in

“Makwe Saya Hanya Seorang”. Kawan Dedah Gurauan TERAKHIR Sebelum Maut Dibakar

Siapa Sangka Kematian Yang Sangat Tragik

“Makwe Saya Hanya Seorang”. Kawan Dedah Gurauan TERAKHIR Sebelum Maut Dibakar | Khalifah Mail Online – Selepas lama berdiam diri, akhirnya rakan kepada mangsa terbakar dalam longkang yang ditemui mendedahkan gurauan terakhir arwah yang sangat mengharukan. Ikuti laporan wartawan Harian Metro di bawah.

“Makwe saya hanya seorang je kak Amy, iaitu perempuan yang mengandungkan saya selama sembilan bulan”. Itulah gurauan terakhir Allahyarham Azamasero Ahmad Yusof, 21 kepada rakannya Emellia yang ditemui terbakar di dalam longkang selepas susur keluar Plaza Tol Bukit Raja menghala ke Klang dalam keadaan 90 peratus tubuhnya terbakar, pagi semalam.

Sementara ibu mangsa berkata “Sebelum pulang ke Rawang Selasa lalu, dia cium tangan saya berkali-kali dan peluk saya. Pada hari itu juga dia minta baring di sebelah saya, malah menatap wajah saya dalam tempoh yang lama,” kata Azizah Ismail, 42, ibu

Pekerja gerai lemang di Rawang itu meninggal dunia kira-kira 3 petang hari yang sama ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Azizah yang kudung kaki kiri akibat dipotong kerana kencing manis berkata, anaknya itu juga sering mengangkatnya dari kerusi roda dan mendukungnya jika hendak ke mana-mana.

Katanya, dia juga kehilangan anak yang patuh, rajin bekerja dan membantunya dari segi kewangan

“Dia seorang anak yang patuh dan rajin bekerja untuk membantu keluarga. Tidak pernah pulang ke rumah tanpa memberi wang kepada saya.

“Dia akan beri apa yang termampu,” katanya yang ditemui di HTAR ketika menuntut jenazah anaknya itu, hari ini.

Jenazah Azamasero dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pendamar, Pelabuhan Klang selepas Asar hari ini dengan dihadiri lebih 50 ahli keluarga, saudara mara dan rakan.

Menurut Azizah, anaknya menyewa bilik di Rawang kerana bekerja di gerai menjual lemang sejak lapan tahun lalu.

“Ketika pulang di rumah kami di Taman Suria Pendamar, dia murung dan memberitahu ingin berhenti kerja. Arwah juga ada mengadu bergaduh dengan rakan sekerjanya.

“Saya menasihatinya supaya mencari kerja di kawasan Klang. Namun dia hanya mengangguk,” katanya.

Azizah berkata, dia tidak menyangka akan menerima jenazah anaknya itu yang dalam keadaan menyedihkan.

“Saya lihat badannya lebam-lebam, hitam akibat terbakar dan keras. Tak dapat saya nak bayangkan betapa siksanya dia dibakar begitu.

“Allah SWT lebih menyayanginya,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

“Sejurus keluarga mangsa tampil, bedah siasat dijalankan dan hasilnya mendapati punca kematian mangsa disebabkan terbakar.

“Tiada kecederaan fizikal dikesan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) namun polis akan menjalankan siasatan dari pelbagai sudut termasuk memanggil rakan dan majikannya,” katanya.

Menurutnya, mangsa tidak disamun kerana ketika orang awam menemuinya, dompet berisi wang tunai RM50 dan RM20 ada di dalamnya bersama dokumen lain termasuk MyKad.

Video Temuramah Wartawan.

Sumber: Harian Metro

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Inilah 5 MITOS POPULAR Tentang Tentera Malaysia Yang Pernah Kita Dengar. No #1 Paling WOW

Neraka Hawiyah – Azab Paling Dasyat. Ramai TERKEJUT Bila Mengetahui Bakal Penghuninya