in

Pegawai Pemantau Dedah TIGA Perangai PELIK Jemaah Haji Indonesia Ketika Di Mekah

Ada Yang Pernah Buat Salah Satu Dari 3 Perkara Ni ?

Pegawai Pemantau Dedah TIGA Perangai PELIK Jemaah Haji Indonesia Ketika Di Mekah | Khalifah Mail Online – Musim haji bakal tiba dan ramai yang bertuah sangat teruja. Seorang pegawai pemantau haji dari Indonesia telah mendedahkan 3 perangai pelik jemaah haji dari Indonesia. Tidak semua yang begini, hanya segelintir sahaja. Tapi bila dengar macam tak caya pulak.

Ibadah haji merupakan rukun Islam kelima bagi umat Islam yang mampu dari dari segi kewangan mahupun fizikal. Tetapi petugas Penyelenggara Ibadah Haji (IPHI) Kota Cirebon, Indonesia, mendapati bermacam-macam perangai para jemaah dari negara tersebut yang membuatkan mereka geleng kepala. Dan ada yang memerlukan campur tangan pihak polis bagi menyelesaikan masalah tersebut.

BAWA BERKOTAK-KOTAK ROKOK, UBAT KUAT UNTUK DIJUAL

Menurut Ketua IPHI kota itu, Slamet, jemaah haji dari Indonesia, khususnya Jawa Barat adalah yang paling menyusahkan. Mereka seringkali membawa pelbagai barangan yang tidak perlu kerana mahu berjimat. Ada yang membawa periuk nasi, termos, berkotak-kotak rokok dan juga ‘ubat kuat’ untuk dijual di tanah suci.

“Rokok dibawa berkotak-kotak. Demikian juga ubat kuat. Di tanah suci harganya mahal, jadi mereka boleh menjualnya dengan harga lima kali ganda berbanding harga di Indonesia,” menurut Encik Slamet.

Selain itu, pernah juga terjadi pada tahun 2011, di mana seorang petugas ibadah haji (PPIH) di Arab Saudi menjumpai beras dan periuk nasi di dalam beg seorang jemaah yang berasal dari Solo.

BAWA LEBIH 5 KILOGRAM BERAS, PERIUK NASI

Ketua Sektor PPIH Arab Saudi, Aranto berkata, beg yang dibawa jemaah berkenaan terlalu berat. Rupa-rupanya, bukan sahaja pakaian, malah terdapat juga beras melebihi lima kilogram dan juga makanan kering serta telur.

“Itu yang membuatkan beg beliau lebih berat berbanding beg-beg jemaah lain,” jelas Encik Aranto. Menurut salah seorang jemaah yang menginap di Hotel Holiday Villa, Madinah, jemaah itu membawa peralatan dan makanan tersebut bagi menyiapkan sarapan pagi setiap hari.

“Kalau sarapan, beliau mahu masak mi segera atau nasi,” ujar jemaah tersebut.

Pada tahun 2014, kerajaan Arab Saudi menetapkan undang-undang baru di mana para jemaah haji tidak dibenarkan memasak makanan sendiri.

“Undang-undang dari kerajaan Arab Saudi dikuatkuasakan sebagai mencegah daripada kebakaran dan dimaklumkan kepada para jemaah Indonesia. Sekiranya jemaah haji tetap memasak nasi atau membawa masakan sehingga mengeluarkan aroma, sistem penggera akan berbunyi,” menurut Ketua Daker Makkah Endang Jumali.

Meskipun begitu, masih terdapat jemaah haji dari Indonesia yang tidak bersetuju dengan undang-undang baru tersebut dan menentangnya.

BAWA MINUMAN KERAS

Malah, seorang bakal jemaah haji yang akan berangkat ke tanah suci didapati membawa sekitar setengah liter minuman keras hasil penapaian yang dimasukkan ke dalam botol.

Menurut jemaah berkenaan, minuman itu adalah ubat kuat, anti-penat supaya beliau lebih bertenaga untuk menjalankan ibadah haji di tanah suci.

Minuman tersebut dijumpai petugas semasa melakukan pemeriksaan ke atas beg-beg jemaah, pada Jumaat (26 Ogos), lantas merampasnya sebagai bukti.

Menurut seorang petugas bernama Avsec Bandara, jemaah yang membawa minuman keras itu merupakan seorang lelaki yang berasal dari Sulawesi Barat. Beliau menambah, minuman tersebut dirampas bukan sahaja kerana ia mengandungi alkohol malah ia boleh menyebabkan letupan di dalam pesawat.

Selain minuman keras, petugas turut merampas beberapa barangan lain milik bakal jemaah.

Sumber: Merdeka

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ada Makcik Minta Tolong Isi Borang Di Bank. Lepas Dah Isi Tiba2 Makcik Tu PATAH BALIK Dan….

Ya Allah. Ayah MAUT Ketika Cuba Selamatkan Anaknya Yang Ditarik Ombak Ke Tengah Laut