in

Hadir Sidang Parlimen. Ini Komen Berani Anak Najib Terhadap Ayahnya Buat Ramai Sebak

Walau Camna Pun Ayah, Ayah Tetap Ayah. Anak Tetap Sayang Ayah. InsyaAllah Alhamdulillah.

Hadir Sidang Parlimen. Ini Komen Berani Anak Najib Terhadap Ayahnya Buat Ramai Sebak | Terkini anak Najib, Nooryana memberi komen berani yang mengejutkan tentang perihal ayahnya yang muncul di sidang parlimen pertama semalam dan perkongsian beliau tu buat ramai ahl Umno sebak. Tak sangka.

AYAH TAK TURUN PANGKAT

Biar apa pun dikata orang, kemunculan Datuk Seri Najib Razak di blok pembangkang Dewan Rakyat tetap tidak menjejaskan kedudukan beliau di mata orang lain, terutama anaknya sendiri.

Pada pandangan Nooryana Najwa Najib apa yang berlaku mulai semalam tidak lebih daripada permulaan pengalaman baru buat bapanya – bekas perdana menteri keenam Malaysia.

Malah kata Nooryana, Najib bersedia bersama-sama menyelesaikan masalah yang ada serta berkongsi pengalaman dan kepakarannya dengan pihak yang memerlukan.

“Dan yang paling penting menyediakan (mekanisme) semak dan imbag yang akan datang bersama demokrasi matang,” katanya melalui hantaran di Instagram.

Sidang Dewan Rakyat bermula untuk kali pertama semalam selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya menafikan BN daripada terus membentuk kerajaan selepas 9 Mei lalu.

Pilihan raya umum yang berlangsung itu juga menyaksikan ramai pemimpin kanan BN kecundang. Bagaimanapun Najib tetap terselamat di kerusinya di Pekan.

Keadaan itu menyaksikan beliau ditempatkan di bahagian pembangkang dalam Dewan Rakyat. Najib ditempatkan di kedudukan kedua selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik sebagai ketua pembangkang.

Najib – yang kini berdepan dengan tuduhan jenayah dan salah guna kuasa di mahkamah – merupakan bekas perdana menteri serta presiden Umno yang pertama menjadi pembangkang di parlimen.

Kata Nooryana kemunculan Najib di Dewan Rakyat semalam adalah detik sejarah negara apabila bekas perdana menteri duduk di blok pembangkang.

“Sesetengah orang mungkin menganggap peranan barunya ini (menjadi pembangkang) sebagai turun pangkat… tapi bukan untuk lelaki ini,” katanya.

Sebagai anggota pembangkang bertanggungjawab kata Nooryana bapanya akan terus memberikan sumbangan sepenuhnya untuk membantuk seluruh rakyat Malaysia dan memastikan tiada sesiapa terpinggir.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan ayah dan rakan seperjuangan dengannya esok dan hari-hari berikutnya,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

SPRM JOHOR TAHAN LIMA KONTRAKTOR BUAT TUNTUTAN PALSU

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan lima kontraktor bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu berjumlah melebihi RM400,000, malam tadi.

Menurut sumber SPRM, kesemua kontraktor lelaki berumur lingkungan 30-an hingga 50-an daripada syarikat berasingan itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira 10 malam.

Hasil siasatan mendapati kesemua kontraktor itu membuat tuntutan palsu berkaitan kerja penganjuran Program Karnival Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Keusahawanan bagi daerah Segamat, Mersing, Muar, Kluang, Tangkak dan Kulai serta Program Minggu PKS (Program Kecil dan Sederhana) Kebangsaan Peringkat Negeri Johor, sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan.

Katanya siasatan masih diteruskan bagi mengesan dan membuktikan penjawat awam yang terlibat di sebalik tuntutan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, iaitu boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kesemua suspek akan dibawa ke mahkamah, di Johor Bahru, hari ini bagi permohonan reman. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Khaled Ke Perlis. Ini Respon Shahidan Kassim Yang Buat Ahli Umno Respek

Tak Boikot Parlimen. Ini Tindakan Umno Terhadap KJ Buat Ramai Terkedu