in

ALLAHUAKBAR. Pergi Bertiga Tapi Buat Haji Sendirian. Puncanya Buat Ramai SEBAK

Sedih Bila Baca Kisah Ni. Allahu.

ALLAHUAKBAR. Pergi Bertiga Tapi Buat Haji Sendirian. Puncanya Buat Ramai SEBAK | Khalifah Mail Online – Musim haji 2017 meninggalkan suka duka pada yang berpeluang mengerjakannnya. Ini kisah sayu seorang isteri ketika berada di Mekah dan Madinah. Allahuakabar.

PERGI MEKAH BERTIGA, BUAT HAJI SENDIRIAN

Melaka: “Kami pergi ke Makkah bertiga, tapi (saya) mengerjakan haji berseorangan,” kata Zainon Saad, 60, yang kematian suaminya Wahid Sagap, 63, apabila arwah meninggal dunia di Arafah pada 31 Ogos lalu.

Sebelum itu, Zainon bertolak dari Kuala Lumpur ke Madinah pada 28 Julai lalu bersama suami dan ibunya, Jeriah Hassan, 80.

Zainon berkata, dia langsung tidak menyangka akan kehilangan suaminya buat selama-lamanya kerana tiada tanda-tanda ditunjukkan arwah, tetapi suaminya mula mengalami batuk dan demam yang berlarutan sebelum meninggalkan Madinah pada 7 Ogos lalu.

ARWAH MULA BATUK-BATUK

“Arwah melakukan umrah pun dalam keadaan batuk ketika di Makkah, namun sebaik kami memasuki hotel, arwah sihat dua hari sebelum batuk itu kembali lalu saya membawanya ke hospital.

“Waktu itu doktor berpesan supaya jangan benarkan arwah ke masjid, tapi arwah katakan kepada saya, tiada gunanya datang ke Makkah kalau tak pergi ke Masjidilharam. Disebabkan batuknya bertambah teruk, saya bawa dia ke hospital semula,” katanya.

Zainon berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan wakil Lembaga Tabung Haji (TH) di rumahnya di Kampung Bukit Pulau, Bukit Baru, di sini, semalam.

Menurutnya, Allahyarham suaminya mengalami batuk teruk dan suhu badannya naik pada 25 Ogos lalu sebelum ditahan di hospital selama dua hari.

MAK DAN SUAMI DITAHAN HOSPITAL

“Pada waktu itu kami dijadualkan ke Arafah dan saya tidak dibenarkan menangguhkan perjalanan lalu terpaksa meninggalkan suami di hospital. Doktor ada beritahu mereka akan menghantar suami ke Arafah jika keadaannya kembali sihat.

“Dalam masa sama, emak saya juga dimasukkan ke hospital selepas mengalami kekejangan kedua-dua kaki dan suhu badan mencecah 40 darjah selsius.

Doktor pesan kepada saya tinggalkan ihram perempuan dan waktu itu, saya sangka emak dalam situasi buruk kerana doktor terpaksa memandikannya dengan ais, tambahan pula cuaca di sana (Makkah) amat panas,” katanya.

Menurut Zainon, dia tidak menyangka pihak hospital benar-benar menghantar suaminya ke Arafah pada 31 Ogos lalu, namun tidak bertemu kerana jemaah lain tidak tahu di mana khemah tempat dia berada.

MENATAP WAJAH ARWAH BUAT KALI TERAKHIR

“Jemaah yang ada bersama arwah suami saya dikenali sejak kami sama-sama di hotel lagi. Mereka beritahu suami mahu jumpa saya dan emak saya. Waktu itu suami saya batuk secara tiba-tiba ketika hendak mengambil wuduk sebelum suami terpaksa dihantar ke bahagian kecemasan di Arafah,” kata Zainon.

Menurutnya, dia hanya sempat melihat wajah suaminya buat kali terakhir dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Katanya, walaupun sedih dan terdetik dalam hati mengapa suami meninggalkannya seorang diri, dia perlu reda dengan pemergian arwah selepas menatap wajahnya buat kali terakhir.

Sumber: Harian Metro

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Luahan Ibu Anaknya Belajar Tahfiz KANTOI Mengendap Ustazah Mandi. Tapi Lepas 3 Tahun Terjadi “SESUATU”

Pencuri Larikan RM600k Dari Bilik Kebal Bank Di Damansara. Caranya Buat Ramai TERGAMAM