Mak MAUT Ditikam Depan Anak 4 Tahun. Hasil Siasatan Awal Polis Mendapati… | Khalifah Mail Onlinee – KUANTAN: “Mak kena tikam, mak kena tikam,” itu jeritan Mohd Aqil Nasrul, kepada abangnya, Mohd Abid, bagi memberitahu kejadian ibunya, Norhasilah Ismail yang maut ditikam di Kampung Hijrah, Penor, dekat sini, hari ini.
ABANG DAN AYAH BALIK DARI SEKOLAH
Mohd Abid, 8, berkata dia baru pulang dari sekolahnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Penor bersama ayahnya, Nasrul Mansor, 32, dan dikejutkan dengan jeritan Mohd Aqil yang berusia empat tahun dari sebuah bilik di tingkat atas.
“Saya dapat tengok adik dari tepi cermin bilik dan meminta tolong supaya dikeluarkan…adik juga menjerit mak ditikam, saya terus naik ke atas dan membuka pintu biliknya yang dikunci. “Saya kemudiannya turun semula ke bawah dan memberitahu ayah yang naik dan menemui mayat ibu,” katanya ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata pihaknya menerim apanggilan daripada seorang kakitangan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terletak berhampiran lokasi kejadian dan memberitahu kejadian berkenaan.
HASIL SIASATAN AWAL POLIS
Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa balik ke rumah kira-kira jam 8 pagi bersama Mohd Aqil selepas menghantar anaknya ke sekolah manakala suaminya pula keluar menjual ikan di Pasar Borong Kamunting sejak awal pagi.
“Mangsa dipercayai diserang seorang lelaki yang berada dalam rumah, berlaku pergelutan sebelum mangsa ditikam di bahagian kanan perut dan kiri dada menyebabkannya meninggal dunia.”Anak mangsa tidak dicederakan dan dikurung di sebuah bilik di rumah, dia ditemui oleh abangnya yang berusia lapan tahun.
“Kita sedang menyiasat motif kejadian dan tidak menolak kemungkinan ada cubaan samun, kita akan minta suami mangsa untuk memeriksa sekiranya ada barangan hilang,” katanya ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi dikebumikan. Katanya, polis juga akan meneliti kamera litar tertutup yang dipasang di rumah berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang melarikan diri.
“Mengikut siasatan awal, suspek dipercayai memakai topeng, bagaimanapun kita tidak pasti kenderaan digunakannya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Pingback:Mak MAUT Ditikam Depan Anak 4 Tahun. Hasil Siasatan Awal Polis Sangat MENGEJUTKAN – Berita Semasa
Pingback:Mak MAUT Ditikam Depan Anak 4 Tahun. Hasil Siasatan Awal Polis Mendapati… – Beritaviral.site
Pingback:Mak MAUT Ditikam Depan Anak 4 Tahun. Hasil Siasatan Awal Polis Mendapati… – Kabarviral.me