in

KJ Dedah Tindakan Licik WARLORDS Dalam UMNO Yang Menidakkan Perubahan

Ada Warlords Pulak. Dasyat Betul.

KJ Dedah Tindakan Licik WARLORDS Dalam UMNO Yang Menidakkan Perubahan | Wah Siapa pula warlords dalam UMNO ni. Apa pula tindakan licik mereka. Satu per satu KJ dedahkan. Makin menarik ni.

CENGKAMAN WARLORDS TIDAKKAN NIAT MURNI AHLI UMNO

Walaupun Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerima kekalahannya dalam pemilihan presiden Umno semalam dengan hati yang terbuka, namun beliau berkata majoriti ahli Umno mahukan perubahan, sebaliknya warlord parti yang enggan berubah.

“Walaupun saya terima keputusan ini dengan hati yang terbuka, saya mahu Umno berubah. Buang mentaliti feudal.

“Angguk-angguk, tepuk-tepuk, seolah-olah tiada pendirian sendiri. Majoriti ahli nak berubah tetapi warlords masih pekak terhadap suara rakyat,” katanya pada suatu hantaran Twitter.

Sementara itu, dalam suatu hantaran Twitter lain, Khairy yang dikenali sebagai KJ mempersoalkan sistem pengundian kali ini mendakwa ramai yang diugut dan dipaksa mengundi mengikut pilihan warlord.

“Statistik undi popular menunjukkan majoriti ahli Umno mahukan perubahan.

“Sistem undi bahagian menyebelahi warlords yang mempunyai cengkaman kuat atas bahagian mereka.

“Ramai diarah, diugut, dipaksa ikut pilihan warlords,” katanya.

Dalam hantaran itu juga, Khairy turut menyertakan senarai penjumlahan undi calon-calon yang merebut jawatan tertinggi Umno itu.

Daripada senarai itu, Datuk Seri Zahid Hamidi mendapat 39,197 undi ahli Umno yang bersamaan dengan 99 undi bahagian, sekaligus melayakkan beliau muncul pemenang memegang jawatan Presiden Umno yang ketujuh.

Senarai itu juga menunjukkan Khairy mendapat 32,592 undi, Tengku Razaleigh Hamzah memperolehi 20,462 undi, manakala dua lagi calon yang kurang dikenali masing-masing mendapat 124 dan 92 undi ahli Umno dalam pemilihan di peringkat bahagian.

Dua lagi calon utama yang bersaing untuk mengisi tempat ditinggalkan oleh Datuk Seri Najib Razak ialah anggota parlimen Rembau yang juga bekas ketua Pemuda Umno, serta anggota parlimen Gua Musang.

Khairy mendapat 61 undi manakala Tengku Razaleigh 30 undi bahagian.

Untuk rekod, pemilihan ini adalah percubaan kedua Tengku Razaleigh untuk menjadi presiden selepas 1987. Kira-kira 31 tahun lalu cubaan beliau digagalkan oleh kelebihan 43 undi yang memihak kepada perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khairy sebelum ini menyerahkan borang pencalonannya hanya beberapa jam sebelum pencalonan ditutup.

Terdahulu, penganalisis mengatakan jika Khairy tidak bertanding, ada kemungkinan Tengku Razaleigh akan menang dan begitu juga sebaliknya. (Sumber: Malaysiakini)

SPRM PANGGIL ZAHID HAMIDI MASA TERDEKAT

Beberapa jam selepas disahkan menjadi presiden Umno, muncul laporan mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku dana sebuah yayasan.

Portal The Star Online melaporkan Ahmad Zahid juga akan ditanya mengenai pertemuan didakwanya berlangsung antara beliau dengan seorang anggota keluarga diraja Arab Saudi.

Keluarga bangsawan didakwa ditemui Ahmad Zahid itu merujuk kepada pihak yang dikatakan menghulur derma kepada bekas bosnya, Datuk Seri Najib Razak.

Memetik sumber peringkat tinggi, portal itu berkata Ahmad Zahid akan diminta menjelaskan mengenai tuduhan ada dana dari sebuah yayasan digunakan bagi membayar tuntutan kad kredit beliau dan isterinya.

Bayaran itu, lapor The Star Online, berjumlah RM800,000 dan anggota parlimen Bagan Datuk berkenaan ialah pengerusi yayasan tersebut.

Rekod menunjukkan yayasan berkenaan didaftarkan pada 1997 dan berperanan untuk menerima serta mengelola dana bagi membasmi kemiskinan.

“Kami mahu siasat sama ada wujud kebenaran dalam dakwaan bahawa beliau menggunakan dana dari yayasan tersebut untuk kegunaan peribadi,” katanya.

Memetik sumber itu The Star Online berkata dalam pertemuan yang berlangsung esok itu Ahmad Zahid turut diminta penjelasan mengenai pertemuannya dengan putera raja Arab Saudi itu.

“Kami nak tahu lebih lanjut siapa orang terebut dan apa yang dicapai dalam pertemuan berkenaan,” katanya seperti dipetik portal berkenaan.

Ahmad Zahid disahkan menjadi pengganti Najib bagi mengetuai Umno dalam pemilihan yang berlangsung serentak di seluruh negara semalam.

Diperakui Najib sebagai seorang sahabatnya, Ahmad Zahid mengalahkan dua pencabar utama iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahmad Zahid mendapat 99 undi berbanding Khairy 61 dan Tengku Razaleigh 30. (Sumber: Malaysiakini)



Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Apa Dah Jadi. Ini Tindakan Bekas Ketua Puteri UMNO Buat Ramai Wanita Terkedu

Lantang Kritik. Ini Tawaran TAK SANGKA Zahid Kepada KJ Tapi…