Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-includes/functions.php on line 6170

Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305
in

9 TIPS Makan Luar Supaya Tak KERACUNAN Makanan. No #4 Ramai Abaikan…

Semoga Allah Pelihara Keluarga Kita Dari Keracunan Makanan. Aaamin.

9 TIPS Makan Luar Supaya Tak KERACUNAN Makanan. No #4 Ramai Abaikan… | Khalifah Mail Online – MEMBELI makanan di gerai atau menikmati hidangan di restoran adalah perkara biasa dilakukan dalam masyarakat kita.

Berbanding makanan yang dihasilkan sendiri di rumah, kita tidak begitu pasti sejauh mana makanan yang dihidangkan itu benar-benar disediakan dalam keadaan yang tidak merisikokan ia tercemar.

Sebagai ikhtiar, di bawah adalah tips yang boleh diamalkan untuk mengelak perkara tidak diingini.

1. Sebelum membeli “Perhati dan Pilih” gerai yang bersih, pengendali makanan yang bersih dan makanan tidak terdedah.

2. Amalkan “Lihat, Hidu, Rasa” sebelum makan untuk mencegah kita daripada memakan makanan yang telah rosak dan dicemari bakteria bahaya.

3. Jangan beli makanan yang terdedah di persekitaran kotor kerana ia berisiko dicemari makhluk perosak seperti lalat, tikus dan lipas.

Haiwan ini merupakan pembawa penyakit taun, leptospirosis (kencing tikus) dan keracunan. Malah pada satu kaki seekor lalat sahaja terdapat berjuta-juta jenis bakteria merbahaya.

4. Pengendali makanan yang tidak memakai apron, penutup kepala dan memakai aksesori seperti jam dan barang kemas boleh menyebabkan kotoran serta bakteria pada pakaian dan aksesori terkena pada makanan.

5. Penjual makanan tidak sepatutnya menggunakan minyak masak berulang kali kerana ia boleh menyebabkan tindakbalas kimia (pengoksidaan) sehingga minyak menjadi tengik dan mengurangkan kualiti serta rasa makanan.

6. Semasa membeli air tebu perhatikan jika tebu telah dibuang kulit, tidak diletakkan di atas tanah dan disimpan dalam bekas yang bersih.

7. Pembacaan label pada pembungkus makanan sangat penting sebagai panduan dalam membeli produk makanan yang baik dan berkualiti.

8. Ais yang telah siap dibungkus dan berlabel pada umumnya telah dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mematuhi kehendak dari aspek kebersihan dan keselamatan makanan.

9. Segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan sekiranya terdapat tanda-tanda keracunan seperti loya dan muntah, memulas dan sakit perut serta cirit-birit.

BACA JUGA

1. 8 Tips BETUL Simpan Makanan Dalam Peti Ais Untuk Elak Keracunan. No #4 Ramai Yang CUAI
2. Jangan Basuh Telur Lepas Beli. Ini PUNCANYA Yang Ramai TAK TAHU

SUMBER: Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia @BKKMHQ

Loading...

Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Comments

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments


Deprecated: Constant FILTER_SANITIZE_STRING is deprecated in /home/khalifahmailonline/htdocs/khalifahmailonline.com/wp-content/themes/bimber/includes/theme.php on line 1305

Bawa Patung TEDDY BEAR Tidur. Ustaz Jin Dedah “SESUATU” Yang MENGEJUTKAN

Helaian Al Quran TERTUA. Ramai TERKEJUT Bila Tau Penulisnya. SUBHANALLAH.