Tindakan MENGEJUTKAN Turki Untuk Miliki 3 Reaktor Nuklear Buat Israel TERGAMAM | Khalifah Mail Online – Tak sampai beberapa hari Turki mengejutkan Israel dengan keupayaan drone perang terkini mereka (BACA : Subhanallah. Drone BERPELURU Pertama Dunia Ciptaan Turki Ni Buat Israel TAK SENANG DUDUK (LINK)), kini Turki tambah lagi dengan berita mereka akan memiliki 3 reaktor nuklear, yang mana reaktor pertama mereka bakal siap pada tahun 2020. Ikuti lanjutan berita di bawah. Kongsikan.
UCAPAN MENTERI TENAGA TURKI
Menteri Tenaga dan Sumber Alam Turki, Berat Albayrak mengatakan bahawa Turki akan memiliki tiga reaktor nuklear pada tahun 2030. Reaktor pertama nuklear Turki akan beroperasi di Akkuyu, di wilayah Mersin, selatan Turki. Kerja-kerja “pecah tanah” dan teknikal telah pun dimulakan. Dijangka pusat reaktor nuklear pertama ini akan siap pada tahun 2020.
Hal ini disampaikan dalam ucapan menteri Albayrak, pada hari Jumaat (28/07), ketika berlangsungnya pertemuan dengan para professor dan ahli akademi negara dalam membincangkan sumber daya alam nasional di Istanbul.
KERJASAMA NUKLEAR TURKI BERSAMA RUSSIA
Pada bulan Desember 2010, Turki dan Rusia telah menandatangani perjanjian kerjasama pembangunan dan pengoperasian pusat reaktor nuklear Akkuyu di wilayah Mersin. Projek kajian awal yang besar ini telah menggunakan dana negara sebanyak $20 juta (RM80 juta) dan mampu memberikan kestabilan tenaga buat negara Turki serta menciptakan lapangan kerja baru bagi rakyatnya yang kini berjumlah hampir 80 juta orang.
Pusat Akkuyu merupakan pusat nuklear pertama yang dibangun oleh Turki di wilayah Mersin di laut Mediterania. Pembangunan pusat reaktor nuklear ini ditangani oleh perusahaan Rusia “Rosatom”. Subhanallah Allahuakbar. KONGSIKAN.
Sumber : Turkenisia
Comments