in

GEMPAR. Terkini Kes Najib Mungkin Dibicarakan Di Depan Hakim Baru. Laporan PENUH.

Semoga Allah Permudahkan Segala Urusan Rakyat Malaysia Yang Ingin Tahu Kebenaran.

GEMPAR. Terkini Kes Najib Mungkin Dibicarakan Di Depan Hakim Baru. Laporan PENUH. | Gempar pagi ni. Ekoran viral hakim yang sebelum ni adalah adik kepada pemimpin Umno Pahang, mahkamah akan tukar hakim baru untuk kes Najib. Ini laporan penuh. Mengejutkan.

IDENTITI HAKIM BARU UNTUK KES NAJIB

Mungkinkah kes perbicaraan melibatkan Datuk Seri Najib Razak yang berdepan tiga tuduhan pecah amanah dan satu salah guna kuasa akan dipindahkan untuk didengar oleh hakim yang baru?

Hal itu dibangkitkan ekoran hakim yang ditugaskan untuk kes itu, Datuk Sophian Abdul Razak, merupakan adik kepada salah seorang exco Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak.

Mohd Soffi ialah pemimpin Umno yang terpilih menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Benta, Pahang, selama lima penggal dan terpilih menjadi exco sebanyak empat kali.

Secara kebetulan Najib berasal dari Pahang dan kini menjadi ketua Umno Pekan. Beliau juga bekas presiden Umno.

Peguam Negara Tommy Thomas berkata beliau tidak mengetahui latar belakang Sophian ketika ditanya wartawan selepas Najib didakwa.

Presiden Badan Peguam Malaysia George Varughese kemudian membangkitkan isu itu dan menggesa hakim terbabit menarik diri daripada mendengar perbicaraan Najib.

Katanya langkah tersebut perlu diambil bagi memelihara integriti badan perundanga, selain mengelak sebarang kemungkinan berlaku pertimbangan berat sebelah.

Berikutan perkembangan itu Malaysiakini dimaklumkan Sophian dijadual dipindahkan ke bahagian lain mahkamah, berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Dua sumber berbeza memberitahu Malaysiakini hakim terbabit akan bertugas di bahagian komersial Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sementara itu hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali – yang dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada April 2015 dan disahkan tahun lalu – bakal bertugas di bahagian jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tarikh kuat kuasa pertukaran Mohd Nazlan juga bermula pada 1 Ogos.

Sebelum ini beliau bertugas di bahagian komersial mahkamah sama.

Mohd Nazlan, 51, ialah bekas pelajat Maktab Melayu Kuala Kangsar dan menyambung pendidikannya di Universiti Oxford.

Selepas bertugas sebagai peguam di firma Zaid Ibrahim & Co selama lima tahun, Mohd Nazlan berpindah ke Suruhanjaya Sekuriti dan mengetuai unit penguatkuasaan badan itu.

Beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Unit Korporat dan Perkhidmatan Undang-undang Maybank, selain naib presiden eksekutif bank terbabit sebelum menyertai bidang perundangan.

Malaysiakini difahamkan pekeliling arahan perpidahan itu sudah dikeluarkan. Bagaimanapun untuk rekod bukan Mohd Nazlan dan Sophian saja yang terlibat.

Lazimnya pertukaran itu turut membabitkan hakim-hakim di bahagian atau negeri lain.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Mohd Nazlan akan ditugaskan mendengar perbicaraan Najib kerana pengurusan kes bekas perdana menteri itu ditetapkan pada 8 Ogos ini.

Namun sumber-sumber membayangkan memang Mohd Nazlan akan ditugaskan mendengar perbicaraan tersebut.

Setakat semalam semakan Malaysiakini menunjukkan Sophian masih disenaraikan sebagai hakim yang akan mendengar perbicaraan ke atas Najib. (Sumber: Malaysiakini)

RAFIZI CABAR TIMBALAN PRESIDEN PKR. INI RESPON PIHAK AZMIN.

Datuk Seri Azmin Ali diyakini bersikap terbuka dengan kehadiran Rafizi Ramli untuk bersaing merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Bagaimanapun kata Setiausaha Politik Azmin, Hilman Idham, pertandingan itu mestilah berlangsung secara sihat dan bebas daripada sebarang unsur fitnah.

“Jika itu mampu berlaku, saya yakin siapa juga yang menang nanti pasti akan memberi kebaikan dan manfaat kepada parti dan seluruh anggota PKR,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini malam ini.

Hilman yang juga anggota dewan undangan negeri Gombak Setia menambah PKR mengamalkan demokrasi dan sentiasa bersikap terbuka untuk meraikan pertandingan bagi mana-mana jawatan dalam parti.

“Saya kira Azmin juga ambil pendirian sama dan saya yakin beliau mengalu-alukan sesiapa juga yang mahu bersaing bagi mana-mana jawatan, termasuk Rafizi yang mahu bertanding jawatan timbalan presiden,” katanya.

Bagaimanapun menurut Hilman, Azmin tidak tergesa-gesa untuk mengumumkan pencalonan dirinya kerana masa masih panjang untuk berbuat demikian.

Katanya masih ada ruang untuk menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berbuat demikian, dan pada masa sama banyak isu membabitkan kepentingan negara perlu diberi perhatian olehnya.

“Bagaimanapun saya yakin Azmin akan buat pengumuman sebelum hari penamaan,” katanya.

Demi Malaysia baru

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Rafizi – kini naib presiden PKR – mengesahkan dia akan bersaing bagi mengisi jawatan timbalan presiden pada pemilihan yang akan berlangsung Ogos ini.

Jika itu berlaku dan Azmin membuat keputusan mempertahankan kedudukannya sekarang, ia akan menyaksikan pertembuang dua tokoh penting PKR itu secara langsung di peringkat pemilihan parti.

Walaupun dinafikan, umum mengetahui wujud persaingan – terbuka dan tertutup – di antara kumpulan Rafizi dan Azmin dalam PKR sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun setakat ini Azmin masih merahsiakan perancangannya walaupun ada spekulasi mendakwa beliau mungkin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan presiden.

“Saya akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

“Saya tidak berminat dengan apa-apa jawatan kerajaan tetapi saya masih berhutang dengan anggota PKR untuk tidak berundur (daripada parti) begitu saja,” kata Rafizi kepada Malaysiakini.

Mengenai kebimbangan wujud perpecahan dalaman PKR, Hilman menegaskan isu itu tidak berbangkit kerana semua anggota dianggap sebagai berada dalam satu pasukan yang sama.

Apa yang lebih penting, katanya, ialah semua anggota parti menjaga norma-norma disiplin dan memastikan pertandingan berlangsung secara sihat.

Semua anggota pula, katanya, mesti bertanggungjawab sebagai pemilih, selain menjadi ejen semak dan imbang demi memastikan pemilihan kali ini berjalan dengan lancar.

“Mereka boleh menilai siapa calon terbaik, yang lebih setia kepada parti, perjuangan parti.

“Jangan sekali-kali mengamalkan politik fitnah, politik keji.

“Kalau ini boleh dipertahankan, saya yakin PKR boleh maju sebagai parti yang lebih kuat dan progresif untuk Malaysia baru,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Binaan Tembok Buraq Di Masjid Al Aqsa ROSAK. Ini Alasan Zionis Buat Ramai Umat Islam GERAM

Ini Kenyataan Bakal PM Pakistan Yang Baru Menang Pilihanraya Buat Tun Mahathir Yang Ramai Tak Caya