VIRAL Warga Singapura Maut Di Hospital. Ini Jawapan MENGEJUTKAN Pakar Kecemasan Malaysia Yang Buat Semua TERDIAM | Khalifah Mail Online – Baru-baru ni viral seorang warga Singapura maut di hospital yang katanya sebab hospital Malaysia minta duit sebelum rawat ? Ini jawapan doktor pakar kecemasan Malaysia, FB Dr Abdul Rahman Abdul Kadir, yang buat ramai terdiam.
ADA MAKLUMAT DALAM BERITA YANG TIDAK BENAR SAMA SEKALI
Berita di bawah ini semakin viral. Ia digunakan sebagai modal untuk menghentam perkhidmatan kesihatan kerajaan di Malaysia.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang Justinian Tan, warga Singapura yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di JB baru2 ini.
Namun ada beberapa maklumat di dalam artikel ini yang saya kira tidak benar sama sekali dan ada elemen tokok tambah keterlaluan.
Saya ingin menegaskan bahawa semua Jabatan Kecemasan seluruh negara telah menerima arahan yang jelas bahawasanya bagi pesakit2 di zon kritikal (zon merah), tidak ada isu ‘pembayaran perlu dilakukan dahulu’ sebelum rawatan diberikan. Malah, jika mereka adalah Pendatang Haram Tanpa Izin, gelandangan atau orang gila sekalipun, jika mereka kritikal, rawatan akan diberikan tanpa mereka perlu membayar dahulu. Ini adalah kerana kerajaan mengutamakan nyawa dari wang.
Namun Akta Fi negara ini juga jelas memberitahu yang bagi pesakit warga asing di zon kuning atau hijau (semi kritikal dan tidak kritikal) pembayaran perlu dilakukan dahulu memandangkan keadaan pesakit masih stabil. Dalam kes ini, saya kira mungkin pihak rakan2 mendiang keliru tentang bayaran bagi pesakit2 lain di zon kuning memandangkan Justinian kritikal dan berada di zon merah.
Mengatakan bahawa syarat WAJIB bayar baru dirawat diletakkan oleh pihak hospital kerajaan bagi pesakit kritikal adalah amat tidak masuk akal bagi kami yang bekerja di hospital kerajaan. Rawatan pesakit kritikal tidak akan dilewatkan hanya kerana menunggu pembayaran di zon merah!
“MASALAH” DENGAN PESAKIT DARI SINGAPURA
Berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit2 Singapura, kebiasaannya kami menghadapi masalah kerana response pertama pesakit/waris Singapura apabila tiba ke jabatan kecemasan Malaysia adalah mereka mahu ditransfer ke Singapura atau ke hospital swasta.
Saya berikan satu contoh kes yang saya rawat awal tahun ini. Pesakit mengalami serangan jantung di Melaka dan kami mahu memberikan ubat pencair darah Tenectaplase kerana Melaka tidak ada rawatan PCI.
Namun, mereka menyatakan hasrat mahu ke Singapura kerana rawatan di sana dikatakan lebih baik. Sudah tentu ini membuatkan kami terhenti dari memberikan rawatan ubat pencair darah spt Tenectaplase kerana kami sedar rawatan di Singapura pastinya adalah PCI.
Namun jarak jauh dan keadaan pesakit yang tidak stabil tidak memungkinkan transfer ke Singapura boleh dilakukan. Jadi pilihan seterusnya adalah mengesyorkan waris menghantar pesakit ke hospital swasta di Melaka yg juga mempunyai fasiliti PCI.
Kami tidak kisah kerana adalah hak pesakit mendapatkan rawatan di mana2 saja yg difikirkan terbaik.
Mereka call pelbagai hospital swasta di Melaka dan lama setelah itu memaklumkan bahawa mereka tak jadi ke private kerana faktor kos. Ini melewat dan melengahkan rawatan sebenarnya.
