Tun Mahathir Jumpa Syed Mokhtar Dan Geely. Ni Hasil Pertemuan Mereka Buat Ramai WOW | Di saat masa depan Proton jadi tanda tanya, Tun Mahathir hari ni bertemu dengan Syed Bukhari dan Geely. Dan ni hasilnya. Wow.
BINCANG MASA DEPAN PROTON
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Ketua Pegawai Eksekutif DRB-Hicom Bhd, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Reza Albar dan pegawai tinggi dari Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd China (Geely) pagi ini.
Jurucakap kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan itu berlangsung di Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, butiran mesyuarat tidak didedahkan. Namun ada sumber mengatakan Proton bakal mengalami transformasi besaran yang bakal menaikkan kembali jenama itu.
Syed Mokthar memiliki kawalan terhadap DRB-Hicom yang mempunyai 50.1 peratus saham dalam syarikat pengeluar kereta nasional Proton, manakala Geely mempunyai 49.9 peratus kepentingan.
Mahathir, yang mengasaskan Proton pada tahun 1983 mengkritik kerajaan sebelum ini berhubung perjanjian dengan Geely tahun lalu.
Dalam tulisan blog yang penuh emosi, Mahathir mendakwa Malaysia kehilangan ikon nasional dan Proton kini menjadi jenama asing.
Pada tahun 2016, Mahathir meletak jawatan sebagai penasihat Proton selepas tidak bersetuju dengan pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib menafikan pentadbirannya mahu menjual kepentingan negara kerana perbezaan pandangan dengan Mahathir.
Najib berkata sebagai perdana menteri, beliau sanggup mengetepikan perbezaan politik dan menyediakan dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pinjaman mudah untuk terus menjaga kebajikan kakitangan Proton.
“Sebenarnya kita tidak pernah jual kedaulatan negara, adalah menjadi hak Proton untuk ambil mereka (Geely) sebagai rakai strategik supaya masa depan Proton akan menjadi masa depan penuh harapan dan bukan sarat dengan kehampaan.
“Kalau kita main emosi sentimen sahaja tetapi kecundang dan rugi dalam perniagaan maka itu adalah satu pemikiran pak pandir yang tidak memberi apa-apa faedah kepada negara,” katanya.
Selepas keputusan pilihan raya umum 9 Mei, Mahathir berkata kerajaan tidak berhasrat membeli semula Proton.
Bercakap pada persidangan Nikkei di Tokyo pada 11 Jun, Mahathir berkata pentadbiran baru sedang meneroka kemungkinan memulakan kereta nasional lain dengan bantuan negara-negara Asia Tenggara.
“Cita-cita kami untuk mulakan kereta nasional yang lain, mungkin dengan bantuan negara-negara Asean dan rakan-rakan kami,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)
TUN MAHATHIR SERAH 15 LAGI NAMA BAKAL MENTERI KEPADA AGONG
Perdana Meneri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan 15 lagi nama anggota kabinet tambahan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Menurut sumber kerajaan, senarai itu diserahkan pada Rabu lalu.
“Keseluruhan akan ada 28 menteri, masing-masing dua dari Sabah dan Sarawak.
“Timbalan menteri juga termasuk, di samping nama-nama senator yang mungkin akan turut dilantik,” katanya kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, jumlah timbalan menteri dan calon-calon senator tidak dinyatakan secara khusus.
Menurut sumber lagi, dalam senarai menteri itu termasuklah Datuk Saifuddin Abdullah daripada PKR, Khalid Samad (AMANAH) serta Teresa Kok dan Ong Kiang Ming dari DAP.
Malaysiakini difahamkan Saifuddin akan memegang portfolio kementerian luar dan Ong pula akan menjadi menteri perdagangan antarabangsa.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi tadi, menteri sumber manusia M Kulasegaran juga mengesahkan satu senarai telah diserahkan kepada Agong.
Setakat ini, 13 orang menteri telah mengangkat sumpah jawatan pada 21 Mei lalu. (Sumber: Malaysiakini)
Comments