Penemuan Terkini Saintis Itali Di Planet Marikh Ni Buat Ramai Terpegun. SUBHANALLAH. | Bertahun saintis Itali ni lakukan kajian sehingga terkini pasukan mereka terduduk apabila menemui “sesuatu” mengejutkan di Planet Marikh. Yang pastinya, semua terpegun bila tahu berita ini. Subhanallah. Jom baca. Ada video.
TASIK TAKUNGAN AIR SELUAS 20KM PERSEGI DI BAWAH LAPISAN AIS DITEMUI
Tasik bawah tanah telah dikesan buat pertama kali di planet Marikh, sekali gus meningkatkan kemungkinan terdapat lebih banyak sumber air malah kewujudan hidupan, menurut ahli astronomi antarabangsa, hari ini.
Menurut laporan diketuai penyelidik Itali yang diterbitkan dalam jurnal sains Amerika Syarikat, ia terletak di bawah lapisan ais dan berkeluasan kira-kira 20 kilometer (km).
Difahamkan, ia adalah cecair terbesar pernah ditemui di planet merah tersebut.
“Ia adalah penemuan yang mengagumkan dan bukan penipuan seperti sebelum ini,” kata prof bersekutu, Alan Duffy di Universiti Swinburne di Australia.
Marikh yang kini sejuk dan kering dipercayai pernah mempunyai persekitaran yang lembap dan pernah mempunyai beberapa sumber air serta tasik kira-kira 3.6 bilion tahun lalu.
Saintis kini sedang mencari tanda air kontemporari kerana penemuan sedemikian adalah kunci untuk merungkai misteri sama ada hidupan pernah wujud di planet merah itu.
Air tasik itu bagaimanapun tidak boleh diminum dan terletak hampir 1.5 km di bawah permukaan berais dalam persekitaran dingin.
Penemuan itu dibuat menggunakan peralatan radar Pengorbit Ekspres Marikh milik Agensi Angkasa Eropah yang dilancarkan pada 2003. – AFP via Sinar Harian
Video Penemuan Takungan Air Di Planet Marikh
ROBOT DIHANTAR KE MARIKH UNTUK UJI GEMPA
Sebenarnya nak tulis tajuk “Robot Dihantar Ke Marikh Untuk Uji Gempa Bumi” tapi terfikir, mana ada gempa bumi, sebab bukan bumi dah, nak tulis gempa marikh, bunyi macam pelik. Hahaha.
Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (Nasa), hari ini melancarkan kenderaan robotik baharu, InSight ke Marikh untuk mengkaji gempa di permukaan planet merah itu.
Pelancaran roket Atlas V itu dibuat pada jam 4.05 pagi (waktu tempatan) dari Pangkalan Tentera Udara Vandenberg di California.
Projek menelan kos AS$993 juta (RM4 bilion) itu juga bertujuan memperluaskan pengetahuan manusia tentang keadaan di Marikh dan membongkar bagaimana planet berbatu seperti bumi terbentuk berbilion tahun lalu.
Ia dijadualkan mendarat di planet tersebut pada 26 November depan. – AFP via Sinar Harian
Comments