Akhirnya Doktor Dedah Punca SEBENAR Dato Samuri Meninggal Dunia. Al Fatihah. | Khalifah Mail Online – Semua orang kenal dengan Sate Kajang, sate paling popular di Malaysia ini. Berita dukacita apabila dimaklumkan bahawa pengasasnya baru sahaja meninggal dunia. Satu kehilangan besar dalam dunia perniagaan bumiputera Malaysia. Selepas wartawan menyiasat, akhirnya doktor dedah punca asbab kematian beliau. Innalillah. Al Fatihah.
PUNCA ASBAB MENINGGAL DUNIA
Datuk Samuri Juraimi 73 ,iaitu pengasar Sate Kajang Hj Samuri, meninggal dunia di kediamannya, pada 12.05 tengah malam tadi. Menurut Bernama, doktor mendedahkan punca kematian beliau adalah disebabkan oleh penyakit barah hati dan ini disahkan oleh anaknya.
Datuk Samuri Juraimi yang meninggal dunia jam 12.05 pagi semalam selamat dikebumikan awal pagi tadi.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, di sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Arwah meninggalkan seorang balu, Datin Hajjah Jani Mohamad Amir dan lima anak iaitu Norsham, Sofian, Nur Ilyana, Shafeq dan Nurul Aqilah.
Beratus penduduk setempat, saudara dan kenalan hadir di tanah perkuburan itu. Ibunya, Peah Kurus turut berada di pusara anaknya.
SEDIKIT INFO SATE KAJANG HJ SAMURI
Sate Kajang Hj Samuri mula beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan pada 1992.
Kini syarikat yang dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial mempunyai 20 cawangan beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan.
Sate Kajang Hj Samuri juga membekalkan sate kepada beberapa rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala Lumpur.
GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN
Sumber: Harian Metro
Comments