Konflik Saudi-Yaman. Perisik Malaysia Dedah Perkara SEBENAR Yang Berlaku Di Balik Tabir | Khalifah Mail Online – Yaman Houthi hantar peluru berpandu Scud ke Arab Saudi. Pergolakan politik Arab Saudi. Selepas lama buat siasatan, akhirnya perisik Malaysia (MMP) dedah apa yang sebenarnya berlaku di sana. Allahu. Baca dan kongsikan.
RAJA SALMAN BAKAL UNDUR DIRI
Nov 2017 – Pertamanya Raja Salman sedang bersedia dan akan umumkan mengundurkan diri dan akan di ganti oleh Putera Mohammed Bin Salman. Kedua, berita mengenai putera yang terbunuh dalam tembak menembak tu tak benar.
RINGKASAN APA YANG TERJADI
Basically ada tiga perkara utama yang terjadi. Perkara pertama Perang di Yemen memaksa Houti melancarkan Scud missile ke arah Arab Saudi. Misil scud yang menggunakan latihan, targeting dan sparepart dari Iran.
Ini menimbulkan kemarahan Arab Saudi kerana, perperangan proxy di Yemen ini Arab Saudi belum dapat membalas satu pun secara direct kepada Iran, manakala Iran sudah berberapa kali mengancam Arab Saudi dengan missile milik Houti.
Perkara kedua yang terjadi ialah Hariri PM Lubnan umumkan meletakkan jawatannya. Bagi yang tak memahami situasi di Timur Tengah, Hariri ialah simbol yang menjadi tanda bahawa suatu masa dulu Kerajaan Lubnan yang pro Arab Saudi mampu bekerjasama dengan Iran dan Hezbollah.
Namun dengan tekanan Saudi dan perletakkan jawatan Hariri bermakna Lubnan bakal menjadi kancah konflik antara Iran dan Saudi Arabia. Perletakkan jawatan ini yang di umumkan di Arab Saudi sendiri mengesahkan dinding keamanan yang menjadi penghalang perang telah di alihkan. Dan Lubnan di bawah pengaruh Hezbollah akan menyebelahi Iran sepenuhnya.
Perkara ketiga yang terjadi ialah the Purge. Ini mengukuhkan pegangan Putera Mohamed bin Salman dan mengenepikan suara suara yang menentang konflik dengan Iran.
Putera Salman mahu membuktikan Arab Saudi bukan lagi pendiam yang boleh di permainkan melalui proxy. Arab Saudi berkemampuan mengancam musuh2 mereka.
Ketiga2 kejadian ini membawa kepada satu kesimpulan. Permusuhan Arab Saudi dan Iran kini bukan lagi retorik dan propaganda.
Dengan iran mampu melancarkan misil ke bumi Arab Saudi bermakna ancaman menjadi real dan Arab Saudi bersedia untuk membawa ancaman yang sama ke atas Iran.
UPDATE TERKINI DARI PAKISTAN
Pakistan bersiap sedia tunggu lampu hijau Riyadh untuk aturgerak Briged Tempur ke Arab Saudi. Briged ini biasanya ditugaskan sebagai emergency response force dengan kekuatan antara 1,500 dan 3,500 orang.
Hubungan Pakistan dan Arab Saudi memang unik dan pakar ketenteraan anggarkan dalam satu masa , 70,000 rakyat Pakistan bekhidmat dalam hampir kesemua cabang tentera Arab Saudi.
Jadi kini Pakistan dan Malaysia telah berikrar akan mempertahankan keselamatan dua kota suci dari ancaman ISIS dan Houti.
Edit
Arab Saudi hantar permintaan rasmi aturgerak briged tempur Pakistan ke Arab Saudi. Pakistan sedang bersiap sedia untuk masuk.
Sumber : RISiK MMP 1 | RISiK MMP 2
Pingback:Konflik Saudi-Yaman. Perisik Malaysia Dedah Perkara SEBENAR Yang Berlaku Di Balik Tabir – Kabarviral.me