in

Musa Aman Di London ? Ikuti Laporan PENUH

Kalau Benar, Cepat Bawa Di Balik Ke Malaysia. Berani Kerana Benar, Takut Kerana….

Musa Aman Di London ? Ikuti Laporan PENUH | Ketika serbuan SPRM baru-baru ni, Musa Aman dikatakan hilang sehingga hari ni masih tak jumpa. Terkini seorang pngguna FB memuat naik video 10 saat, kelibat seperti Musa Aman di London. Siapakah “dia” ? Ikuti laporan penuh oleh wartawan Berita Harian ni.

MUSA AMAN DI LONDON?

Seorang pengguna laman sosial Facebook mendakwa melihat kelibat Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman di Stesen Kereta Api St Pancras International, London.

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Az Eem itu turut memuatnaik video berdurasi 10 saat yang turut tular sejak 13 jam lalu.

Video itu yang dimuatnaik beberapa jam lalu yang bertarikh hari ini dengan kapsyen: ‘Ex-cm Sabah spotted at St. Pancras, London. Rafizi Ramli INVOKE Malaysia’ atau bekas CM (Ketua Menteri) Sabah dilihat di St Pancras, London.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika individu yang memakai jaket merah dan topi itu dengan troli bagasinya serta ditemani seorang individu dan anak kecil itu adalah Musa.

Sebelum ini, ada yang mendakwa Musa lari ke London namun ia tidak dapat dipastikan.

TERLEPAS SEKATAN IMIGRESEN?

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, Musa dikesan tidak mengikut sistem dan undang-undang Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) bagi urusan keluar masuk di negara ini jika benar beliau kini berada di luar negara.

Mustafar dilaporkan berkata, berdasarkan rekod jabatan itu, kali terakhir Musa keluar negara dari Lapangan Terbang Subang pada 10 April lalu jam 8.02 malam menggunakan pasport diplomatik dan tiada rekod masuk dan keluar semula dalam sistem rekod yang ada.

Sebelum ini, berdasarkan rekod, Musa dikesan berlepas ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Malindo dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 9 pagi, 14 Mei lalu.

Beliau dikatakan menghadiri mesyuarat parti dipengerusikan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini juga hadir di rumah Musa di sini, namun tidak dapat memasuki kediaman itu kerana beliau tiada di rumah.

Ia dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bekerjasama dengan BN bagi usaha membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). (Sumber: Berita Harian)

433,000 PEMINJAM PTPTN SEDANG DIPUTIHKAN

Kira-kira 433,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen melalui proses pemutihan secara berperingkat dari 24 Mei lalu hingga 15 Jun ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata PTPTN menyenarai hitam seramai satu juta peminjam dan kira-kira 655,000 daripadanya sudah membuat pembayaran membabitkan kutipan berjumlah kira-kira RM1.9 bilion dan keluar dari senarai hitam Jabatan Imigresen.

“Selebihnya kira-kira 433,000 lagi sedang diputihkan secara berperingkat dalam tempoh 24 Mei lalu hingga 15 Jun ini.

“Kita sudah berjanji mahu mengeluarkan semua peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen. Perbincangan sudah dijalankan dengan pihak yang terbabit dan pemutihan daripada senarai hitam sedang dilaksanakan di mana semua urusan berkaitan dijangka dapat diselesaikan sebelum pertengahan Jun ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, tambah beliau, kementerian memerlukan sedikit masa lagi bagi mencari mekanisme terbaik berhubung penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang daripada RM4,000.

Menurutnya, buat masa ini Kementerian Pendidikan menubuhkan satu kumpulan untuk mengkaji dengan lebih teliti cara terbaik supaya janji itu dapat dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan tidak menggadaikan kepentingan rakyat.

“Jadi, buat masa ini, kita harap peminjam PTPTN dapat terus membayar hutang mereka dan bersabar kerana membayar hutang ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab moral kita. Berkaitan penangguhan bagi mereka yang bergaji kurang daripada RM4,000 itu, berikan kami waktu untuk buat kajian dan perincian.

“Ketika kami membuat janji dalam manifesto, kita hanya berdasarkan laporan belanjawan yang dikemukakan tahun lalu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak, tetapi nampaknya mereka bersikap tidak jujur apabila menyembunyikan angka berkaitan hutang negara.

“Kita sedia maklum minggu lalu, Menteri Kewangan mendedahkan angka yang agak mengejutkan, dan semalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri, dibincangkan perlunya kerajaan PH berhemah dalam perbelanjaan demi mengutamakan kepentingan rakyat dengan tidak menggadaikan janji yang dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, kata beliau, berhubung peminjam yang tersenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), ia masih kekal.

“Mereka yang tamat pengajian selepas 12 bulan, pada bulan ke-13 nama akan dimasukkan dalam CCRIS. Jadi, mereka boleh datang jumpa kita (PTPTN) untuk buat penyusunan semula pinjaman, contohnya jika tidak mampu bayar ansuran bulan RM100, boleh bincang untuk kurangkan manakala bagi yang bergaji kurang daripada RM4,000 ia masih dalam kajian.

“Selain itu, insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN, iaitu diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman; diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya separuh daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji mengikut jadual bayaran balik ditetapkan masih diteruskan,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tabung Harapan. Komen Dr Maza Buat Ramai Pembangkang Terus SENTAP

Rayuan Jamal Dari Ladang Sawit. Ini RESPON Tan Sri Muhyiddin Buat Ramai RESPEK