in

Tak Keluar Parlimen. Komen Anifah Terhadap Speaker Baru Buat Ramai Ahli Umno Terkedu

Anifah, KJ dan Mas Adalah Harapan Ahli Dan Penyokong Umno Terakhir.

Tak Keluar Parlimen. Komen Anifah Terhadap Speaker Baru Buat Ramai Ahli Umno Terkedu | Selain KJ dan Mas Ermiyanti yang tak keluar dewan ikuti para pembangkang lain adalah Anifah Aman. Berbeza dengan KJ, komen beliau terhadap Speaker baru buat ahli Umno lebih terkedu. Tak sangka.

ANIFAH TAK KELUAR PARLIMEN, UCAP TAHNIAH KEPADA SPEAKER BARU

Selain Khairy Jamaluddin, seorang lagi anggota parlimen BN yang tidak keluar Dewan Rakyat untuk membantah cadangan pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker pagi tadi adalah Datuk Seri Anifah Aman.

Malah, anggota parlimen Kimanis itu mengucapkan tahniah kepada bekas hakim Mahkamah Rayuan itu.

“Saya ucapkan tahniah kepada Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat atas pelantikan beliau hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Menjelaskan tindakannya, Anifah berkata tiada keperluan untuk beliau menyertai anggota parlimen BN dan PAS yang lain untuk meninggalkan Dewan Rakyat.

“Kita telah menzahirkan rasa tak setuju terhadap proses pelantikan speaker Dewan Rakyat hari ini.

“Saya menghormati pandangan rakan-rakan pembangkang, tetapi saya merasakan tidak perlu untuk saya bertindak meninggalkan dewan,” katanya yang juga bekas menteri luar.

Tindakan Anifah dan Khairy itu menjadi antara topik utama hari pertama sidang Parlimen dan diperkatakan di media sosial.

Hari pertama sidang parlimen penggal ini bermula dengan ketegangan apabila pembangkang membantah pelantikan Mohamad Ariff yang didakwa tidak mengikut peraturan mesyuarat berkaitan 14 hari pemakluman kepada anggota Dewan Rakyat.

Mereka tidak menerima pemakluman Setiausaha Dewan Rakyat bahawa pihaknya menerima surat daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan pelantikan itu pada 2 Julai lalu – mematuhi tempoh 14 hari sebelum sidang bermula.

Bagaimanapun anggota parlimen PAS dan BN yang keluar kembali masuk ke dewan tidak lama kemudian untuk mengangkat sumpah. (Sumber: Malaysiakini)

KA SIONG – KAMI TAK SUKA KELUAR DEWAN TAPI KENA TUNJUK PROTES

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata anggota parlimen BN bertindak keluar dari Dewan Rakyat hari ini bagi menyampaikan mesej mereka terhadap kerajaan.

Anggota parlimen Ayer Hitam itu berkata langkah tersebut bagi membantah pemilihan speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof kerana tidak mengikut Peraturan Mesyuarat.

“Sebaliknya adalah penting untuk kita menunjukkan bahawa Aturan Mesyuarat 4 (1) tidak dipatuhi,” katanya dalam catatan Facebook petang ini.

Wee berkata tindakan anggota Parlimen pembangkang untuk membangkitkan isu aturan mesyuarat tidak diendahkan.

“Kami sedar sepenuhnya jika anggota parlimen pembangkang membangkitkan aturan mesyuarat selepas setiausaha Dewan Rakyat mengumumkan ‘Speaker Dewan telah dipilih, parti kerajaan akan kata “sudah terlambat untuk membangkitkan point of order dan ia sepatutnya dibangkitkan sebelum speaker dipilih”.

“Oleh itu, anggota parlimen pembangkang tidak mempunyai pilihan tetapi keluar dari Parlimen sebagai tanda protes bahawa prosedur Dewan tidak betul-betul dipatuhi,” katanya.

Wee berkata pada 10 Julai, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengatakan Pakatan Harapan (HARAPAN) hanya memutuskan pemilihan speaker pada saat-saat terakhir, sehari sebelumnya.

Oleh itu, beliau berkata adalah mustahil dapat memenuhi tempoh notis 14 hari yang diperukan di bawah Peraturan Mesyuarat memandangkan notis itu sepatutnya dihantar paling lewat pada 2 Julai.

“Walaupun saya tak begitu gemar, isyarat protes ini penting kerana parlimen adalah badan tertinggi di negara kita dan memberi isyarat sama ada kerajaan baru akan mematuhi peraturan undang-undang dalam pentadbiran mereka,” katanya.

“Kami juga mahu menghantar mesej bahawa sidang parlimen akan datang mesti ikut Peraturan Mesyuarat dan gesaan anggota parlimen pembangkang terhadap aturan mesyuarat tidak seharusnya diabaikan,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Pembangkang Boikot. Reaksi Spontan Tun Mahathir Buat Rakyat TERSENYUM. Ada Video.

Manifesto Bukan Kitab Suci. Ini Amaran Najib Kepada Tun Mahathir Buat Ahli Umno Suka