in

Bangun Tidur, “SESUATU” Berlaku Buat Aku Terus MELONCAT. Tak Sangka Selepas 17 Tahun Akhirnya Aku…

Tak Rugi Aku Melabur Sedikit Wang, Hasilnya Memang Buat Aku Happy Giler.

Bangun Tidur, “SESUATU” Berlaku Buat Aku Terus MELONCAT. Tak Sangka Selepas 17 Tahun Akhirnya Aku… | Terima kasih admin sebab approve cerita ni. Nama aku Hidayat. Umur 27 tahun. Aku asal dari KL, memang lahir di KL dan membesar bersekolah beruniversiti semua di KL. Tapi sekarang aku menetap di Kulim. Kenapa ? Sebab dah rezeki dapat kerja jurutera kat situ nak buat camna. Sekarang ni pun dalam proses nak kahwin dengan orang Kedah hihihi insyaAllah. Doakan.

PAKAI SPEK MATA SEJAK UMUR 10 TAHUN

Panjang lak intro aku. Nak dijadikan cerita aku ni dari kecil lagi aku pakai spek, seawal umur 10 tahun lagi. Tu la siapa suruh tengok TV cite Ultraman dekat-dekat haha. Dan sejak umur 10 tahun jugak banyak jenis sukan aku tak boleh main. Sedih beb. Bila masuk sekolah menengah baru aku boleh berjinak-jinak dengan memakai contact lens. Tapi leceh la. Nak pakai ambil masa gak. Nak jaga kebersihan lagi. Dah itu je pilihan yang ada. Ada sekali tu aku pernah main rugbi. Pastu sebelah contact lens tercabut. Tengah meraba-raba mata, pastu dan2 time tu jugak aku kena tackle. Haha. Dah nasib.

So bila aku mula bekerja, dengan gaji yang boleh tahan, aku tekad kumpul duit nak buat rawatan LASIK, satu rawatan mata untuk menyembuhkan rabun jauh. Aku banyak google kat Internet dan tengok video Youtube tentang rawatan ni. Lepas tanya kawan-kawan yang pernah buat, aku akhirnya dapat keberanian untuk jalani rawatan LASIK ni. Lepas dekat 6 bulan duit pun dah cukup alhamdulillah.

PROSEDUR LASIK

Kat Kedah ni, ada satu je tempat yang buat rawatan LASIK ni; Pusat Pakar Mata Dan LASIK Abdul Razak di Sungai Petani. Lepas buat appointment dan buat free check up mata, aku lulus ujian untuk dapatkan rawatan LASIK. Hari yang ditunggu pun tiba, aku agak gementar. Al maklum la first time (dah hopefully last time la kan). Doktor tu kata rawatan LASIK ni 30 minit je. Mula2 doktor minta buka spek dan baca tulisan kat dinding. Yang ni memang konfem la aku tak nampak tulisan apa-apa kat dinding tu. Al maklum la “power” aku 800 kott huhu…

Lepas titik ubat kebas di mata… Bismillah….Prosedur LASIK pun bermula. Ia dijalankan dalam keadaan aku sedar. Bunyi macam ngeri kan. Tapi hakikatnya tak pun. Pandai la doktor tu layan borak-borak ngan aku. Pastu tiba-tiba doktor tu cakap, “OK dah selesai alhamdulillah“.

Perasaan aku time tu likeeee, “What ?? This is so fast. Cepat sangat nih“.. Dan sepanjang prosedur LASIK tu aku langsung tak rasa apa-apa. Ada la rasa macam mata kena habuk-habuk halus yang “manja” tapi serius tak sakit langsung. Bangun je dari katil bedah tu doktor minta tengok balik tulisan kat dinding tadi. Wow.. Alhamdulillah dah boleh nampak dah tulisan-tulisan tu. Bila jalan keluar je dari bilik bedah memang jadi agak jakun gak sebab dunia yang sebelum ni hanya boleh dilihat dengan spek kini dah clear tanpa spek.

Walau demikian, memang ada rasa kurang selesa sket kat mata. Tapi doktor kata memang biasa lepas buat rawatan LASIK. Baru 5 minit kottt. Doktor suruh banyakkan rehat. Sehari dua ni insyaAllah lega. Tapi untuk baik 100% sepenuhnya ambil tempoh dekat seminggu. Balik tu member yang drive kereta. Hehe gila apa nak bawak kereta lepas buat rawatan LASIK.

KEJUTAN BANGUN TIDUR

Sebab penat sangat malam tu, aku terus tidur, tak sempat nak whatsapp tunang aku. Bila bangun esoknya untuk solat subuh, aku terasa lain macam. Aku pakai spek macam biasa. Tapi napa kabur je. Ah sudah. Bila bukak spek, penglihatannya terasa macam pakai spek. JELAS SANGAT. Mimpi apa ni. Celik mata je boleh nampak dunia. Sebelum ni kena raba-raba cari spek baru leh nampak dunia !!!

Al maklum la baru bangun tidur masih blur-blur lagi. Lepas tu baru aku teringat yang aku ada buat LASIK semalam. Terus aku loncat kegembiraan. Bayangkan lepas 17 tahun, akhirnya aku boleh melihat jelas tanpa pakai spek. Time tu juga terus sujud syukur. Wow happy giler. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Memang sangat berbaloi dengan kos yang dilaburkan.

Aku saja nak kongsikan pengalaman aku ni. Sebab ramai je orang kat luar ni berkemampuan tapi cuma tak pasti dengan rawatan LASIK ni. Sakit ke ? Lama Ke? Apa rasanya ? So sekarang dah tau la camna prosedure LASIK ni kan. Jangan kata abang tak payung ye. Oh lupa nak bagitau harga. Sekarang harga untuk rawatan LASIK untuk kedua-dua belah mata adalah RM5,500 sahaja. Tapi kalau betul-betul berminat boleh hubungi FB Pusat Pakar Mata Dan LASIK Abdul Razak untuk dapatkan harga diskaun. Boleh call 04-440 4368 / 012-435 8181 / 013-432 1786 untuk temujanji atau pertanyaan.




Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

ALLAHUAKBAR. Pengunjung Nampak “SESUATU” Kat Hidung Penyu Ni. Apa Yang Dijumpai Amat MENGEJUTKAN

Jika Dunia Arab Terus LEMBIK. Amaran Ketua Tentera Pakistan Ini Buat Israel Terus Jadi CUAK