in

Atas Padang Pasir. Sunyi. Tapi Siapa Sangka Ada Bandar Besar Bawah Tanah. WOW

Siapa Sangka Manusia Pun Sudah Menjadi Kreatif Dalam Kehidupan Sehingga Bandar Bawah Tanah Yang Fiksyen Kini Jadi Kenyataan. MasyaAllah.

Atas Padang Pasir. Sunyi. Tapi Siapa Sangka Ada Bandar Besar Bawah Tanah. WOW | Seorang pelancong tersesat dan ikut panda arah jalan ke bandar berdekatan. Namun bila sampai je terkejut bila tempat tu hanya ada padang pasir je. Selepas pusing-pusing lebih mengejutkan lagi dia temui bandar bawah tanah yang sangat moden. Ada gambar dan video. Allahu tak sangka.

BANDAR BAWAH TANAH DI AUSTRALIA

Video penuh ada di penghujung artikel ini. Seorang pelancong travel tersesat di kawasan padang pasir dan mula ikut arah jalan untuk ke bandar yang paling dekat. Siapa sangka sampai je tempat tu, sangat sunyi dan hanya ada padang pasir sahaja.

Lepas pusing-pusing tahulah dia yang bandar moden yang dicarinya terletak di bawah tanah!

Coober Pedy adalah sebuah bandar kecil yang terletak di bawah tanah. Terletak di Australia Selatan, bandar ini dibina di negara bahagian yang dikenali sebagai kawasan paling kering di Australia.

Coober Pedy ditubuhkan pada tahun 1915, ketika manusia pertama kali ditemui di kawasan tersebut. Para penambang mula tidak tahan dengan keadaan suhu dan cuaca yang begitu panas di sana.

Kemudian mereka pun mula menggali rumah mereka di bawah tanah untuk mengelakkan panas terik matahari.

Dalam proses, para penduduk2 akhirnya mewujudkan sebuah bandar kecil untuk mereka. Sampai hari ini, orang-orang dari Coober Pedy lebih memilih untuk membina rumah mereka di bawah tanah berbanding harus membina di atas tanah.

Musim panas yang sangat pelik dan esktrem di kawasan di atas 40 darjah Celcius menjadi salah satu alasan mengapa para pelombong betah tinggal di bawah tanah.

Suhu di bawah tanah tetap berada pada tahap 24 darjah dan kelembapan tidak melebihi 20%. Pada musim salji, suhu akan menjadi agak dingin, namun tidak terlalu ekstrem. Kota ini telah menjadi bandar yang popular di seluruh dunia.

Terbukti, banyak pelancong antarabangsa yang berbondong-bondong ke Coober Pedy untuk dapat merasakan sensasi tidur di bawah tanah – di sebuah bilik yang sejuk, gelap dan luas.

Gereja-gereja bawah tanah juga menjadi daya tarikan yang banyak diburu pelancong. Kota ini tidak hanya terkenal kerana pesona tempat tinggal bawah tanahnya, tetapi juga untuk menjadi ibu kota opal dunia, yang menghasilkan 70% dari keperluan opal (sejenis batu permata) dunia.

Keadaan alam yang cukup ekstrem rupanya juga menjadi daya tarik bagi para pengarah Hollywood untuk menggarap filem mereka di sini. Contohnya saja Pitch Black, Red Planet, Queen of the Desert dan Opal Dream.

Terletak 850 km sebelah utara Adelaide, Coober Pedy menawarkan pelbagai kemudahan seperti kedai runcit, biliard, bilik tidur, bar, kolam renang, muzium, gereja Ortodoks, dan juga kawasan makam.

Siapa sangka kan bandar bawah tanah yang menjadi fiksyen selama ni rupanya sudah wujud pun. Bandar moden pulak tu. Allahu. Jangan lupa untuk SHARE info yang menarik ni. Terima kasih.

Video Bandar Bawah Tanah Yang Moden Di Australia

Sumber: Khalifah Mail Online

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Hujan Lebat Di Padang Pasir. Selepas Tu Terjadi SESUATU Buat Ramai Terpana

Inilah Burung Paling GANAS Sekali Di Dunia Yang Ramai Tak Tahu. SUBHANALLAH.