KEBANYAKKAN ORANG SINGAPURA SELALU PERLEKEH MUTU PERKHIDMATAN HOSPITAL MALAYSIA
Acapkali ini berlaku mungkin kerana warga Singapura tidak percaya pada perkhidmatan kesihatan kita. Lihat saja komen2 di artikel di bawah, habis dikondem hospital2 dan klinik2 kita.
Dalam kes ini, rawatan pembedahan kepala craniotomy/craniectomy sudah ditawarkan oleh pihak HSA namun mereka menolak kerana kononnya pembedahan dilakukan oleh pegawai perubatan saja dan bukan pakar. Perlu ditekankan di sini yang pembedahan seumpama ini dilakukan oleh pegawai perubatan jabatan neurosurgery yang senior dan terlatih dan bukan pegawai perubatan biasa.
Sedangkan dari maklumat rakan saya yang bekerja sebagai doktor pakar anestesiologi di Singapura, operation spt ini juga dilakukan di sana oleh Resident Physician saja (menyamai pegawai perubatan) dan bukannya doktor pakar atau pakar perunding pun.
Jadi masalah utama yang sering dihadapi oleh kami apabila handle pesakit Singapura adalah mereka tidak mempercayai kita dan mempunyai tanggapan negatif sebelum apa2 pun berlaku.
POLIS TAK PERNAH MINTA WARIS CUCI JALAN
Lihat saja lah dengan maklumat yang mereka sebut bahawa polis menyuruh mereka mencuci jalan raya setelah kemalangan.
Seumur hidup saya, ini adalah pertama kali saya dengar kejadian suruh cuci jalan oleh polis. Wahai warga Singapura, kami tidaklah seprimitif spt yang anda sangka. Kami ada majlis2 bandaraya yang ditugaskan utk melakukan kerja2 spt itu dan tidak perlukan anda utk tolong cuci jalan.
Sebagai seorang Doktor Pakar Kecemasan yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, saya kesal dengan tohmahan tidak berasas spt ini yang dilemparkan ke atas kita oleh pihak2 tertentu.
Lebih saya kecewa, apabila ada warga Malaysia yang turut menari mengikut rentak paluan pihak asing dengan turut mengecam dan mengutuk perkhidmatan kesihatan negara kita.
KISAH SEBENAR
Kematian mendiang Justinian adalah suatu kejadian yang malang dan kami kesal. Seperti yang disebut bahawa mangsa sudahpun sawan, kesesakan nafas dan batuk berdarah di tempat kejadian lagi kesemuanya memberi petunjuk bahawa kecederaan otaknya adalah amat parah (severe head injury).
Dan sejujurnya, tidak banyak perkara yang boleh dilakukan. Jika terselamat pun dengan severe head injury ini, pesakit2 kebiasaannya mengalami kecacatan otak seumur hidup dan tidak dapat berfungsi secara normal.
Dr Abdul Rahman Abdul Kadir aka DARK
Pakar Kecemasan dan Trauma, Malaysia. Sumber Post FB : (LINK)
Pingback:VIRAL Warga Singapura Maut Di Hospital. Ini Jawapan MENGEJUTKAN Pakar Kecemasan Malaysia Yang Buat Semua TERDIAM – Merah Networks
Pingback:Selepas Viral Jawapan Pakar Kecemasan. Ini Pula ALASAN Rakan Mangsa Kemalangan Yang Buat Ramai GELENG KEPALA - KHALIFAH MAIL ONLINE
Pingback:Lama Berdiam Diri, Akhirnya Bos No.1 KKM Bagitau KISAH SEBENAR Buat Ramai TAK SANGKA - KHALIFAH MAIL ONLINE
Pingback:Lama Berdiam Diri, Akhirnya Bos No.1 KKM Maklum KISAH SEBENAR Buat Ramai TAK SANGKA – Ape Kesah
Pingback:VIRAL Warga Singapura Maut Di Hospital. Ini Jawapan MENGEJUTKAN Pakar Kecemasan Malaysia.. – MYDEBAT