8 Bulan “PANTANG”. Mata Rabun Aku Akhirnya PULIH. Ini Caranya Buat Ramai TERKEJUT | Khalifah Mail Online – Thanks admin sebab approve story aku ni. Nama aku Faiz. Umur aku 26 tahun. Aku berasal dari Kelantan dulu belajar di sebuah kolej swasta di Kedah dan sekarang menetap di Kedah sebab dah dapat kerja di sini.
Dan sedang mencari orang Kedah untuk dijadikan isteri. Hehehehe (promote diri jap). Di Kedah ni aku kerja biasa² saja, bolehlah untuk menampung diri dan bolehlah kirim kat mak ayah sikit. Alhamdulillah.
SANGGUP MAKAN MEGI SEBULAN KALAU NAKKAN SESUATU
Kerja biasa² jadi gaji pun biasa² saja. Aku ni jenis yang kalau nak sesuatu aku mesti bagi dapat juga. Kalau takda duit pun aku sanggup ikat perut makan megi janji dapat apa yang aku nak. (ikat perut tapi makan ikan siakap 3 rasa juga sekali sekala).
Baru² ini aku target nak pulihkan rabun mata aku ni dengan cara rawatan lasik. Mahal beb! Kos untuk rawatan tu tapi aku ada kawan yang pernah buat rawatan tu dia cakap berbaloi dengan harga.
Ohh.. untuk pengetahuan semua, aku ni mula jadi rabun ni sejak umur 12 tahun. Tapi sebab nak tampak hensem (chewah) aku tak pakai spek sampai lah umur aku 15 tahun. Start umur 15 tahun aku mula pakai spek maklumlah nak tengok apa yang cikgu tulis tak nampak lepastu nak exam PMR pulak.
TERINGIN NAK BUAT RAWATAN LASIK DAN MULA MENYIMPAN
Sekali buat spek mau telan duit bapa aku RM500. Tapi lecehlah pakai spek ni, nak main bola susah, sekali bola hentam spek mau patah spek tu. Masuk kolej aku mula berjinak dengan contact lens boleh lah main bola dan sukan lain, tapi leceh pulak nak masuk dalam mata pastu buang pulak. Pernah sekali contact lens aku jatuh pastu aku pijak pulak. (arwahlah contact lens tu) hehehe.
Sejak aku mula kerja memang aku dah mula menyimpan sikit demi sikit duit gaji aku sebab aku target aku dapat buat rawatan lasik. Aku buat kira² dah 5 kali aku tukar spek dah habis duit aku dalam RM3k gitu maklumlah power mata aku makin bertambah jadi harga mahal la. Sekali tu aku buat spek habis dekat RM1k juga sebab power tinggi jadi cermin tebal gila, aku nipiskan cermin tu. Huhuhuhu.
8 BULAN BERPANTANG
Aku nekad nak buat lasik ni sebab aku google, tengok youtube pastu ada kawan² yang dah buat rawatan tu semua kata berbaloi dan mata jadi semulajadi. Lebih kurang 8 bulan juga aku “berpantang” nak cukupkan duit untuk rawatan lasik tu. Kira-kira dalam RM5k. Alhamdulillah.
HANYA ADA SATU TEMPAT SAHAJA DI KEDAH
Aku google dan cari pusat rawatan lasik tapi banyak semua di KL je ada. Lau buat kat KL atau Pulau Pinang, akan ada kos pengangkutan pulak nak pi dan balik. So aku saja tengok dalam Facebook ada satu page ada share tentang sebuah pusat rawatan iaitu Pusat Pakar Mata Dan LASIK Abdul Razak di Sungai Petani Kedah. Terbaca kisah viral pasal klinik tu. Menarik.
Aku try tanya dalam group whatsap kawan² aku. Kebetulan salah sorang kawan aku, sepupu perempuan dia pernah buat rawatan lasik di sana. Tanya semua tentang cara dan rawatan kos tu pada dia, esok terus aku pi pusat rawatan tu.
Keesokannya aku dan kawan aku terpacak di Pusat Pakar Mata Dan LASIK Abdul Razak di Sungai Petani. Segan mai sorang. So aku ajak la kawan. Perkara pertama kena buat appoiment dan buat free check up mata. Alhamdulillah aku lulus untuk menjalani rawatan LASIK tu.
PADA HARI RAWATAN LASIK
Tiba hari yang dinantikan aku rasa takut, seram sampai meremang bulu roma ni, maklumlah tak pernah buat kan. Hehehe. Doktor suruh buka spek dan baca tulisan di dinding yang tertulis. Makk aiii memang tak nampaklah sebab power aku tinggi.
Doktor suruh aku baring dan dia titik ubat kebas di mata. Doktor itu mula dengan Bismillah dan prosedur LASIK pun bermula. Memang seram kot sebab rawatan LASIK ni dilakukan dalam keadaan kita sedar Okey! Memang NGERI sebab tak pernah tapi hakikatnya tak pun, lagipun Doktor tu bukan terus diam masa rawatan tu, dia borak macam² dan aku pun layan je setiap soalan dia. Tiba² Doktor cakap “Alhamdulillah, Siap!”
Dalam hati aku, Makk aii dah siap?? Tak rasa apa² pun kot, pedih ke sakit ke, sikit pun tak. Cuma rasa macam mata masuk habuk je.
ALHAMDULILLAH SEMUANYA LANCAR
Bangun je dari katil Doktor sekali lagi suruh tengok tulisan di dinding tadi, Perasaan SEBAK dan sedih bila mata aku ni dah terang kembali tanpa spek. Aku Salam dan peluk Doktor tu dengan ucapan ‘TERIMA KASIH’.
Doktor cakap aku akan ada rasa kurang selesa sikit kat mata ni sebab baru je buat rawatan LASIK dan dia nasihatkan aku banyak berehat, insyaAllah sehari dua aku akan biasa tapi untuk 100% lega sepenuhnya ambil masa dalam seminggu juga.
Aku saja nak kongsikan pengalaman aku ni. Sebab ramai je orang kat luar ni berkemampuan tapi cuma tak pasti dengan rawatan LASIK ni. Sakit ke ? Lama Ke? Apa rasanya ? So sekarang dah tau la camna prosedure LASIK ni kan. Jangan kata abang tak payung ye. Oh lupa nak bagitau harga. Sekarang harga untuk rawatan LASIK untuk kedua-dua belah mata adalah RM5,500 sahaja. Tapi kalau betul-betul berminat boleh hubungi FB Pusat Pakar Mata Dan LASIK Abdul Razak untuk dapatkan harga diskaun. Boleh call 04-440 4368 / 012-435 8181 / 013-432 1786 untuk temujanji atau pertanyaan.
Comments