in

SUBHANALLAH. Anak MALU Nak Urus Jenazah Bapa. Patut lah Rupanya Ada “SESUATU” Yang Disembunyikan…

Sesungguhnya Allah Tidak Akan Membiarkan Sesuatu Terjadi Melainkan Supaya Menjadi Iktibar.

SUBHANALLAH. Anak MALU Nak Urus Jenazah Bapa. Patut lah Rupanya Ada “SESUATU” Yang Disembunyikan… | Khalifah Mail Online – Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seorang jenazah di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebut untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. InsyaAllah semoga kisah ini menjadi teladan dan peringatan kepada kita untuk mempersiapkan diri sebelum nyawa dicabut. Kisah ini diceritakan oleh seorang pengurus jenazah kepada saya. Mari baca kisah di bawah.

PENGURUS JENAZAH BERPENGALAMAN

Saya sudah terlibat dengan pengurusan jenazah lebih dari 16 tahu, pelbagai pengalaman telah saya lalui. Saya sudah menguruskan pelbagai jenis jenazah. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan banyak lagi.

Namun, pengalaman menguruskan satu jenazah seorang yang kaya dan disegani ini, memberikan pengalaman yang sangat bermakna dan pengajaran sepanjang hidup untuk saya dan sesiapa yang mengambil iktibar. Pengalaman menguruskan jenazah ini lah pertama kali saya jumpa sepanjang karier saya, ianya cukup aneh, menyedihkan, menakutkan secara tak langsung memberi banyak hikmah.

Sebagai pengurus jenazah yang sudah lama di kawasan itu, saya diminta oleh anak allahyarham untuk membantu menguruskan jenazah bapa mereka. Saya terus pergi ke rumah mereka. Ketika saya sampai di rumah, dan mendekati jenazah, saya terhidu bau yang sangat busuk sekali.

BAU YANG MEMUALKAN

Baunya cukup memualkan perut. Saya telah menguruskan banyak jenazah, tapi saya tidak pernah bertemu dengan jenazah yang berbau seperti ini. Ketika saya lihat wajah jenazah itu saya berasa sedih sekali. Saya tengok wajahnya berkerut seperti takut, cemas, kesal dan banyak lagi. Wajah nya seakan tidak mendapat Nur dari Allah SWT.

Kemudian saya pun mengambil kain kafan yang dibeli anaknya lalu sayan potong. Secara kebetulan, pada hari kejadian ada dua orang anak muda datang untuk mengikuti kelas kursus fardu kifayah bersama saya. Saya ajak mereka membantu saya dalam masa yang sama untuk mereka belajar cara menguruskan jenazah.

Untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-utut untuk mengeluarkan apa sahaja kotoran yang masih bersisa di dalam badan mayat. Saya pun mengurut perut jenazah itu perlahan-lahan. Tetapi, apa yang berlaku ketika itu membuatkan kami semua terkejut.

Allah SWT membenarkan dan menunjukkan kekuasaanNya, kami terkejut kerana kami sangka kotoran itu akan keluar mengikut du#bur mayat seperti kebiasaan, namun apa yang berlaku kotoran itu berhambur keluar daripada mulut jenazah. Dua kali mayat ini memuntahkan kotoran. Di dalam hati saya sangat berharap agar perkara ini tidak berulang untuk kali ketiga.

MAYAT BARU MENINGGAL NAMUN SUDAH BERULAT

Subhanallah, ketika saya mengurut perutnya untuk kali terakhir, mayat itu memuntahkan kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Dikhabarkan jenazah baru sahaja meninggal dunia akibat serangan jantung, namun ulat sudah mula memamah tubuh badannya.

Wajah anak jenazah itu kelihatan terkejut dan bersedih, mungkin malu dan aib dengan kejadian yang berlaku kepada bapa mereka, dua org pelajar saya juga panik dan terkejut. Saya pesan kepada mereka, “ini ialah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya memanggil semua anak jenazah. Jenazah mempunyai tujuh orang anak dan semua nya lelaki. Ketika mereka masuk ke dalam tempat mandian jenazah, saya menasihati mereka.

