in

Pelajar Tingkatan 3 Dipukul 10 Rakan Asrama. Ketika Di Hospital Doktor Sahkan Dia …..

Allahu. Semoga Allah Cepat Sembuhkan Adik Ni. Aaaamin.

Pelajar Tingkatan 3 Dipukul 10 Rakan Asrama. Ketika Di Hospital Doktor Sahkan Dia ….. | Khalifah Mail Online – Seorang pelajar tingkatan 3 sebuah sekolah di Perak mengalami pengalaman “neraka” apabila dibelasah teruk oleh 10 rakan asrama. Ketika di hospital, doktor sahkan yang dia telah…… Allahu. Baca dan kongsikan. Semoga jadi pedoman.

DOKTOR SAHKAN PELAJAR ADA MASALAH MEMBUANG AIR KECIL

Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di sini berdepan kesukaran membuang air kecil, dipercayai kesan dipukul beramai-ramai dalam satu kejadian buli, awal bulan ini. Ia disahkan oleh doktor yang merawatnya di hospital.

Gambar Hiasan

Remaja lelaki berusia 15 tahun itu juga berada dalam keadaan lemah dengan kesan luka pada mata kirinya selepas dipercayai dibelasah 10 rakan sebayanya di bilik asrama sekolah berkenaan.

DITUDUH MENCURI

Kejadian buli itu dilapor didalangi seorang pelajar senior tingkatan lima selepas mangsa dikatakan mengaku mencuri wang milik rakannya di tiga bilik berasingan asrama sekolah terbabit.

Keadaan mangsa hanya disedari ibunya yang datang melawat, 5 November lalu sebelum satu laporan polis dibuat pada 8 November.

Difahamkan, pada 4 November kira-kira jam 10.30 malam 4 November lalu mangsa diminta menghadiri perjumpaan kelas di sebuah bilik gelap sebelum matanya diikat dengan kain pelikat dan tangannya dipegang oleh seorang pelajar.

Mangsa dipukul bertubi-tubi oleh kesemua pelajar terlibat.

DISELAMATKAN RAKAN BAIK

Bagaimanapun, mangsa diselamatkan oleh rakan baiknya yang membawanya berehat di bilik lain.

Mangsa dibawa oleh ibunya mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam dan calar di seluruh badannya.

Gambar Hiasan

Mangsa dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang selepas mengadu sakit di bahagian perut dan dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Doktor mengesahkan mangsa mengalami kesukaran membuang air kecil akibat kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian merusuh melibatkan pelajar dan menahan 10 pelajar berusia 15 tahun dan seorang berusia 17 tahun.

“Berdasarkan laporan hospital mendapati tiada kecederaan dalaman. Mangsa masih ditempatkan di hospital berkenaan dan keadaannya bertambah pulih.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria ketika dihubungi memaklumkan belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun, pihaknya terkejut dengan kejadian kedua yang berlaku di sekolah sama, dalam tempoh tidak sampai setahun.

“Kita akan membuat semakan sebelum mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Lelaki Terketar Terima Sumbangan Beras 5kg. Bila Tanya, Puncanya Amat MENGEJUTKAN

GEMPAR Jack Ma Pukul Jet Li. Ini Puncanya Buat Ramai TERKEJUT