in

20 Hari Jadi PM. Ini Ulasan LANTANG Tun Mahathir Terhadap Trump Buat Ramai WOW

Tun Mahathir Adalah Tokoh Islam Yang Ditunggu Ramai

20 Hari Jadi PM. Ini Ulasan LANTANG Tun Mahathir Terhadap Trump Buat Ramai WOW | Selepas banyak isu dalaman negara mula stabil, bila wartawan tanya, Tun Mahathir mula lantang kritik Trump pula. Wow. Ikuti selanjutnya.

TRUMP ORANG MACAM “LALANG”

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mempunyai perancangan untuk menjalinkan hubungan dengan presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang digambarkannya sebagai “orang yang mengubah fikiran dalam masa satu malam”.

“Saya tak tahu bagaimana untuk bekerjasama dengan seseorang yang mengubah fikirannya dalam satu malam.

“Contohnya, dia mahu jumpa dengan presiden Korea Utara, kemudian dia kata dia tak mahu bertemu dengannya dan sekarang dia kata mungkin pertemuan itu akan berlaku,” kata Mahathir dipetik oleh Financial Times hari ini .

Mahathir merujuk pertemuan Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un yang pada asalnya dijadualkan pada bulan depan di Singapura.

Pertemuan itu akan menjadi pertemuan pertama antara presiden Amerika Syarikat itu dan pemimpin Korea Utara.

CONTOH HUBUNGAN TRUMP DENGAN KIM JONG UN

Khamis lepas, Trump tiba-tiba membatalkan sidang damai bersejarah dengan Kim, dengan memetik “permusuhan terbuka” dengan Korea Utara walaupun negara itu baru-baru ini memusnahkan tapak ujian nuklearnya sebagai janji menghentikan ujian nuklear baru.

Bagaimanapun, pada Jumaat lalu, Trump menyatakan pertemuan itu mungkin berlaku selepas pernyataan pendamaian dari Pyongyang.

Sebelum ini bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memiliki hubungan rapat dengan Trump.

Bahkan Najib berkesempatan melawat Trump di Rumah Putih pada September tahun lepas dan bermain golf dengannya. (Sumber: Malaysiakini)

SUDUT LAIN PULA. ARAHAN LARANGAN HUSAM DARI ISTANA

Kerajaan negeri mengesahkan kebenaran pekeliling yang dikeluarkan pada 27 Mei 2018 lalu berhubung larangan memasuki pejabat kerajaan dan istana kepada Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa dan Pengerusi AMANAH negeri, Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Perkara itu disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad kepada media, di Kota Bharu, hari ini.

“Saya sahkan memang surat itu dikeluarkan pada 27 Mei 2018, selepas mendapat arahan pihak istana.

“Sebabnya saya tidak tahu. Pihak istana tidak nyatakan sebab dan saya hanya bertindak ikut arahan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu, surat yang ditandatangi Nazran itu viral di media sosial sejak semalam sekali gus menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Bagaimanapun, setakat ini sama ada Husam atau Wan Abd Rahim masing-masing mendiamkan diri berhubung perkara itu.

Kandungan surat itu menyatakan Husam dan Wan Abd Rahim dilarang memasuki Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, Kota Darulnaim dan semua pejabat kerajaan negeri.

Selain itu, kedua-dua mereka turut dilarang berada di enam istana iaitu Istana Negeri, Istana Balai Besar, Istana Telipot, Istana Kota Lama, Istana Tumpat dan Istana Persinggahan Gua Musang.

Sementara itu, Nazran menjelaskan sekatan terhadap dua tokoh politik Kelantan tersebut merupakan senarai tambahan daripada jumlah sebenar individu yang disekat.

“Setakat ini memang dua orang ini sahajalah senarai tambahan yang tidak dibenarkan masuk.

“Sebenarnya dah ramai kena larangan ni. Saya tak ingat jumlah,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ini Kutukan BERANI Zahid Hamidi Terhadap Kerajaan Baru Buat Rakyat MARAH

Shahidan Mengaku Hantar Surat RAHSIA Kepada MB Perlis. MENDEBARKAN.