Saya mengingatkan bahawa tanggungjawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, jadi sebagai anak lelaki mereka mestilah melunaskan tanggungjawab menyempurnakan mayat bapa mereka ini. Lebih afdhal bagi mereka sendiri yang menguruskan jenazah itu, supaya aib jenazah dapat dilindungi. Kemudia saya minta bantuan anak-anaknya membalikkan mayat itu.

Tiba-tiba muncul ulat-ulat yang masih hidup, hampir semangkuk saya rasa. MasyaAllah suasana makin panik, kejadian ini amat sukar diterima akal logik manusia. Saya terus berdoa agar Allah memudahkan urusan kami menguruskan jenzah. Selepas selesai memandikan, saya ambilkan wudhu kepada jenazah. Kain kafan diambil untuk membaluti mayat.

KAIN KAFAN PENDEK

Kami membawa jenazah ke dalam bilik, dan tidak mengizinkan orang luar melihat proses itu kecuali ahli keluarga sahaja. Ketika mayat diletakkan dia atas kain kafan, kami mendapati kain kafan hanya cukup-cukup menutupi kepala dan kaki, tidak lebih, maka kami tidak dapat mengikat di kepala dan kaki. Seperti, kain kafan itu tidak mahu menerima jenazah itu. Saya beranggapan mungkin saya yang tersilap semasa memotong tadi. Apa yang saya dapat lakukan ialah dengan hanya memotong kain tambahan dan menampung di tempat yang kurang.

Dalam masa yang sama, saya berdoa di dalam hati ” Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini”

Masalah lain timbul apabila kenderaan jenazah tidak dapat datang menghantar jenazah ke tanah perkuburan. Semua sedang digunakan. Namun nasib baik ada yang seorang jiran nya ingin membantu meminjamkan van kepada keluarga jenazah. Ketika van sampai, tiba-tiba isteri kepada jiran itu datang dengan suara tegas, ” Abang, saya tidak benarkan van kita digunakan oleh jenazah, semasa hayatnya dulu kita pernah minta tolong dia meminjamkan kenderaan kerana van kita rosak pun dia tak bagi”.

Namun akhirnya pelajar saya itu menawarkan kenderaan nya. Namun kenderaan itu ialah sebuah lori. Lori yang digunakan nya untuk menjual ayam di padar, namun sudah dibersihkan. Allahuakbar !

AIR HITAM DALAM LIANG LAHAD

Ketika di tanah perkuburan, saya meminta tiga anak jenazah turun ke liang lahad bagi menurunkan jenazah. Tiba-tiba mereka terperasan ada air hitam di dalam liang itu berbau amat busuk. Hari cerah, tiada hujan, kami hairan dari mana air itu datang. Lalu kami menurunkan jenzah bersama keranda dengan berhato-hati. Saya khuatir mayat terlentang atau terlungkup na’udzubillah. Kalau mayat terlungkup, takda harapan untuk mendapat syafaat Nabi. Papan keranda ditutup dan kami segera menimbun tanah.

Selepas itu kami injak-injak supaya ia mampat dan tidak mendap jika hujan nanti. Namun, hairan nya tanah yang diinjak menjadi becak. Saya menggagak mayat di dalam sudah dipenuhi dengan air hitam tadi. Talkin dibacakan dan kami mengambil keputusan untuk menyelesaikan proses dengan segera. Dalam sejarah pengurusan jenazah, ini lah kali pertama tahlil dan doa yang paling ringkas saya baca kepada jenazah.

Saya bertanya kepada isteri jenazah jika ada suaminya pernah menzalimi orang? atau tidak mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq? atau memakan harta anak yatim? Namun isterinya diam tidak dapat bersuara. Mungkin malu untuk memberitahu saya.

Peristiwa ini bukan lah rekaan. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada kita semua. Mari sama-sama ambil iktibar.

Sumber : Cari

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Setiap Bulan Bagi RM200 Tapi Mertua Minta Lagi RM200. 1 Hari Dia Ajak Jalan² Dan Tiba² Dia Drive Ke Hutan. Rupa²nya…

Apa Hukum Selalu Tidur Waktu Tengahari ? TAK SANGKA Ini Jawapan Ustaz Yang Ramai TAK TAHU