Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-includes/functions.php on line 6170

Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305
in

Pesanan Tun Mahathir. Nak Cakap Apa, Cakaplah

Semoga Allah Panjangkan Umur Tun Mahathir. Aaaminn.

Pesanan Tun Mahathir. Nak Cakap Apa, Cakaplah | Dalam sidang media parlimen hari ni, Tun Mahathir memberi pesanan, “nak cakap apa, cakaplah”. Simple tapi buat ramai terasa. Ini puncanya.

KERAJAAN PH TAKKAN AMAL KUKU BESI

Kerajaan tidak akan mengamalkan pendekatan ‘kuku besi’ meskipun menyedari ragam Ahli Parlimen ketika berbahas sukar dikawal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, pendirian selaras gagasan Malaysia baharu itu akan terus dijadikan sandaran, sekali gus memberi kebebasan untuk mana-mana pihak mengutarakan pertikaian atau kritikan.

“Esok kita tengoklah, tapi Ahli Parlimen ini susah sedikit nak kawal. Biasanya dia nak cakap dan kita punya dasar ialah tiada sekatan.

“Nak cakap apa cakaplah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pembukaan Parlimen Ke-14, Penggal Pertama, hari ini.

Beliau mengulas jangkaan ‘suhu’ perdebatan di Parlimen yang akan bermula esok dengan membahaskan usul titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. (Sumber: Berita Harian)

JENAKA JANGAN LARI TU SANGAT PENTING – KJ

Jenaka ‘jangan lari’ Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ketika memulakan titah ucapan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke -14, pagi tadi, dianggap sebagai pesanan penting kepada semua Ahli Parlimen terutama pembangkang.

Ahli Parlimen Rembau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, meskipun tidak memahami sepenuhnya maksud sebenar jenaka baginda itu namun beliau percaya ia ada hubung kait dengan komitmen sebagai Ahli Parlimen.

“Saya tidak tahu maksud sebenar baginda, mungkin baginda maksudkan meminta Ahli Parlimen supaya jangan ponteng dan menghadiri sidang dewan.

“Itu yang saya fahamlah, yang lain tidak pasti,” katanya ketika ditemui media di Parlimen, hari ini.

Bagi Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah pula, jenaka baginda itu dianggap sebagai jenaka untuk menceriakan suasana.

“Saya tidak boleh menafsir maksud Tuanku namun saya anggap baginda hanya mahu menceriakan suasana,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, jenaka Sultan Muhammad V itu membuktikan bahawa baginda mengikuti perkembangan politik semasa negara.

Katanya, meskipun mungkin mempunyai maksud di sebaliknya namun jenaka itu perlu dianggap sebagai gurauan seorang Raja kepada rakyatnya.

“Harap tiada pihak yang akan berkecil hati dengan jenaka baginda itu.

“Anggaplah ia sekadar gurauan untuk baginda mengeratkan kemesraan,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments


Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

GEMPAR. Khairy Jamaluddin Tiba-Tiba Minta Maaf Di Parlimen. Puncanya Buat Ramai Terkedu.

Anina Viral GAMBAR Seri Perdana Diceroboh. Ini Jawapan Balas Polis Putrajaya