in

Tak Sangka. Ini Punca Najib Nak Tukar Ketua Pendakwaraya Dalam Kes Dia

Biarlah Undang-Undang Malaysia Yang Putuskan. Teknikal Sangat Ni. Dan Banyak Tuntutan. Allahu.

Tak Sangka. Ini Punca Najib Nak Tukar Ketua Pendakwaraya Dalam Kes Dia | Najib hari ni mendedahkan kepada wartawan kenapa dia tak mahu Peguam Negara jadi ketua pendakwaraya dalam kes beliau. Ini puncanya yang mengejutkan ramai.

PEGUAM NEGARA PERNAH TULIS ARTIKEL TENTANG 1MDB TAHUN 2016

Datuk Seri Najib Razak dalam samannya terhadap Tommy Thomas memetik salah satu tulisan peguam negara itu yang disiarkan Malaysiakini pada Julai 2016 sebagai antara sebab bekas perdana menteri itu menganggap Tommy tidak sewajarnya mengetuai pendakwaan ke kesnya.

Najib dalam afidavitnya berkata artikel bertajuk “Gran Lacerni in 1MDB” menyimpulkan wang telah dimasukkan ke dalam akaun bekas presiden Umno itu.

“Pendirian Thomas jelas tidak menyukai saya dalam artikel itu dan melahirkan kebimbangan kepada saya Thomas tetap akan mencari jalan mengenakan satu pertuduhan ke atas saya dengan apa alasan sekalipun. Maka saya sudah membuat laporan pada 18 Jun berhubung perkara ini.

“Artikel itu jelas tunjukkan Thomas tidak mempunyai pendirian tersendiri ke atas saya dan saya merasakan yang saya tidak akan mendapat pertimbangan sewajarnya, saya nyatakan Thomas tidak patut atau tidak layak terlibat dalam penyiasatan 1MDB,” katanya.

Najib melalui peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga menggesa agar Thomas digugurkan dari mengetuai pasukan pendakwa.

Jumaat lalu, Najib dilaporkan memfailkan tiga saman berasingan terhadap Thomas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Saman berkenaan difailkan secara berasingan pada 30 Jun lalu.

Sementara itu, berhubung Shukri, Najib Mempersoalkan integritinya susulan sidang media yang diadakannya sebelum ini.

“Pada sidang media itu, Shukri beremosi dan berdendam serta menggambarkan saya sebagai bersalah. Maka, dia tidak layak mengetuai siasatan SPRM dan menjadi anggota pasukan petugas khas 1MDB yang ditubuhkan Majlis Penasihat Negara,” katanya.

Amar pula, kata Najib, merupakan individu yang bertanggungjawab mengetuai serbuan di kediaman yang dikaitkan dengan Najib. (Sumber: Malaysiakini)

PEGUAM PKR BAGI JAWAPAN BALAS TERHADAP TUNTUTAN NAJIB

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti ‘berlakon seolah-olah’ menjadi mangsa’ dalam perbicaraan kes SRC International, kata Anggota Majlis Tertinggi PKR, Latheefa Koya.

“Hello Najib, ini bukan seperti zaman kamu dulu yang mana kamu boleh pilih Peguam Negara (AG) yang akan membersihkan kamu.

“Hentikanlah berlakon seolah-olah menjadi mangsa,” katanya pada hantaran Twitter bagi mengulas akuan bersumpah yang difailkan Najib terhadap Peguam Negara Tommy Thomas.

Najib dalam samannya terhadap Thomas memetik artikel yang ditulis AG, terbit di Malaysiakini dua tahun lalu sebagai sebab beliau percaya Thomas akan bersikap prejudis jika terus mengetuai pendakwaan terhadap kes rasuah bekas perdana menteri itu.

Najib berkata artikel berjudul “Grand Larceny in 1MDB” itu merumuskan wang telah masuk ke akaunnya.

Kata Putus Penghakiman

“Pendirian Thomas jelas tidak menyukai saya dalam artikel itu dan melahirkan kebimbangan kepada saya Thomas tetap akan mencari jalan mengenakan satu pertuduhan ke atas saya dengan apa alasan sekalipun,” kata Najib.

Ketika dihubungi, Latheefa bagaimanapun memaklumkan tindakan Thomas mengetuai pendakwaan dalam kes ini tidak akan memberi kata putus penghakiman dan oleh demikian isu prejudis yang didakwa Najib tidak wujud.

“Keadaannya bukanlah AG akan memutuskan Najib bersalah atau tidak. Beliau (Thomas) masih perlu mengemukakan kesemua bukti, menunjukkan dokumen (dalam mahkamah) dan lain-lain lagi.

“Najib kata AG tidak suka dia. Tapi isu sama ada AG suka dia atau tidak tidak timbul dalam kes ini,” peguam pengasas NGO Lawyers For Liberty itu memberitahu Malaysiakini.

Najib melalui peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga memohon Thomas diketepikan daripada mengetuai pasukan pendakwaan terhadapnya.

Pada Jumaat lalu dilaporkan Najib memfailkan tiga saman berasingan terhadap Thomas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit AMan Datuk Amar Singh.

Saman berkenaan difailkan pada 30 Jun lalu. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Sedar Dari Pengsan, Ucapan Pertama Hanipa Maidin Buat Rakyat Terharu

Ini Amaran Asyraf Wajdi Terhadap Kerajaan PH Buat Ahli UMNO Tepuk Tangan