Kasut Murid Hitam. Akhirnya Ini Komen PIBG Malaysia Yang Ditunggu Ramai | Bila menteri umum kasut murid warna hitam tahun depan, ramai ibu bapa gembira, tapi ada segelintir yang entah kenapa tak suka pulak. Lepas lama berdiam diri, ini komen mengejutkan PIBG Malaysia yang ditunggu ramai. Tak sangka.
ASALKAN PERGI SEKOLAH PAKAI KASUT. NOKTAH.
Kebanyakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyambut baik peraturan baharu berkaitan pemakaian kasut hitam di kalangan pelajar sekolah mulai tahun depan.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, peraturan baharu itu tidak membebankan ibu bapa selain tempoh diberikan adalah munasabah.
Katanya, pemakaian kasut hitam di kalangan pelajar itu dilihat bersifat mesra alam dan keluarga, serta tidak membebankan pelajar.
“Cuma kita cadangkan supaya kasut hitam yang dipakai pelajar adalah dari jenis kain kanvas standard, bukan kulit atau jenis kasut yang berlainan.
“Namun kita harap pelajar basuh juga kasut mereka untuk jaga kebersihan diri dan penampilan. Jangan malas hendak basuh kasut sebab kasut tukar warna hitam,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas tentang peraturan baharu pelajar memakai kasut hitam bermula tahun depan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar sekolah pakai kasut hitam tahun depan]
Semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pada sesi persekolahan tahun depan, pelajar tidak lagi memakai kasut putih, sebaliknya ditukar kepada warna hitam.
Dalam pada itu, Mohamad Ali turut mencadangkan supaya PIBG, koperasi dan alumni sekolah terlibat boleh mengambil inisiatif menjual kasut berkenaan di sekolah dengan harga berpatutan bagi memudahkan ibu bapa dan pelajar mendapatkan kelengkapan tersebut.
“Manakala mereka yang berkemampuan pula boleh membantu membiayai golongan kurang berkemampuan,” katanya.
Bagi Pengerusi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18 di sini, Suzana Ahmad, pihaknya memberi sokongan 100 peratus dengan peraturan baharu kasut hitam tersebut.
“Kami cadangkan supaya baucar RM5 diberikan kepada setiap pelajar bagi pembelian kasut ini memandangkan ada ibu bapa yang sudah membeli kasut sejak pertengahan tahun lagi, sekali gus membantu meringankan ibu bapa,” katanya.
Selain itu, Suzana turut meminta kerajaan untuk mengkaji semula pakaian sekolah putih dan menggantikannya dengan warna lain terutama bagi pelajar sekolah menengah.
“Baju putih kelihatan agak jarang dan ada isu berkaitan aurat, sedangkan anak-anak remaja sedang dalam tempoh membesar.
“Mereka juga kadang kala terpaksa pakai baju berlapis-lapis bagi mengelak baju jarang. Ia tidak sesuai dipakai dalam cuaca panas hari ini di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Sumun Perak, Mawaridi Abdullah berkata, peraturan baharu itu menggembirakan hati kebanyakan ibu bapa dan murid-murid.
“Rata-rata golongan ibu mengucap syukur dengan peraturan ini dan berterima kasih pada menteri, manakala murid-murid pula boleh datang ke sekolah dengan penuh yakin sebab kadang kala ada kes ejekan daripada rakan pasal kasut sekolah.
“Walaupun kasutnya sudah dibasuh, tetapi disebabkan kasut lama, ia kelihatan kusam. Jadi akan datang tiadalah masalah kasut ini berlaku,” katanya. (Sumber: Sinar Harian)
7 REMAJA KULIM DICEKUP KETIKA TENGAH KHAYAL BUAK MAKSIAT
Tujuh remaja termasuk seorang perempuan berusia 17 tahun ditahan di sebuah premis mencuci kereta dekat jalan Pondok Labu, dalam Ops Bajet kira-kira jam 12.40 pagi, tadi.
Ketua Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Anwar Shariffudin Mad Saat berkata ketika serbuan di lokasi berkenaan, lima daripada tujuh remaja berkenaan berada di dalam sebuah bilik.
Menurutnya, hasil serbuan juga telah menemukan air dan daun ketum serta peralatan menghisap dadah.
“Kita telah dapat aduan dari orang awam sejak dua minggu lalu, dan pemantauan telah dijalankan mendapati ada aktiviti maksiat di situ.
“Ketika serbuan dilakukan dua remaja daripada tujuh remaja berada di luar premis manakala seorang remaja perempuan sedang berkelakuan tidak senonoh bersama teman lelakinya dan empat lagi sedang dalam keadaan khayal dalam bilik sama.
“Kesemua remaja yang ditahan adalah berusia 17 hingga 24 tahun diserahkan kepada bahagian Narkotik untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 25(A)(B) disyaki berkhalwat dan Seksyen 39 kerana bersubahat,”katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, operasi yang disertai 12 anggota penguatkuasa itu turut menahan sepasang warga emas berstatus duda dan janda yang berkelakukan tidak sopan di tempat awam.
“Kira-kira jam 11.20 malam, kita telah ke kawasan Tasik Putra Kulim dan menahan sepasang warga emas berusia 57 dan 55 tahun.
“Ketika pemeriksaan dilakukan pasangan ini sedang berpelukan, dan bila disoal mereka menyatakan mahu berbincang mengenai rancangan perkahwinan dan baru mengenali sejak dua hari lalu,”katanya.
Tambahnya, pihaknya akan terus membuat pemantauan di motel dan hotel di sekitar bandar ini pada masa akan datang dalam usaha mencegah kegiatan maksiat ini.
“Kita akan teruskan buat pemantauan terhadap premis hotel dan motel bajet ini bagi mencegah
aktiviti maksiat di sini,”katanya. (Sumber: Sinar Harian)
Comments