in

Ingat Kes BUNUH Pelajar 17 Tahun ? Ini KOMEN Pesalah Di Mahkamah Yg MENGEJUTKAN

Kes Kejam Ini Berlaku Tahun 2015 Di Pulau Pinang

Ingat Kes BUNUH Pelajar 17 Tahun ? Ini KOMEN Pesalah Di Mahkamah Yg MENGEJUTKAN | Khalifah Mail Online | Kalau masih ingat pada tahun 2015 lalu negara dikejutkan dengan penemuan mayat seorang pelajar berumur 17 tahun di rumahnya yang bukan setakat dibunuh tetapi turut dirogoI. Ikuti berita terkini kes tersebut di bawah.

Seorang lelaki yang dituduh merogol dan membunuh mengaku bersalah dan memohon maaf kepada keluarga mangsa.

Tarmizi Yaakob dituduh merogol Intan Suraya Mawardi,17, sebelum membunuhnya di kediaman mangsa di Teluk Kumbar pada 25 Oktober 2015.

Ketika di kamar perbicaraan, Tarmizi sambil menangis dan memohon maaf kepada keluarga mangsa yang duduk di barisan depan galeri awam.

“Tolong beritahu ibu bapanya saya minta maaf. Saya sangat menyesal,” ujar Tarmizi.

Tarmizi, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis.

Situasi itu mengejutkan pendakwa dan peguambela, S.Yagoo yang meminta supaya mahkamah mempertimbangkan semula rayuan tersebut.

Beliau juga memohon supaya Tarmizi, yang telah disabitkan dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada Mei lalu, juga kerana kesalahan merogol pada tahun 2015, agar menjalani penilaian psikiatri.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Wahab Mohamed memerintahkan Tarmizi menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan.

Sumber: Mstar

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Terlanjur Mengandung Beli Pil Gugur RM600. Apa Yang Berlaku Kat Bayi Tu Buat Ramai MARAH

Ustaz Dedah Rahsia DOA MUSTAJAB Yang Buat Anak Rajin Solat TANPA DISURUH