Selepas Viral Jawapan Pakar Kecemasan. Ini Pula ALASAN Rakan Mangsa Kemalangan Yang Buat Ramai GELENG KEPALA | Khalifah Mail Online – Rentetan isu warga Singapura maut di hospital, seorang pakar kecemasan Malaysia memberi jawapan yang sangat mantap (BACA : Ini Jawapan Mengejutkan Pakar Kecemasan Malaysia Yang Buat Ramai Terdiam (LINK)). Namun apakan daya, rakan mangsa cipta pula alasan baru. Tak munsabah langsung. Boleh baca di bawah ni. Macam tak logik je kan.
KATANYA TAK FAHAM BAHASA MELAYU
Miscommunication (Salah Faham Komunikasi). Itulah alasan yang diberikan oleh rakan mangsa terhadap apa yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu pada 25 Ogos lepas.
Portal Singapura sebelum ini melaporkan HSA enggan merawat pesakit yang juga mangsa langgar lari sehingga bayaran deposit dijelaskan dan isu berkenaan membuatkan KKM dan perkhidmatan kesihatan Malaysia dikecam oleh rakyat di negara itu kerana menyebabkan kematian Justinian Tan, 25 tahun.
Menurut Joshua De Rozario, yang juga rakan mangsa, Justinian dirawat serta-merta sebaik tiba di hospital. Apa yang dilaporkan sebelum ini adalah salah faham yang terjadi akibat perbezaan bahasa berikutan kakitangan hospital berkomunikasi dengan menggunakan bahasa melayu, bahasa yang kurang difahami oleh Joshua dan rakan-rakan.
“Pada ketika itu apa yang saya dengar ialah bahawanya kami perlu membuat pembayaran (deposit) secara tunai, tidak boleh menggunakan kad kredit, kami tidak mempunyai banyak wang dalam bentuk tunai pada masa itu dan berlari mencari mesin ATM (untuk mengeluarkan wang).
Pada pandangan kami ketika itu, kami mungkin diarahkan untuk menjelaskan bayaran rawatan terlebih dahulu,” kata Joshua kepada media di negara itu selepas KKM membuat penjelasan berserta dengan bukti.
LEPAS BAYAR BARU DATANG SEMULA TENGOK MANGSA
“Kami gagal berkomunikasi dengan baik, dan itu mungkin berpunca kepada terjadinya salah faham. Kami tidak tahu dia (mangsa) berada di mana pada ketika itu tetapi selepas menjelaskan bayaran kami diarahkan pergi ke wad zon merah,”.
“Secara terus terang, saya tidak tahu dan tidak berani membuat ulasan samada pihak hospital telah lakukan yang terbaik yang mereka mampu untuk menyelamatkan Justinian. Saya tidak arif tentang perubatan dan ada masalah ketika berkomunikasi memandangkan kami jarang bertutur menggunakan bahasa melayu.
Kami berpendapat adalah lebih baik jika membawa dia pulang (ke hospital Singapura). Mungkin ada yang silap salahnya ketika proses terjemahan,” tambah Joshua lagi.
STAF KEMENTERIAN KESIHATAN MAJORITI TERLATIH BAHASA ENGLISH
Bagaimanapun kenyataan Joshua agak meragukan kerana kebanyakan kakitangan perubatan yang bertugas di KKM adalah terlatih dengan bahasa inggeris.
Sumber: Sozcyili
Comments