AKHIR ZAMAN. Datuk Dan 2 Bapa Saudara RATAH Dua Beradik Sejak Usia 13 TAHUN. Ini AKIBATNYA… | Khalifah Mail Online – Liwat, Sumbang Mahram sudah menjadi halwa telinga kita yang kerap didengari kini. Masyarakat kita semakin hilang kewarasan. Cucu sendiri pun sanggup diro#gol. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita
LELAKI YANG BERNAFSU SEPERTI SYAITAN
Semakin hari semakin banyak berita membabitkan remaja atau kanak-kanak menjadi mangsa kerakusan ahli keluarga yang dahagakan s#eks. Terbaru, seorang gadis berusia 19 tahun dari Serian, Sarawak mendakwa telah diro#gol oleh bapa kandung, datuk dan dua bapa saudaranya sehingga mengandung, lapor Malay Mail.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar, polis telah menerima laporan daripada Hospital Serian mengenai seorang gadis mengandung yang dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan kira-kira jam 2.30 petang semalam.
Pihaknya kemudian menemu bual gadis berkenaan yang akhirnya mendedahkan bahawa dia telah menjadi mangsa perbuatan keji bapa kandung, datuk dan dua bapa saudaranya itu.
Lebih memeranjatkan lagi, mangsa telah diperlakukan sedemikian sejak berusia 13 tahun! Malah, menurutnya, adiknya yang kini berusia 14 tahun juga turut menjadi mangsa rog#ol empat individu berkenaan.
ADIK TURUT DIRO#GOL
“Wanita itu juga mendedahkan bahawa adiknya turut dir#ogol sejak berumur sembilan tahun. Kesemua insiden ini dikatakan berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban, Serian,” kata Dev.
Difahamkan kesemua suspek tinggal serumah dengan gadis berkenaan dan bekerja sebagai petani. Kedua-dua mangsa dikatakan tidak bersekolah dan suspek telah mero#gol mereka di rumah itu sejak 6 tahun lalu.
Susulan laporan dan siasatan awal yang dijalankan, pihak polis telah menahan empat suspek tersebut berusia di antara 26 dan 57 tahun di kampung itu kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376B kerana melakukan sumbang mahram.
Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang?!
Sumber : LobakMerah
Comments