in ,

Waktu Tengah Malam, Tiba-Tiba Matahari Muncul Di Finland. SUBHANALLAH.

Bayangkan Ketika Musim Panas, Baru Nak Malam Je, Terus Jadi Siang Balik. Allahu.

Waktu Tengah Malam, Tiba-Tiba Matahari Muncul Di Finland. SUBHANALLAH. | Pelik. Ada satu tempat di Finland, ketika musim panas, hari baru je nak malam, terus je matahari muncul dan siang semula. Subhanallah. Ada video dan gambar. Tak sangka.

MATAHARI MUNCUL DI TENGAH MALAM. SUBHANALLAH.

Video matahari muncul waktu tengah malam ada di hujung artikel. Lapland adalah sebuah wilayah di Finland yang mempunyai keluasan wilayah 98.946 km² dan penduduk seramai 187.777 orang pada tahun 2002. Ibu kotanya ialah Rovaniemi.

Wilayah ini mempunyai fenomena unik yang indah dipandang, iaitu matahari di tengah malam. Kerana lokasinya yang berada di lingkaran kutub, selama 24 jam dalam dua bulan setiap tahun wilayah ini disinari matahari sepanjang hari tanpa henti. Fenomena ini dipanggil midnight sun atau matahari tengah malam.

Fenomena ini berlaku setiap bulan Jun dan Julai. Pelancong online yang melawat Lapland dapat melihat cahaya unik dari matahari pada tengah malam, yang tidak memberi batas antara siang dan malam di sini.

Perkara ini membolehkan pelancong untuk mendaki gunung Lapland di malam hari atau bahkan bermain golf selama 24 jam.

Salah satu tempat kegemaran pelancong untuk pelancongan golf di Lapland adalah Bjorkliden GC, padang golf yang terletak paling utara wilayah ini. Letaknya bersempadan dengan pergunungan sempadan Sweden dan Finland serta Tasik Tornestrask.

Selain bermain golf tengah malam, aktiviti pelancongan lain yang digemari di Lapland adalah bermain ski di Riskgransen, yang merupakan resort ski paling utara di Eropah.

Tidak seperti resort ski lain di Eropah, Riksgransen tidak mempunyai suhu sejuk, sehingga para pencinta ski tidak perlu takut kesejukan.

Perkara ini disebabkan fenomena matahari tengah malam tadi, yang membuat matahari tetap bersinar sehingga membuat wilayah ini tetap hangat, pada yang sama masih mempunyai salji untuk para pemain ski.

Lapland juga merupakan rumah bagi hotel ais pertama dan terbesar di dunia, dan menjadi tumpuan ramai pelancong travel dari seluruh dunia.

Benarlah, banyak lagi keindahan alam Allah yang unik masih tidak lagi kita dapat lihat. Bertuah kita hidup zaman Internet, segala maklumat keajaiban alam boleh dilihat di mana-mana. Jangan lupa SHARE fenomena matahari muncul tengah malam di Finland ni ye. Terima kasih.

Video Baru Nak Malam Je, Terus Jadi Siang Balik. SUBHANALLAH

Sumber: Khalifah Mail Online

Loading...

Isu Langganan Utusan. Ini Pulak Komen Tun Mahathir Buat Ramai Terpaksa SETUJU

Cuaca SERAM Di Tepi Pantai. Pastu Berlaku Ombak Besar Sebelum Penduduk Sempat Rakam SESUATU.