in

Subhanallah. Ketika NAZAK Selepas Dilanggar Keretapi. “Bisikan” Lelaki Buat Imam TERSENTAP

Allah Nak Bagi Hidayah Kepada Sesiapa Ja. Takda Pilih-Pilih. Jom Renungkan Bersama.

Subhanallah. Ketika NAZAK Selepas Dilanggar Keretapi. “Bisikan” Lelaki Buat Imam TERSENTAPKhalifah Mail Online – Kita selalu mendengar perkataan hidayah dan taufiq. Namun, tahu tak bahawa kedua perkataan tersebut ada makna yang berbeza ? Hidayah bermakna petunjuk Allah SWT yang diperolehi daripada proses pembelajaran, taufiq pula adalah kekuatan yang Allah tanamkan pada diri seseorang sehingga dia mudah mengamalkan ajaran yang telah dipelajarinya.

Kisah pemuda ini dapat menjadi pengajaran kepada kita untuk menjadi muslim yang lebih baik. Sebagaimana diketahui bahawa Allah SWT memberikan hidayah dan taufiq pada setiap orang yang dikehendaki-Nya. Dan pemuda ini salah seorang yang sangat beruntung.

Kisah yang mengharukan ini diceritakan oleh salah seorang Syeikh mengenai seorang lelaki beragama Kristien yang meninggal dunia bersama taufiq daripada Allah. Pengajaran ini bermanfaat bagi kita untuk meningkatkan keimanan dalam mendekatkan diri kepada Allah. Berikut kisah selengkapnya

IMAM KONGSI KISAH KEMATIAN

Suatu hari, Syeikh sedang mengajar di sebuah masjid di salah satu kota Jazirah, kemudian, imam masjid itu datang dan memberitahu bahawa ada suatu kejadian yang menakjubkan terjadi di kota ini kira-kira 2 minggu yang lalu. Imam itu pun berkongsi cerita tersebut.

Pada hari kejadian, Imam yang dalam perjalan pulang ke rumah selepas kuliah di masjid, melalui kawasan stesen keretapi, kemudian terdengar teriakan, rupanya ada lelaki yang mengalami kemalangan dengan kereta api ketika dia hendak melintas di rel tersebut, imam itu terus pergi ke tempat kejadian. Dia memangku seorang lelaki yang sedang dalam kesakitan, usus bertaburan keluar dan tangan kirinya sudah putus.

BIBIR LANCAR BERKATA LAA ILAAHA ILLA ALLAH

Imam itu pun membantu lelaki tadi dengan mengucapkan kalimah “Laa ilaaha illa Allah”. Kemudian lelaki itu memandang imam, kemudian imam pun mengulangi lagi perkataannya. Dan akhirnya, pemuda itu mengucapkan kalimah tersebut dan tidak berapa lama kemudian lelaki itu meninggal dunia. Kemudian, imam cuba menyeluk saku baju dan seluar lelaki itu untuk mencari pengenalan diri dan alamatnya.

Imam itu terkejut ketika melihat ada satu tanda salib di tangan lelaki tersebut, rupanya lelaki tersebut adalah seorang nasrani. Ambulans segera datang dan membawa jenazah lelaki tersebut ke hospital.

NIAT BAIK DIHALANG KELUARGA

Imam tadi bersama beberapa saksi lain pergi ke rumah lelaki tersebut untuk mengucapkan takziah dan menyampaikan khabar mengenai keadaan lelaki itu sebelum meninggal dunia. Ketika mereka tiba di rumahnya, bapa lelaki itu mengatakan bahawa semasa hidupnya, anaknya itu suka mendengar alunan bacaan Al-Qur’an dan ingin menjadi Islam, namun bapanya selalu melarang. Setelah mendengar cerita itu, mereka bertakbir dan mengatakan bahawa sungguh Allah telah memberikan hidayah kepada lelaki itu.

Berdasarkan kisah ini, kita tahu bahawa ketika kita mempunyai kejujuran pada Allah dan ikhlas niat hanya pada Allah, maka Allah akan memberikan taufiq sepadan dengan kehendak dan kecintaan nya kepada Allah. Seperti sabda Rasulullah, yang bererti bahawa “barang siapa mencintai sesuatu maka ia akan diwafatkan di atasnya. Lelaki Kristien tadi amat cinta kan Allah, maka Allah pun mewafatkanya di atas taufiq Allah.

Oleh itu, sebagai umat manusia kita haruslah merenung kembali mengenai perbuatan atau amal yang telah kita lakukan. Adakah perbuatan tersebut menjauhkan atau mendekatkan kita kepada Allah. Ingatlah apa akibat yang akan kita dapat jika melakukan perbuatan tersebut, adakah nikmat di syurga ataupun mendapat seksa di neraka.

Sebagai umat Islam, hendaklah kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah untuk mendapat perlindungan-Nya dari segala niat buruk. Bekalan amal menuju akhirat sangat penting agar kita terhindar daripada siksaan di akhirat kelak. Ingatlah bahawa azab Allah sangatlah pedih dan begitu menyakitkan. Oleh itu, himpun lah saham akhirat dengan melakukan perintah Allah dan mengikuti sunnah Rasullulah SAW.

Sumber : PalingYunik

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

BAYI MAUT Tapi Bapa Masih Tidak Sedar Dan Sempat Melakukan INI. Tak Sangka.

Ayah Sunat Bayi Lelaki Baru Lahir . Apa Jadi Selepas 24 Jam Buat Ramai TERKEJUT