Subhanallah. Tentera Israel DISERANG Penduduk Yahudi. Siapa Sangka Ini PUNCANYA | Khalifah Mail Online – Terkini kecoh di sebuah bandar di Israel apabila 2 orang tentera mereka telah diserang teruk oleh sekumpulan pemuda Israel. Wartawan menemuramah ayah salah seorang mangsa, terkejut apabila diberitahu kisah sebenar kejadian. Tak sangka. Boleh baca di bawah.
PUNCA TIBA-TIBA DISERANG
Dua tentara Israel telah diserang di sebuah taman umum oleh sekumpulan pemuda Israel yang menyangka mereka adalah orang Arab.
Kedua tentara tersebut, dari Unit elit Golani dan Kafir, sedang berjalan bersama dengan seorang wanita lagi ketika mereka tiba-tiba diserang pada hari Jumaat malam di sebuah taman di pemukiman Israel di Pardes Hanna-Karkur dekat Haifa.
Sekelompok pemuda Israel menyerang kedua tentara Israel tersebut, dengan menggunakan batang paip dan benda-benda tumpul lainnya. Kedua tentara tersebut telah cedera luka ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan.
LAPORAN MANGSA SERANGAN
Kejadian bermula apabila ada seorang pemuda Israel berteriak “ini adalah orang-orang Arab,” seperti yang dilaporkan oleh kedua tentara tersebut kepada Channel 7: “Mereka menjerit ungkapan yang kasar kepada orang Arab ketika mereka menyerang kami.”
Ynet News mengatakan bahawa polisi Israel telah membuka kertas siasatan ke atas insiden tersebut. Siasatan awal mendapati wanita yang bersama kedua tentera itu mengenali para pemuda yang menyerang tersebut.
Ayah salah satu tentera tersebut memanggil polis setelah mengetahui anaknya berada di hospital.
KOMEN AYAH MANGSA YANG BUAT RAMAI TERKEJUT
“Tentera tersebut sedang pergi berseronok pada hari minggu dan diserang oleh penjahat hanya kerana mereka terlihat seperti orang Arab. Ini memalukan”, katanya kepada Ynet News.
Tambahan beliau lagi, “Mereka menyerang secara emosi; dan ada kemungkinan berakhir dengan kematian. Bagaimana kita boleh jadi manusia yang liar seperti ini? Dan jika sekalipun mereka benar-benar adalah orang orang Arab, bolehkah kita menyakiti mereka? Kami terkejut dan menuntut penyerang kurang ajar tersebut dihukum dan dibawa ke pengadilan. “
Sumber: Middle East Update
Comments