in

Haji Percuma 1MDB Zaman Najib. Ini Ulasan Tun Mahathir Buat Ramai SETUJU

Semoga Allah Panjangkan Umur Tun Mahathir. Amin.

Haji Percuma 1MDB Zaman Najib. Ini Ulasan Tun Mahathir Buat Ramai SETUJU | Dalam pertemuan dengan warga Malaysia di Jepun, Tun Mahathir ada mengulas tentang skim haji percuma 1MDB zaman Najib dahulu. Ramai agak terkejut, ramai yang setuju. Jom baca dan kongsikan.

KERAJAAN TIDAK AKAN HANTAR JEMAAH HAJI DENGAN DUIT CURI

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan tidak lagi akan menghantar jemaah untuk menunaikan haji dengan menggunakan wang yang dicuri.

Beliau jelas menyindir “program amal” Yayasan 1MDB yang menaja perjalanan haji percuma.

“Ramai orang tidak akan dapat melaksanakan haji kali ini kerana kerajaan tidak akan membayar haji mereka dengan wang yang dicuri.

“Jika anda mahu, kita boleh mencuri dan bayar, tetapi kita tidak percaya pada cara mencuri wang,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam di Tokyo dengan warga Malaysia yang menetap di Jepun.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan-rakannya dituduh memperalatkan 1MDB untuk menyalahgunakan dana daripada syarikat milik negara itu.

Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam untuk keuntungan peribadi.

Mahathir turut berkata kerajaan baru Pakatan Harapan terpaksa memulihkan negara dan menangani hutang besarnya RM1 trilion.

“Orang yang sudah mempunyai kehidupan yang cukup baik tidak akan mendapat bantuan HARAPAN seperti BR1M.

“Kami tidak menyebutnya BR1M, kami memanggilnya dengan nama lain kerana kami tidak mahu mewarisi kebiasaan buruk mereka (kerajaan sebelumnya),” katanya.

Hargai sumbangan Tabung Harapan

Beliau juga memuji mereka yang menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia, yang ditubuhkan bagi membolehkan orang ramai menderma bertujuan membayar hutang negara.

“Ada sesetengah orang membuat keputusan mereka mesti mendermakan wang kepada kerajaan dan bukannya disebabkan desakan kerajaan.

“Sekarang, kita telah kumpulkan lebih daripada RM40 juta. Sudah tentu, apabila anda perlu membayar RM1 trilion (hutang negara), maka jumlah RM40 juta bukanlah besar mana tetapi isyaratnya itu yang amat dihargai.

“Saya sangat berterima kasih kepada mereka, kami sangat berterima kasih kepada mereka, walaupun di sekolah-sekolah, murid-murid mengumpul wang untuk didermakan kepada kerajaan,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

TUN MAHATHIR – JANGAN TERBURU-BURU DAKWA NAJIB, KUMPUL BUKTI DULU

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran percubaan terburu-buru untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak daripada skandal 1MDB mungkin akan melepaskannya.

“Banyak orang sedang menunggu – bila kami akan menangkap Najib, tetapi tidak begitu mudah, kita perlu mengumpul bukti keterangan yang kukuh di mahkamah.

“Jika kami gagal melakukannya, beliau mungkin menang. Cuba fikir apa yang akan berlaku jika Najib menang perbicaraan dan didapati tidak bersalah.

“Kemudian semua janji yang kami buat, semua perkara buruk yang kami katakan mengenai beliau akan dipersoalkan oleh orang yang mengundi kami,” katanya pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Jepun malam ini.

Mahathir berkata kerajaan mahu memastikan bukti kukuh supaya memastikan sabitan bersalah terhadap bekas perdana menteri itu.

“Kami berharap kami dapat mengumpulkan bukti yang mencukupi untuk membuat pertuduhan di mahkamah dan berharap beliau akan didapati bersalah.

“Kami tidak tahu (keputusan) kerana tidak seperti kerajaan sebelumnya, kami tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap mahkamah.

“Kami telah memutuskan bahawa kami akan benar-benar demokratik dalam erti kata pilihan rakyat mesti dihormati, kita mesti memahami peraturan dan prosedur demokratik dan kita tidak boleh meletakkan kuasa di tangan kita,” katanya.

Mahathir, yang sebelum ini berkhidmat sebagai perdana menteri dari 1981 hingga 2003 pernah dituduh sebagai seorang pemimpin autoritarian, berkata kerajaan barunya akan memastikan tiada pemusatan kuasa.

“Kuasa di negara ini mesti dipisahkan antara perundangan, eksekutif dan kehakiman.

‘Jamal Tongkol’ pun hilang

“Semak dan imbang seperti ini dapat memastikan tiada seorangpun daripada kita melakukan perkara-perkara yang salah supaya tidak mudah bagi kita untuk bertindak sewenang-wenangnya di negara ini dan (bukanlah) cuma hanya memenjarakan orang sahaja.

“Jadi, saya fikir Najib lega (mendengar ini),” katanya.

Mahathir, dalam ucapannya juga mempertahankan keputusan kerajaan untuk mengenakan larangan perjalanan ke Najib.

“Ramai orang sekarang hilang. Malah ‘Jamal Tongkol’ pun telah hilang,” katanya merujuk Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang dikehendaki oleh polis tetapi dilaporkan melarikan diri ke Indonesia.

“Kita tidak tahu siapa yang akan hilang tetapi kita harap sebelum mereka dapat menghilangkan diri, kita boleh meneliti undang-undang negara dan menghukum orang yang melanggar undang-undang ini,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Pergolakan UMNO Johor Buat Zahid Tak Senang Duduk. Ini Puncanya

GEMPAR. Penyiasat Dedah Gaji Penasihat Najib Yang Buat Rakyat TERPANA