in

Jack Ma Dedah Tindakan HEBAT Tun Mahathir Pada 1997 Telah Ubah Diri Beliau.

Ramai Orang Hebat Hari Ni Hasil Inspirasi Dari Tun Mahathir. Allahuakbar.

Jack Ma Dedah Tindakan HEBAT Tun Mahathir Pada 1997 Telah Ubah Diri Beliau. | Hari ni Jack telah bertemu Tun Mahathir dan merasmikan ofis Alibaba Asia Tenggara di Bangsar. Dalam ucapannya, dia dedahkan ada “sesuatu” yang Tun Mahathir lakukan pada tahun 1997 yang telah ubah diri beliau sehingga jadi antara manusia terkaya di dunia. Jom baca.

PROJEK MSC TELAH JADI INSPIRASI JACK MA

Hartawan teknologi, Jack Ma berkata beliau menubuhkan Alibaba selepas mendapat inspirasi daripada Koridor Raya Multimedia (MSC) ilham cetusan Perdana Menteru Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba berkata hari ini benih pertama idea untuk apa yang akhirnya menjadi gergasi e-perdagangan global mula disemainya ketika beliau membaca berita mengenai MSC hampir 20 tahun yang lalu.

“Saya membaca akhbar itu (pada tahun 1997) dan melihat berita mengenai MSC. Saya fikir ‘wow’ ini adalah idea genius.

“(Saya fikir) jika Malaysia boleh melakukan ini, kenapa China tidak boleh. Mengapa saya tidak boleh melakukan ini untuk diri saya sendiri.

“Oleh yang demikian, Malaysia mengilhamkan saya untuk menubuhkan Alibaba dan pagi ini, saya mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana inspirasi hebatnya (mencetuskan) MSC,” katanya, merujuk kepada pertemuannya dengan Mahathir awal hari ini.

‘MSC Tak Menjadi’

Jack Ma telah menyampaikan ucapan ketika melancarkan pejabat pertama Alibaba bagi rantau Asia Tenggara di Bangsar South, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata pejabat yang dilancarkan hari ini, meskipun kecil tetapi jauh lebih besar daripada pejabat pertamanya bertahun-tahun lalu sewaktu Ma memulakan syarikat berasaskan Internet pertama di China pada tahun 1995.

Beliau berkata ketika itu, beliau cuba mencari tahu bagaimana Internet dan teknologi yang berkaitannya dapat memberi kuasa kepada masyarakat dan orang ramai, saat itulah beliau menemukan berita mengenai Koridor Raya Multimedia.

Bagaimanapun, Ma mengakui sejauh pemantauannya mengenai kemajuan projek itu selama beberapa tahun, beliau mendapati “ia tidak menjadi”.

Pelancaran pejabat Alibaba hari ini, sebenarnya, merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat itu di Malaysia, berikutan pelancaran hab eWTP (Platform Perdagangan Dunia Elektronik) di Malaysia dalam perjanjian yang dicapai dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di bawah kerajaan lama yang diterajui oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kerjasama strategik ini bertujuan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan muda Malaysia ikut terlibat gelombang ekonomi digital dan menjadikan Malaysia sebuah hab e-Dagang dan e-Fulfillment di rantau ini.

EWTP, yang pertama dilancarkan oleh kumpulan Alibaba di luar China, pada tahun lepas.

Ia sebahagian daripada gagasan Zon Perdagangan Bebas Digital cetusan Ma, iaitu zon perdagangan bebas digital pertama di dunia dan ikhtiar bagi membantu PKS, perniagaan baru menjalankan perdagangan dan urus niaga bersilang di dalam talian serta untuk memudahkan aktiviti e-Niaga yang lain.

Walaupun perjanjian dua hala dengan syarikat China dibuat semasa era Najib, Ma berkata hari ini, MSC muncul sekali lagi dalam fikirannya apabila beliau mencetuskan idea mewujudkan hab eWTP di Malaysia.

Kagum Wawasan Mahathir Tentang Teknologi

“Apabila saya membuat idea ini untuk eWTP Malaysia, ia impian 20 tahun yang lalu. (Saya fikir) Kita harus melaksanakannya di sini dan ini akan menjadikan koridor raya multimedia yang nyata untuk memberi kuasa kepada kebanyakan syarikat kecil dan sederhana (PKS) dan memberi kuasa kepada golongan muda,” katanya.

MSC dirancang ketika Mahathir menjawat tempoh pertamanya sebagai perdana menteri. MSC dilancarkan secara rasmi pada tahun 1996, bertujuan untuk berfungsi sebagai zon ekonomi dan daerah perniagaan berteknologi tinggi dengan visi menjadi hab teknologi global dan mendorong Malaysia ke hadapan dalam zaman teknologi maklumat.

Berpusat di Sepang, ia meliputi Cyberjaya, Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Dalam pertemuannya dengan Mahathir awal pagi ini, Ma menyatakan beliau kagum dengan pengetahuan dan wawasan Mahathir mengenai teknologi.

“Sangat mengejutkan saya, seorang lelaki yang berumur 93 tahun, mempunyai wawasan yang hebat untuk teknologi. Beliau mempunyai pengetahuan yang begitu banyak mengenai teknologi,” kata Ma.

Beliau gembira kerana dapat bercakap dengan Mahathir dan membuatkan dirinya mahu “membaca lebih banyak buku” apabila pulang ke rumahnya. (Sumber: Malaysiakini)

POLIS – NAJIB DAN ROSMAH TAKKAN LARI DARI LANGKAWI

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim, meminta orang ramai tidak membuat spekulasi kononnya bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ingin melarikan diri ke luar negara melalui Langkawi.

Beliau berkata penyebaran berita seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia menimbulkan kegusaran kepada orang ramai dan dan memberi tekanan.

“Beliau (Najib) datang ke Langkawi hanya untuk bercuti bersama keluarga dan ada bertemu dengan bekas Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) serta pemimpin lain.

“Bagaimanapun ia hanya perjumpaan biasa dan bukannya diadakan mesyuarat sebaliknya beliau sudah dua hari bermain golf di pulau itu,” katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.

Zainal berkata, lagipun pegawai keselamatan bekas perdana menteri itu pun ada bersamanya di Langkawi.

Sebelum ini, dakwaan Najib dan Rosmah mahu melarikan diri melalui Langkawi ke Myanmar sebelum ke China dan seterusnya ke negara mentua anak perempuannya di Almaty, Kazakhstan menjadi tular dalam media sosial susulan mereka dilihat membawa 30 beg.

Seorang pemilik akaun FB dalam statusnya meminta polis memantau pergerakan Najib yang didakwa khuatir akan melarikan diri ke luar negara.

Najib yang masih dalam siasatan pihak berkuasa berhubung skandal 1MDB dan beberapa kes berkaitan dilarang ke luar negara sejak BN tumbang yang diterajuinya tumbang pada pilihan raya umum 9 Mei lalu. (Sumber: Malaysiakini)

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

1MDB. Ini Kenyataan TERKINI KJ Buat Ramai Ahli UMNO Setuju

Isu Helikopter. Ini Tindakan Peguam Mat Sabu Buat Pembangkang CUAK