Hanipa Pengsan. Ini Ucapan Papagomo Umno Buat Ramai Penyokong PH Berang | Semalam Hanipa Maidin pengsan ketika perhimpunan. Ekoran itu, ini ucapan berani Papagomo yang merupakan Exco Pemuda UMNO buat ramai penyokong PH berang. Mengejutkan.
UNTUK APA LANTIK ORANG SAKIT KRONIK JADI MENTERI
Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris membidas kerajaan Pakatan Harapan yang didakwanya melantik “orang sakit” sebagai menganggotai jemaah menteri sekadar untuk “makan gaji dan elaun duit rakyat”.
Merujuk kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin yang pengsan dalam majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di Putrajaya, semalam, katanya, pemimpin AMANAH itu tidak layak diberikan jawatan.
“Semua tahu Hanipa Maidin ni tak sihat dan sakit stroke, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kolestrol dan lain-lain yang kronik.
“Untuk apa orang sakit kronik dilantik timbalan menteri? Nak berkhimat atau makan gaji dan elaun duit rakyat?” soalnya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Penulis blog yang sebelum ini pernah dikenali sebagai Papagomo pada tahun 2014 pernah dijatuhkan hukuman bersalah kerana memfitnah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Susulan tindakannya menyiarkan beberapa imej lucah didakwa kononnya ahli politik terbabit bersama seorang lelaki lain, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan dia membayar ganti rugi sebanyak RM800,000.
Keputusan itu dibuat hanya dua bulan selepas identiti sebenarnya didedahkan walaupun dia menafikannya.
Keputusan berkenaan kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan pada 26 Julai tahun lalu.
Mengulas lanjut, Wan Muhammad Azri berkata, beliau bukan bertujuan menghina Hanipa tetapi kerajaan hari ini sepatutnya serius dalam menunaikan janjinya iaitu berkhidmat untuk rakyat.
“Kalau dah orang sakit dilantik timbalan menteri dan asyik cuti sakit macam mana nak bekerja? Ramai lagi anggota parlimen Pakatan Harapan boleh dilantik jadi timbalan menteri ganti Hanipah.
“Jika dikira gaji dan elaun timbalan menteri jumlahnya mencecah RM50 ribu sebulan. Apakah ini yang hendak diberikan kepada Hanipah yang tak layak menjalankan tugas?.
“Jangan kerana tamak kuasa dan fikir tembolok nak makan gaji menteri dan elaun yang cecah RM50 ribu sebulan sampai sanggup letak orang sakit. Ni semua pembaziran yang sepatutnya tak berlaku dalam kerajaan HARAPAN yang hari ini kata kerajaan rakyat,” katanya.
Hanipa semalam dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut tetapi belum pun sampai 10 jam, beliau sudah berasa bosan dan ingin kembali bertugas.
Namun permintaannya untuk kembali ke pejabatnya tidak dibenarkan oleh doktor.
“Saya okey. Alhamdulillah. Tapi boring gila di hospital. Saya minta kebenaran doktor untuk kembali ke pejabat tapi tak dapat.
“Lesu rasanya. Apa-apapun, terima kasih atas doa anda semua. Hidup Pakatan Harapan,” kata anggota parlimen Sepang itu. (Sumber: Malaysiakini)
DALAM PKR, ANWAR ADALAH INSTITUSI
Pada saat PKR tertubuh daripada gerakan Reformasi untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada masa-masa tertentu tokoh itu dilihat sumber utama kekuatan dan sokongan yang diperolehi parti itu.
Suatu ketika PKR pernah digesa keluar daripada bayangan Anwar – atau dengan kata lain tidak lagi bergantung harap kepadanya.
Tetapi kini Anwar pula dilihat ‘bergantung’ kepada kekuatan PKR yang merupakan blok terbesar dalam gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Itulah dinamik hubungan antara PKR dengan ketua umumnya sepanjang 20 tahun kewujudan mereka di pentas politik nasional.
Bagi Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Anwar sudah menjadi ibarat institusi dalam parti itu.
“Dalam PKR, kita menganggap kedudukan Anwar bukan saja Anwar (sebagai salah seorang pemimpin), tetapi sebagai satu institusi penting.
“Bermakna, pemikiran Anwar, asuhannya, amanatnya, dan visinya sangat dekat kepada kami,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini Jumaat lalu.
Kata Saifuddin lagi, ia tidak bermakna PKR akan berkubur tanpa Anwar tetapi sinonim kedua-dua entiti itu adalah pada idealogi reformasi yang dibawa.
“Sepuluh tahun dia dalam penjara tetapi PKR tetap hidup,” katanya, merujuk pemenjaraan Anwar sebanyak dua kali iaitu pada 1999 dan 2015.
