in

Selepas Erdogan. Ini KATA PEDAS Imam Besar Masjid Al-Aqsa Yang Buat Jutaan Umat Islam TERKEDU

Umat Islam Kini Kena Sepakat Dan Bersatu. Bagus Imam Ni.

Selepas Erdogan. Ini KATA PEDAS Imam Besar Masjid Al-Aqsa Yang Buat Jutaan Umat Islam TERKEDU | Khalifah Mail Online – Baru ni viral tentang amaran tegas Presiden Turki, Erdogan terhadap Israel yang suka-suka je menutup Masjid Al-Aqsa (BACA : Masjidil Aqsa DITUTUP Untuk Palestin. Ini AMARAN Erdogan Yang Buat Israel TERKEJUT). Terkini Imam Besar Masjid Al-Aqsa pula bangkit memberi sindiran pedas kepada umat Islam negara kejiranan lain yang banyaknya hanya duduk diam tak bertindak seperti Turki. Ikuti kemaskini berita tersebut.

Sheikh Sabri Mula Bersuara

Imam veteran Masjid Al-Aqsa dan bekas Mufti Besar, Sheikh Ikrima Sabri, berkata pada hari Jumaat bahawa negara-negara Arab terlalu sibuk berlawan satu sama lain untuk bimbangkan tentang Al Haram Al Sharif, Aljazeera.net melaporkan seperti dipetik dari Middle East Monitor.

Bercakap dalam khutbah Jumaat, Sheikh Sabri mengatakan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel telah memasang pengesan logam elektronik di pintu-pintu Masjid Al-Aqsa untuk menguji kehendak dunia Arab.

Beliau mengatakan:

Ini bukanlah ujian bagi kami kerana pendirian kami, sebagai penduduk Jerusalem, sangat jelas, tetapi ujian bagi kehendak negara-negara Arab yang lemah secara diplomatik kerana perbalahan mereka terhadap satu sama lain.

Imam Umur 78 Tahun Ni Pernah Terkena Peluru Getah

Imam Sabri telah terkena dua peluru getah yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan Israel awal minggu ini kerana beliau menentang tindakan yang dikenakan ke atas masjid oleh kerajaan Zionis.

Imam yang berusia 78 tahun itu berkata bahawa orang Arab sibuk membeli senjata “untuk membunuh satu sama lain.”

Pihak berkuasa Islam di Jerusalem menyeru semua masjid di bandar untuk terus ditutup dan mengarahkan solat Jumaat untuk dilakukan hanya di dalam Masjid Al-Aqsa.

Walau bagaimanapun, polis Israel – diperkuat oleh lima batalion tambahan – menghalang kebanyakan rakyat Palestin daripada memasuki tempat suci itu.

Seruan Palestin Kepada Dunia Islam

Di bawah slogan “Hari Kemarahan”, ramai pemimpin Palestin menyeru kepada umat Islam melakukan solat Jumaat berhampiran Masjid Al-Aqsa atau sekurang-kurangnya di pusat pemeriksaan Israel jika mereka tidak dapat melepasi.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, telah memberi amaran bahawa serangan Israel terhadap Masjid Aqsa dan perangnya terhadap Jerusalem “akan membangkitkan bara di bawah abu dan menghidupkan kembali intifada Jerusalem”.

Sumber: Laicikang

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Masjidil Aqsa DITUTUP Untuk Palestin. Ini AMARAN Erdogan Yang Buat Israel TERKEJUT

Heboh NASA Temui SUDU GERGASI Di Planet Marikh. Tapi Rupa2nya Adalah…