAUNG AZAN

PENYANYI Datuk Nassier Wahab terharu apabila ada jemaah haji Malaysia yang menitiskan air mata ketika mendengarnya melaungkan azan.

Menurut Nassier, 55, kejadian itu merupakan salah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan ketika dia mengerjakan ibadah haji, baru-baru ini.

“Mungkin selama ini mereka dengar suara saya menyanyi tapi pada hari kejadian mereka berpeluang mendengar saya melaungkan azan menyeru kebesaran Allah.

“Hati saya tersentuh apabila melihat ada jemaah yang menangis terharu dan sebak kerana mendengar saya melaungkan azan,” katanya kepada mStar Online.

Nassier bertolak ke tanah suci mengerjakan ibadah haji pada 26 Ogos dan pulang ke Malaysia pada 30 September lalu.

KALI PERTAMA LAUNG AZAN

Sementara itu, Nassier berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia menjadi bilal semasa khutbah Arafah ketika mengerjakan ibadah wukuf di Padang Arafah.

“Bayangkan saya tak pernah laungkan azan di hadapan orang ramai dan itu kali pertama diberi tanggungjawab melakukannya.

“Apabila mutawif tawarkan peluang ini, saya tak boleh menolak sebab mereka bersungguh-sungguh mahu saya yang azan.

“Saya yakinkan diri dan anggap itu rezeki yang tak semua orang dapat,” katanya.

ALHAMDULILLAH SELESAI HAJI TANPA MASALAH

Dalam pada itu, penyanyi lagu Memori Cinta Luka ini bersyukur kerana mampu menyelesaikan ibadah haji tanpa sebarang masalah kesihatan.

Katanya, cuaca panas dan jemaah yang ramai dari pelbagai negara tidak menganggu perjalanan ibadahnya.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Tiada sebarang kesulitan, lancar mengikut jadual dan sangat berpuas hati dengan kemudahan serta layanan yang diberi.

“Walaupun cuaca ketika itu hampir 50 darjah celsius tapi kesihatan saya baik dan ini pun salah satu rahmat daripada Allah.

“Bila balik Malaysia, baru mula sakit tekak dan rasa seperti mahu demam, mungkin rindu Kota Makkah agaknya” ujarnya.

Bercakap mengenai karier seni, dia kembali aktif menjayakan persembahan pentas selepas pulang mengerjakan haji.

Malah, Nassier memaklumkan dia masih menerima tawaran nyanyian dan tidak terpalit dengan kontroversi membabitkan pelakon Datuk Boy Iman.

Nassier merupakan duta kepada syarikat DBI Technology yang merupakan milik Boy Iman.

Sumber : Mstar

Loading...

Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Comments

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments


Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Viral Tulisan “ALLAH” Pada Kubur Tamadun Viking. Hasil Siasatan Saintis Lebih MENGEJUTKAN Lagi

Cikgu Rampas Telefon Remaja 15 Tahun Dan TERKEJUT Bila Temui Ada “SESUATU” Pelik