Menariknya Anwar sendiri tidak pernah secara rasmi menjadi pemimpin tertinggi parti itu ekoran kekangan undang-undang. Kini menjelang pemilihan parti yang bermula Ogos ini, semakin banyak suara yang menggesa beliau bertanding bagi kerusi presiden.
Malah seruan itu datang daripada pemimpin yang dilihat daripada dua kem berbeza, termasuk naib presiden Shamsul Iskandar Md Akin dan ketua pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad.
Malah Shamsul yang dilihat sebagai penyokong Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa jawatan ketua umum dimansuhkan – posisi yang adakala mengundang kritikan kerana ia tidak dipertandingkan.
Bagaimanapun menurut Saifuddin, di mata PKR keistimewaan Anwar menyebabkan beliau berbeza jika dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin lain.
“Bukan soal beliau diundi atau tidak. Kita tak boleh padankan beliau dengan Rafizi, Azmin dan Nurul Izzah yang dipilih (melalui pemilihan parti).
“Kita tak letak Anwar sama rata seperti itu dengan orang lain – sebab itu nama dia Anwar Ibrahim,” katanya yang juga anggota parlimen Kulim-Bandar Baru.
Kem Azmin Lawan Kem Rafizi?
Cubaan pertama Anwar untuk bertanding jawatan presiden pada 2007 tersekat separuh jalan apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengancam untuk mengharamkan PKR, kerana ketika itu beliau masih dalam tempoh larangan memegang jawatan politik selama lima tahun selepas dibebaskan dari penjara pada 2004.
Sebagai jalan keluar, kongres PKR meluluskan usul melantiknya sebagai ketua umum.
Masih tidak pasti sama ada Anwar akan bertanding jawatan presiden PKR pada pemilihan tahun ini walaupun isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah sudah menyatakan kesediaan untuk berundur demi memberi laluan.
Pada masa sama, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini semakin kuat pengaruhnya selepas dilantik sebagai menteri hal ehwal ekonomi.
Ditambah pula dakwaan wujudnya ‘kem Azmin’ dalam PKR – walaupun dinafikan Wan Azizah – maka tidak pelik jika timbul desas-desus mengatakan beliau akan mencuba nasib merebut kerusi itu.
Bagaimanapun Saifuddin berkata tiada tanda Azmin menyimpan hasrat itu, sebaliknya kekal komited membantu kepimpinan tertinggi.
“Sepanjang mengenali Azmin, sejak sama-sama terlibat dalam parti ketika awal penubuhan sampai sekarang, turun naik bersama-sama, kalah dan menang… sehinggalah ketika ini kami menjadi parti terbesar dalam HARAPAN.
“Tiada sebarang tanda beliau berhasrat meletakkan dirinya pada kedudukan nombor satu (dalam PKR) selagi Anwar dan Wan Azizah masih ada,” katanya.
Saifuddin sendiri tidak setuju jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan.
Walaupun Anwar atau Wan Azizah dicabar, beliau yakin mereka mampu menang dengan selesa kerana mempunyai sokongan anggota parti.
Baginya sendiri, beliau yang kini menjadi menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna belum memutuskan jawatan mana yang akan ditandinginya.
Beliau dilihat sebagai unsur penting dalam pasukan naib presiden Rafizi Ramli, yang kini diperkatakan sedang mempersiapkan barisan untuk berdepan pasukan Azmin.
“Saya belum buat keputusan…kerana tugas sebagai setiausaha agung memerlukan saya bersiap untuk pemilihan parti,” katanya lagi.
Tiada Lagi Baling Kerusi
Pemilihan PKR kali ini boleh dikatakan antara paling menarik.
Selain tiada sekatan lagi untuk Anwar bertanding – pada masa sama mungkin dicabar – ini pemilihan pertamanya sebagai parti pemerintah. Malah tidak sampai beberapa bulan pula.
Berbeza dengan sistem perwakilan mengikut undian, semua anggota parti layak untuk mengundi.
Dengan nada tegas, Saifuddin berkata pemilihan kali ini harus berjalan secara tertib dan matang dan tiada lagi insiden kekecohan seperti sebelumnya.
Pemilihan 2014 dicemari dakwaan penipuan dan, paling diingati, insiden baling kerusi yang mendapat liputan meluas media ketika itu.
“Pemilihan PKR tidak boleh lagi ada kekecohan. Sebelum ini kami pembangkang tetapi kini sebahagian daripada kerajaan.
“Lebih-lebih lagi pemilihan Umno bulan lalu berjalan dengan cantik dan lancar. Rakyat akan tengok nanti,” katanya yang percaya anggota parti kini lebih matang. (Sumber: Malaysiakini)
Comments